Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 26, 2012

Langkah Awal Dah Cantik, Jangan Sia-Siakan MAS Lagi..





Baru-baru ini, aku terbaca beberapa laporan akhbar yang menyatakan tentang beberapa langkah awal MAS untuk mengubah nasib syarikat itu yang dikatakan sedang ‘nazak’.

Menariknya, aku difahamkan bahawa MAS memerlukan suntikan sebanyak RM9 bilion untuk memulihkan “penyakit” yang sedang dideritai oleh “kantung poket” syarikat penerbangan yang menjadi kesayangan rakyat negara ini.

Nak dijadikan cerita, beberapa agensi kewangan dan GLC dah setuju untuk menyuntik dana untuk membantu MAS yang “nyawanya dikatakan berada di paras leher” itu!

Actually, agak terharu jugak bila dengar berita macam tu. Masih ada juga syarikat yang benar-benar menghargai dan cuba menyelamatkan MAS...

Tapi yang utamanya, dengan pelaburan yang dibuat oleh agensi kewangan dan GLC-GLC itu, ia membuktikan bahawa MAS tetap mendapat keyakinan dari para pelabur untuk kembali bangkit mencatat keuntungan...

Bukan senang untuk mendapatkan keyakinan pelabur untuk sesebuah syarikat yang “nazak” macam tu, bro. Maknanya, MAS memang hebat dan reputasinya tetap diyakini pelabur kewangan..!
Okay, duit atau modal pusingan baru dah ada..selesai satu masalah utama.

Aku juga difahamkan bahawa MAS kini sedang menawarkan “Program Cuti Tanpa Gaji” selama 2 tahun kepada para kakitangannya. Ia adalah untuk memastikan mereka tidak dibuang kerja begitu saja sebagaimana syarikat-syarikat lain yang “nazak”.

Pada aku, ia adalah satu langkah yang positif untuk kakitangan MAS.

Mereka dapat bercuti selama 2 tahun tanpa dibuang kerja, benefits yang MAS beri tetap ada, bro! Insurans, medical card dan lain-lain tetap diberikan masa tempoh cuti tu...

Alhamdulillah, langkah cuti 2 tahun tu mendapat sambutan baik dari semua kesatuan sekerja MAS (MASEU) dan ketuanya ada membuat kenyataan memuji langkah tersebut.

Langkah ni pernah dibuat masa Idris Jala handle MAS dulu. Lagipun, SIA pun dah buat dah langkah ni pada Mac lalu. Maknanya, ia adalah perkara biasa sebelum ni dan ia dilihat sebagai langkah “menang-menang” di antara MAS dan kakitangannya.

Jadi, langkah ini adalah satu perkara yang mengembirakan kakitangan MAS yang sebelum ini turut digembirakan kerajaan dengan penarikan balik “swap share” antara MAS – Air Asia. So, para kakitangan MAShappy dan pengurusan syarikat pun happy...

Aku juga difahamkan tentang khabar yang hampir pasti yang menyatakan MAS akan re-negotiate balik kontrak catering mereka dengan LSG Sky Chefs-Brahim's  (LSGB).

Sumber memberitahu, MAS hanya akan bayar apa yang mereka ambil saja.  

Maknanya, mana-mana makan minum yang MAS tak perlukan, maka ia tidak akan dikira dalam pembayaran. Cara macam ni dijangka akan mengelak MAS membazirkan wang kepada sesuatu yang tak perlu...

So, bila tiada pembaziran, secara automatik maka kos akan berkurang. Hmmm...bagus jugak nihh...

Dengan beberapa langkah ni, aku fikir MAS dah mula moving out dari “alam sakaratul maut”. Maknanya, MAS mula tidak duduk diam lagi dan mula melangkah dengan a few actions. Walaupun sedikit, tapi MAS sudah mula melangkah ke depan melakukan perubahan...

Mungkin dengan kolaborasi kerjasama strategik dengan Air-Asia, menerima funding dari agensi kewangan yang percaya pada MAS dan langkah-langkah pengurusan itu akan membuahkan hasil yang manis untuk syarikat GLC itu dan 20,000 kakitangan yang bergantung padanya...

Namun harus diingatkan, ini hanya langkah awal dan MAS perlu melangkah lebih jauh lagi dalam proses memulihkan MAS ke arah yang lebih “sihat” selepas ini. Janganlah “hangat-hangat tahi ayam saja”...

Dan aku pasti, Khazanah yang memegang saham dan kepentingan dalam kerajaan takkan duduk diam kalau pihak pengurusan atau kakitangan MAS tak perform atau tidak memberikan kerjasama dalam agenda transformasi syarikat penerbangan negara tu...

Khazanah sebelum ni dah banyak invest pada MAS dan kini tiba masanya untuk pengurusan MAS dan kakitangannya membuktikan kebolehan mereka untuk memulihkan syarikat itu sedaya mungkin.

Dan jangan fikir Khazanah akan biarkan pihak pengurusan atau kakitangan MAS yang menjadi “virus” dalam usaha memastikan MAS terbang kembali ke angkasa membawa kecemerlangan Malaysia. Cubalah buat hal yang bukan-bukan..nak kena terminate 24 hours? Heh!

1 comment:

Anonymous said...

yg jadi penasihat tido kat MAS tu patut dipecat je, buang duit je dengar cerita 30,000.00 sebulan, keje senang je masuk office tido, kah kah kah, tun M pun takde gaji macam tu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!