Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 18, 2012

GEMPARRR TERKINI..!!! PAK SAMAD CUKUR JANGGUT KERANA AMBIGA..???!!!

samad janggut

Pengerusi Bersama Bershit 3.0, Pak Samad Janggut semalam merayu kepada rakyat negara ini agar berhenti dari terus mengganggu privasi dan menjalankan aktiviti di depan rumah rakan sejawatannya, Ambiga Sreenevasan.

Sedih dan marah dengan apa yang dilakukan oleh rakyat terhadap Ambiga, Pak Samad menyifatkan mereka yang melakukan beberapa aktiviti di depan rumah Ambiga itu sebagai “berkelakuan hina” dan “ganas”!

Nampaknya, sayang sungguh Pak Samad pada Ambiga. Sampai sanggup merayu pada rakyat yang dikatakan “mengganggu” Ambiga di depan rumahnya?

Baru Pak Samad rasa “terganggu”? Apakata kalau rakyat berkampung pula beramai-ramai di depan rumah Pak Samad Janggut dan berpuisi tanpa henti selama satu hari satu malam? Pak Samad suka?

Ketika Pak Samad mengganggu para peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India, Jalan Pudu dan Masjid Jamek tempohari, ada tidak Pak Samad rasa sedih dan marah kerana mengganggu rakyat yang tidak berdosa mencari rezeki?

Ketika Pak Samad “berlari-lari anak sambil bersama keldai-keldai kuning menghamparkan onar di dalam periuk nasi para marhainis di ibu kota segara tempohari, apakah tiada sekelumit terpancar di kalbu hati mu tentang sayu menzalimi hak pedagang kota itu”?

(Maafkan saya kerana cuba menulis bahasa puitis dengan seorang bekas sasterawan negara yang kini bertukar profesion sebagai “keldai tua” tunggangan Anwar dan Ambiga..harap dia faham!)

Sepatutnya, Pak Samad perlu malu untuk merayu begini untuk satu perkara yang tidak sepatutnya mendapat simpati dari sesiapa. Ambiga memang layak dilayan begitu kerana dialah petualang yang menjadi “Abu Jahal besar” merugikan para peniaga di kawasan Jalan TAR dan sekitarnya.

Saya ingin bertanya pada Pak Samad. Antara tindakan sengaja memburuk-burukkan negara, merugikan para peniaga dan melakukan huru-hara tanpa alasan yang munasabah, dibandingkan dengan memberikan sedikit “pengajaran” kepada petualang negara, PERLAKUAN MANAKAH YANG LEBIH HINA?

Tak malukah Pak Samad menghina diri sendiri dengan membela seorang yang sehina Ambiga yang begitu terkenal menganjurkan huru-hara dan menyokong penuh agenda murtad serta hak mengamalkan seks songsang di negara ini?

Sebagai seorang yang saya kira penganut agama Islam dan memiliki semangat yang dianjurkan Rasulullah SAW, dimanakah letaknya pendirian Pak Samad untuk terus menyokong dan bersekongkol dengan individu seperti Ambiga ini?

Saya sedar, mungkin Pak Samad berasal dari Singapura dan ingin saya nyatakan pada Pak Samad bahawa di Malaysia, mereka-mereka yang menganjurkan budaya sesongsang Ambiga memanf tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat yang bermaruah di negara ini.

Seperkara yang saya ingin ingatkan Pak Samad ialah mengenai pendirian Pak Samad yang menentang kerajaan.

Dahulu Pak Samad menyatakan bahawa Pak Samad menentang kerajaan kerana dasar PPSMI yang dilihat “menganak tirikan” Bahasa Melayu dan sebagai pejuang bahasa serta sasterawan negara, Pak Samad menentang dasar tersebut.

Ketika itu, Pak Samad berkata sekiranya kerajaan membatalkan PPSMI, Pak Samad akan berhenti berdemo dan akan kembali menyokong kerajaan serta tidak akan buat kacau lagi.

Tapi, setelah PPSMI diumum akan dimansuhkan, mengapa Pak Samad sebok berdemo lagi? Apa kena mengena Bershit dengan Bahasa Melayu? Apakah Bershit dan memakai baju kuning memperjuangkan bahasa dan kesasteraan bahasa ibunda?

Patutnya, Pak Samad tarbiyah Ambiga dan majoriti rakan bahu kuning Pak Samad itu yang rasanya tidak mahir langsung berbahasa Melayu. Bahasa yang mereka gunakan seharian ialah bahasa Inggeris! Kalau benar Pak Samad cintakan Bahasa Melayu, mengapa perlu sokong mereka?

Justeru itu, saya menyarankan agar Pak Samad diamkan saja diri dan tidak mengeluarkan lebih banyak kenyataan lagi. Bukan apa, lebih banyak Pak Samad bersuara, lebih banyak Pak Samad dihentam.

Lagipun, saya bukannya suka sangat hentam orang tua berbangsa Melayu beragama Islam macam Pak Samad. Lebih baik saya hentam Ambiga dari saya hentam Pak Samad, kan?

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Tuan penulis terlupa nak masukkan satu lagi sebab kenapa kelakuanAmbiga and the gang itu tidak perlu mendapat sempati rakyat: iaitu semasa pra-Bersih sehinggalah berlakunya keganansan Bersih tempoh hari,telah berlaku banyak kesesakkan lalu lintas di Kuala Lumpur. Ini telah menyusahkan wargakota untuk berkerja dan pulang ke rumah awal. Ada yang terlambat mengambil anak-anak di child care centers. Cubalah rasa sempati pada ibubapa wargakota pula.

Anonymous said...

hoi SEMAK kau duduk lah kat umah, jaga cucu lagi baik.

Anonymous said...

otak pak samad dah berserabai....sama mcm serabainya janggut & misai pak samad....
utk clear mind pak samad agar dpt berfikir dgn betul, eloklah agar kita ramai ramai pergi tolong cukur sampai licin janggut & misainya tu...hu...hu..

Anonymous said...

bolehkah tolong carikan air jampi tok guru bagi pak samad pekena supaya nanti pemikiranya kembali normal.

Anonymous said...

Elok juga kalau ramai ramai pergi baca sajak depan rumah Pak Samad. Tentu dia suka, dia boleh baca sajaknya yang terbaru.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!