Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 28, 2012

GEMPARRR..!!! STRATEGI DAP KEDAH TERBONGKAR..!!!???


Agak merisaukan apabila satu sumber memberitahu mengenai strategi DAP yang dikatakan begitu aktif cuba menjatuhkan dan mengurangkan pengaruh PAS Kedah untuk mengambil alih pentadbiran negeri ini secara halus sebagaimana yang berlaku di Perak.

Sumber tersebut memberitahu bahawa DAP telah mula menggerakkan strategi memindahkan daftar pemilih dan pendaftaran baru pengundi mereka ke kawasan-kawasan DUN strategik sejak empat tahun lalu.

Khabarnya, mereka banyak memindahkan lebihan pengundi-pengundi dari kawasan “DAP pasti menang” di Pulau Pinang ke banyak DUN di Kedah bagi memastikan kebergantungan PAS kepada undi dari mereka.

Selain itu, sumber itu juga menyebut mengenai beberapa DUN Kedah yang dijangka akan “dicuri” DAP dari PAS Kedah pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Menurutnya lagi, apabila proses pemindahan daftar pemilih itu selesai nanti, DAP dijangka akan menggunakan kuasa di peringkat Pusat untuk meminta kerusi “yakin menang” mereka memandangkan mereka tidak mampu “memakan” Ustaz Azizan Razak.

Selain itu, sumber berkenaan juga menyatakan bahawa keadaan PAS Kedah yang berpecah kepada beberapa kem juga akan diambil kesempatan oleh DAP untuk terus melemahkan kuasa PAS di negeri Jelapang Padi ini.

Turut dinyatakan bagaimana terdapat pujukan dari satu pihak terhadap Phahrolrazi Zawawi yang dijanjikan jawatan Exco Kerja Raya akan dikembalikan kepadanya sekiranya dia membantu meruntuhkan “rejim Azizan Razak” di Kedah.

Hakikatnya, sumber memberitahu bahawa gerakan rahsia DAP Kedah itu telah mendapat bantuan dan sokongan penuh dari “Khalifah DAP” dari negeri Pulau Mutiara yang kini sedang giat “menghambat” Melayu keluar dari pulau tersebut.

PKR juga dikatakan “merestui” gerakan rahsia DAP ini memandangkan mereka juga dijangka akan meminta kerusi yang lebih di Kedah pada PRU ke-13 nanti dan mereka turut dikatakan sudah “bosan” dengan Azizan yang dikatakan “rapat” dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Bagaimanapun, sumber itu juga yakin bahawa segala kegiatan sulit ini tidak akan diakui oleh para pemimpin DAP mahupun PAS Kedah kepada khalayak umum memandangkan ia adalah strategi rahsia politik masing-masing.

Yang peliknya, masyarakat Melayu beragama Islam di Kedah terus menerus diperbodohkan oleh Pakatan Haram sedangkan pakatan tiga parti itu sehingga kini belum berdaftar sebagai sebuah perikatan politik yang sah dan hanya berdolak dalik menyalahkan BN bila ditanya soal tersebut.

Sampai bila rakyat Kedah akan tertipu? Setelah tertipu sepenggal, rakyat Kedah mahu terus sengsara dan dibohong sepenggal lagi? Benarkah Kedah “Sejahtera” di bawah Pakatan Haram?

Kalau benar Kedah “Sejahtera”, takkanlah Azizan mahu lepaskan pentadbiran negeri kepada BN kembali pada penggal depan..kan? Tidak percaya Azizan berkata begitu? Sila tanya dia… 

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!