Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 6, 2012

GEMPARRR..!!! RAKYAT BALING LEBIH ADVANCE DARI RAKYAT DI TEMPAT LAIN..!!! NYAHKAN AMBIGA DARI MALAYSIA..!!!


Tu diaaaa..!!! Tak sangka rakyat Kedah memang hebat! Terkini, rakyat Baling mengamuk menggesa Kerajaan supaya melucutkan kerakyatan Ambiga, "ratu LGBT" yang sangat disayangi oleh Anwar Berahim ni...

Kalau rakyat Baling pun dah benci dan halau Ambiga, apa pulak kata rakyat di kawasan lain? Tak malu ke kerana rakyat Baling lebih "advance" menghalau pertualang yang menyusahkan rakyat berkali-kali ini..?

Taknak desak suruh Ambiga ni berambus ke?
Desakan supaya kerajaan melucut kerakyatan Datuk S.Ambiga sekali lagi berkemundang di negara ini.

Jika sebelum ini gesaan itu dibuat ekoran tindakan beliau menyokong program mempromosi seks bebas Seksualiti Merdeka di negara ini pada tahun lalu, kini desakan itu dibuat disebabkan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara baru-baru ini.

Terbaru sebanyak sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) di sini mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan Ambiga dan menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya kerana berang dengan kerosakan dan huru-hara yang berlaku semasa perhimpunan tersebut.

Malah NGO yang terdiri daripada Perkasa, Majlis Belia Malaysia (MAYC), JKKP Baling, Persatuan Siam Baling, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida), Persatuan Wanita dan Kaum Ibu Baling, Puteri Umno serta peniaga Melayu Pekan Baling turut mendesak tindakan sama dikenakan keatas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Bantahan Bersih Baling, Othman Mohd. Nor, 47, berkata, desakan itu dibuat kerana penduduk Baling tidak lagi sanggup melihat rakyat negara ini yang terpengaruh dengan perhimpunan Bersih 3.0 sekali lagi diperalatkan pemimpin berfahaman komunis dan pengaruh Yahudi.

Tidak cukup dengan bantahan secara lisan, sepuluh NGO terbabit turut membakar patung Anwar dan Ambiga sebagai simbolik kepada kemarahan mereka terhadap kedua-dua individu terbabit.

“Sekiranya mereka merancang mengadakan Bersih 4.0 pula, penduduk Baling akan adakan bantahan yang lebih,” kata Othman kepada pemberita.

Media pada 5 November lalu melaporkan beberapa pemimpin NGO berpendapat Ambiga yang merupakan bekas Presiden Majlis Peguam wajar dikenakan hukuman berat seperti dilucutkan kerakyatan kerana tindakan beliau yang dilihat semakin ‘menggila’ dan boleh menghuru-harakan masyarakat di negara ini.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad dipetik berkata, Ambiga sudah ‘naik lemak’ dengan sikapnya yang semakin melampau dan perkara itu perlu dipandang serius oleh kerajaan.

Kenyataan Syed Anuar itu sebagai mengulas tindakan Ambiga menyokong program mempromosi seks bebas Seksualiti Merdeka iaitu membela nasib pengamal seks songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) di negara ini. - Mynewshub.my

2 comments:

Anonymous said...

kesian org2 Baling depa tunjuk depa amat sayang negara dn rakyat jelata dgn menghalau pengkhianat negara ini serta tarik kerakyatan si Ambiga tu.aku pn sokong depa d Baling tp pihak yg berkuasa buat pekak badak. depa d Baling blh wat apa setakat bakar patong antak memorandum je lah.lpas 2, 3 bln smua pakat lupa.kesian betui la.aku puji tinggi semangat depa.

Anonymous said...

6 may 2012 Ahad. Kami 30 NGO daerah Kluang Johor buat laporan polis terhadap bershit 3 ,babiga dan anugay..

perarakan bermula dari Sekolah Tinggi Kluang ke IPK kluang.

gen2felda

Bila Kak Su Bersuara... Heh!