Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 15, 2012

GEMPARRR..!!! RAHSIA AZIZAN RAZAK DIBONGKAR LAGI..!!!

Pada tahun 2007, Kerajaan BN Negeri Kedah melalui perancangan rapi telah mengumumkan sebuah projek yang dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang melibatkan pembinaan kilang penapisan minyak memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Sejumlah peruntukan telah pun diberikan kepada para pemilik tanah yang terlibat di tapak projek bernilai lebih RM35 bilion itu dan persediaan sewajarnya telah dibuat untuk melaksanakan projek yang mampu memberi sebanyak 3,000 peluang pekerjaaan kepada rakyat Kedah.

Itu perancangan asalnya.

Namun pada tahun 2008, Pakatan Haram berjaya menjajah Kedah dengan janji-janji manisnya dan telah merubah perancangan yang mampu menjana pulangan lumayan kepada negeri Jelapang Padi ini.
Tidak mahu dilihat sebagai jasa BN untuk kemakmuran rakyat Kedah, ZIPY telah ditukar nama kepada Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH). Dipercayai namanya ditukar sempena nama DUN yang diwakili Menteri Besar Kedah yang “baru dapat bunga”, Azizan Razak.

Dalam angan-angan Azizan, mungkin dia mahu namanya diingati oleh setiap rakyat Kedah dengan projek SULIHH itu.

Cuba memburuk-burukkan BN yang dikatakan zalim “merampas tanah rakyat” (padahal rakyat setuju dan terima pampasan yang diberikan dengan gembira), Azizan mengalihkan projek itu untuk dilaksanakan di laut. 

Kawasan pantai berlumpur ditambak dan SULIHH dikatakan akan beroperasi di tambakan tanah tersebut. Pada tahun 2009, Azizan dengan bangganya merasmikan projek yang diilhamkan oleh Kerajaan BN itu, menandakan projek itu akan berjalan lancar.

Namun pada Januari 2010, Jabatan Alam Sekitar kemudiaannya telah menolak permohonan syarikat yang bekerjasama mengusahakan projek tersebut, Merapuh Resources Sdn Bhd, ekoran laporan yang dikemukakan tidak lengkap, sekaligus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Bila ditanya mengenai masalah itu, Azizan menegaskan ia hanya sedikit masalah teknikal dan ia akan diselesaikan dalam masa dua atau tiga bulan sahaja dan projek itu akan diteruskan seperti dijadualkan serta dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2014 (lewat setahun dari jadual asal!).

Bagaimanapun, projek SULIHH “sunyi sepi” sehingga dipersoalkan semula oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Bashah Md Hanipah, pada Mac 2011 (setahun dari 2-3 bulan yang dijanjikan Azizan) memandangkan tiada sebarang tanda projek itu sedang dalam proses untuk disiapkan.

Menurut Datuk Bashah, sudah lebih 3 kali projek itu ditangguhkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah dan tiada tanda-tanda projek yang mampu menyumbang sebanyak RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri itu sekiranya beroperasi sepenuhnya.

Dan kini Mei 2012 dan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 mungkin bakal diumumkan pada bila-bila masa, sudah “berbuih mulut” dan berkali-kali projek SULIHH dipersoalkan tentang statusnya, namun Azizan masih diam membisu!

Kalau diikut jadual asal, projek itu dijangka siap dalam jangkamasa setahun lagi dan jika diikut jadual “ekstra” Azizan, ia bakal siap dalam masa dua tahun lagi.

Masalahnya, jika ditinjau di lokasi yang sepatutnya projek itu dijalankan, boleh dikatakan tiada sebarang aktiviti pembinaan apa-apa premis, bangunan atau kilang penapisan minyak yang dijalankan. Jangankan jentera mengorek tanah, paip minyak sebatang pun tidak ada!

Apa cerita ni Ustaz Azizan? Bayang cerucuk pun tidak ada. Mana projek SULIHH yang bakal ‘mengharumkan” nama “Azizan Razak” itu? Atau Ustaz sedang sibuk tanam “cerucuk” ditempat lain? Cerucuk dirumah atau cerucuk “orang rumah”?

Beginikah cara Azizan Razak mencipta nama untuk diingati? Jika beginilah caranya, saya yakin nama Azizan Razak akan diingati oleh setiap rakyat negari Kedah. Namun diingati bukan kerana Azizan seorang MB yang berjasa, tapi lebih kepada seorang MB yang paling gagal dalam sejarah Kedah. 

Tahniah Azizan Razak kerana berjaya membuktikan bahawa pemimpin terbaik PAS pun gagal mentadbir dengan baik dan gagal dalam apa jua pun yang dilakukannya…

Sumber: Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!