Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 25, 2012

GEMPARRR..!!! RAFIZI BERANG AJAK KHALID GAGAP BERDEBAT..???!!!

Ramai benar yang memberi komen mengenai debat antara Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengenai isu PTPTN yang berlangsung baru-baru ini.

Sebagaimana biasa, para penyokong Pakatan Haram sudah pasti akan mengatakan bahawa debat itu dijuarai oleh Rafizi. Manakala para penyokong UMNO, sudah pasti akan menobatkan KJ sebagai juara debat tersebut.

Sebenarnya pada saya, KJ tidak sepatutnya berdebat mengenai soal PTPTN. Lagipun saya kalau tidak silap saya, KJ tidak terlibat pun dengan hal ehwal PTPTN memandangkan dia belajar di luar negara dan rasanya pengajian beliau dibiayai penuh oleh keluarganya ketika di Oxford.

Namun bagi Rafizi, memang dia layak untuk berdebat mengenai soal PTPTN kerana dia yang mencetus isu tersebut dan mempersoalkan tentang kewajaran PTPTN dilaksanakan di negara ini.

Jadi pada saya, Rafizi sepatutnya tidak berdebat dengan KJ. Dia sepatutnya berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, atau Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim.

Lagipun, isu PTPTN terlalu besar rangkumannya jika dibandingkan dengan kisah manifesto Pakatan Haram ketika memancing undi rakyat Selangor pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Pada PRU ke-12 lalu, manifesto Pakatan Haram Selangor berjanji untuk memberikan pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak-anak di negeri itu yang berusia 5 hingga 6 tahun. Ertinya, pendidikan percuma tanpa sebarang bayaran untuk kanak-kanak tadika di Selangor.

Siang dan malam mereka berkempen mengelilingi Selangor dan mencanangkan manifesto tersebut kepada rakyat sehingga ada di antara mereka yang “hilang” suara kerana terlalu banyak menipu…

Namun kini, setelah 4 tahun Pakatan Haram menjajah Selangor, mengapa rakyat di negeri itu masih perlu membiayai sendiri segala kos pendidikan tadika anak-anak mereka?

Saya melihat, sekiranya budak-budak tadika pun tidak mampu diberikan pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan Pakatan Haram, apatah lagi tentang soal PTPTN dan pendidikan percuma di IPT yang skopnya lebih besar dan rumit!

Rafizi melalak mahu KJ dan kerajaan sediakan kerangka penyelesaian yang lebih menyeluruh mengenai pelan pelangsaian PTPTN dan pendidikan tinggi percuma, tapi Pakatan Haram sendiri tidak mampu menyediakan kerangka pendidikan tadika percuma?

Kerangka sekecil itu pun Khalid Ibrahim dan Anwar tidak mampu urus dan bentangkan? Kalau janji pandai pula mereka jaja keliling negeri. Tapi penyelesaiannya masih lagi “work in progress”?

Justeru itu pada saya, Rafizi perlu berdebat dengan Khalid Ibrahim dan Anwar dahulu sebelum menyalak-nyalak mengenai sesuatu yang dia sendiri tidak terjangkau.

Lagipun, kalau sekadar pandai bercakap saja dan tidak membuktikan kebolehan, sesiapa saja mampu berbuat demikian.

Seperkara lagi, tak payahlah nak ajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berdebat kerana beliau sebok bekerja untuk rakyat. Lagipun, rakyat memerlukan pemimpin yang pandai dan terbukti mahir buat kerja, bukan yang hanya pandai bercakap dan menipu di sana sini.

Meskipun sesetengah pihak melihat debat mempunyai kebaikan tertentu, tidak semestinya debat perlu dilayan. Debat yang berasaskan niat buruk, sudah tentu mempunyai lebih banyak keburukan berbanding hikmah yang boleh diperoleh darinya.

Tidak melayan debat bukanlah bererti takut. Misalnya, dari terus melayan orang gila dan kita pun sama gila kerana melayannya, lebih baik tak perlu dilayan saja. Lebih banyak kerja yang bermanfaat dari melayan kehendak segelintir pihak yang cuba meraih populariti dengan lidahnya.

Ingatlah, Rasulullah SAW menganjurkan agar umatnya menjaga lidah. Dan sesungguhnya orang yang kurang bercakap dan banyak berkhidmat bekerja untuk rakyat itu lebih mulia dari mereka yang banyak bercakap dipentas ceramah tapi suka menipu dan tidak tahu buat kerja!- Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!