Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 23, 2012

GEMPARRR..!!! PEMUDA PAS KEDAH SABOTAJ IJTIMAK MUNAJAT PAS DI KEDAH 1 JUN INI..???!!!





Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man semalam bercakap besar dengan mensasarkan seramai 100,000 penyertaan ahli PAS di majlis himpunan Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana pada 1 Jun ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar.


Menurutnya, dengan jumlah seramai itu, barulah himpunan itu dianggap berjaya dan Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa majlis tersebut merupakan “majlis gantian” kepada Muktamar PAS yang sepatutnya berlangsung pada Jun ini.

Tuan Ibrahim berkata, majlis itu akan bermula pada jam 4 petang dan dijangka akan berakhir pada jam 12 tengah malam dan menggesa agar semua program PAS yang bertindih dengan majlis berkenaan ditangguhkan ke lain tarikh.

Pada majlis berkenaan, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat akan mengepalai munajat pilihanraya, manakalah Presidennya, Abdul Hadi Awang akan menyampaikan amanat Pilihanraya Umum ke-13.

Ianya agak menggelikan hati apabila PAS mensasarkan jumlah 100,000 untuk menyertai majlis Ijtimak dan Munajat itu. Bolehkah ia mencapai sasaran? 

Dan bersediakah PAS menerima hakikat sekiranya mereka gagal mengumpul penyertaan sebanyak itu? Atau PAS akan menipu rakyat lagi dengan menyatakan jumlah penyertaannya melebihi 100, 000 orang?

Pada 28 April lalu, Pakatan Haram telah menyertai himpunan Bershit 3.0 di Dataran Merdeka. Ketika itu PAS mendabik dada dengan menyatakan bahawa mereka akan membawa lebih dari 100,000 orang penyokong PAS untuk menyertai himpunan “ganas” tersebut.

Tapi bila tiba saatnya, hanya seramai 22,270 orang sahaja yang dianggarkan hadir di Himpunan Bershit 3.0. Itu pun setelah ditambah dengan para penyokong DAP dan PKR yang dirasakan lebih banyak dari penyokong-penyokong PAS!

Jadi, apakah Tuan Ibrahim rasa PAS mampu mengumpul sejumlah 100,000 orang penyertaan di Stadium Darul Aman pada 1 Jun ini? 100,000 atau 10,000 peserta atau 1,000 peserta? 

Harap Tuan Ibrahim dan PAS lebih “realistik” dalam mensasarkan kehadiran para penyokong PAS di majlis mereka memandangkan umat Islam di negara ini semakin ramai meninggalkan PAS. Tak payahlah menipu rakyat dengan kehadiran seramai itu. Hanya memalukan saja kerana ia mustahil dicapai…

PAS mahu melakukan majlis munajat di Stadium Darul Aman. Perkataan “munajat” itu sangat mengusik jiwa saya sebenarnya kerana ia ada kena mengena dengan isu Madrasah Salihiyyah di Kanchut tempohari.

Pada ketika itu, jawatankuasa bertindak Madrasah berkenaan telah mengumumkan untuk menganjurkan majlis munajat bagi memohon dari Allah SWT menyelamatkan rumah ibadah umat Islam di kariah itu dari dirobohkan oleh pemimpin “Islam” PAS.

Mendengar pengumuman majlis “munajat” tersebut, Dewan Pemuda PAS Kedah cepat-cepat pergi ke balai polis untuk membuat laporan membantah majlis itu diadakan oleh ahli jawatankuasa bertindak Madrasah berkenaan.

Salahkah jawatankuasa Madrasah berkenaan menganjurkan majlis munajat untuk memohon doa dari Allah bagi menyelamatkan madarasah mereka? Doa mereka bukan doa politik! Itu pun mahu dilaporkan bantahan kepada polis?

Majlis munajat PAS pada 1 Jun ini dipercayai mempunyai unsur politik yang kuat dan apakah Dewan Pemuda PAS akan hanya berdiam diri serta tidak membuat sebarang laporan polis membantah munajat tersebut?

Munajat selamatkan rumah ibadah umat Islam dibantah dan dilapor pada polis. Tapi munajat politik untuk mendapatkan kuasa tidak pula dibantah atau dilapor pada polis! Wajarkah? - Kedahan69ers.com

1 comment:

Anonymous said...

salam tuan-tuan!,
banyak celaru punya cerita?.tepuk dada tanya selera.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!