Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 9, 2012

GEMPARRR..!!! NIK AZIZ DIANCAM "BUNUH" PENYOKONG SENDIRI..???!!!


PAS Kawasan Rantau Panjang semalam dilaporkan telah mencadangkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding dua kerusi pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini, iaitu satu kerusi Parlimen dan satu di Dewan Undangan Negeri.

Cadangan yang dibuat oleh PAS Cawangan Banggul Setol di Kelantan itu diluluskan sebulat suara oleh seluruh ahli di situ tanpa perlu dibahaskan.

Menariknya, cadangan itu dikatakan telah mengundang beberapa tokoh PAS di Kedah untuk mengulas mengenai pencalonan Mursyidul Am PAS yang disifatkan terlalu uzur dan keluar masuk hospital itu.

Malah, ada di kalangan mereka yang tanpa kias atau berlapik menyatakan bahawa cadangan tersebut sengaja dibuat untuk “membunuh” Nik Aziz secara halus!

Menurut seorang pemimpin PAS Alor Setar yang enggan disebutkan namanya, cadangan “maut” itu hanya akan membuat Mursyidul Am itu “terkangkang” dengan beban tugas yang dipikulnya.

“Kalau nak ambil hati Nik Aziz pun, berpada-padalah. Dia kan selalu semput..masuk ICU..hospital tu macam rumah keduanya dahhh..elok bersara saja,” katanya sambil disokong oleh rakan-rakannya.

Menurut satu lagi komen dari pemimpin PAS yang ditemui di kawasan Sungai Petani semalam, dia yang juga enggan disebut namanya memberitahu bahawa cadangan tersebut mungkina adalah salah satu usaha untuk menganiaya Nik Aziz.

Namun begitu, dia juga tidak menolak bahawa cadangan tersebut mungkin dibuat untuk menyindir Mursyidul Am itu secara halus.

“Tu nak naya Tok Guru la tu…kalau dak pun, depa nak sindir dia. Sebelum ni Tok Guru kata nak bertanding sampai mati…,” ujarnya.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS dari kawasan Kota Sarang Semut menyatakan bahawa berkemungkinan cadangan itu dibuat untuk menyingkirkan Nik Aziz dari terus menjadi Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, dia difahamkan bahawa hampir majoriti rakan-rakannya di Kelantan sudah “bosan” dengan pemerintahan Mursyidul Am itu yang dikatakan tidak pro-aktif, lembab, dibonekakan oleh orang-orang kanannya dan tidak maju ke hadapan.

“Kawan-kawan saya ramai yang merungut pasal Tok Guru. Depa takmau Nik Aziz jadi MB dah..tapi depa malu nak habaq. Lebih kurang macam Azizan di Kedah ni laaa..” ulasnya mengaitkan Nik Aziz dengan senario politik di Kedah.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS yang dianggap sudah “veteran” di Kedah itu sebulat suara bersetuju untuk Nik Aziz berundur dari dunia politik memandangkan usia, kesihatan dan keadaannya yang semakin uzur serta tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Sumber: Kedahan69ers.com

2 comments:

Anonymous said...

Mana dia video Nurul? Janji jam 3 petang haritu. Tak jadi tayang atau memang tak ada atau dah masyuuuk! Tak publish komen inipun tak mengapa. Saya boleh faham.

Anonymous said...

campak je nik aziz tu, tak berguna lagiperlu dia , macam basikal tua, dok keluar masuk hospital je, dh semput, suruh dia dok rumah je sembahyang dan mengaji, taubat dosa banyak takut tak sempat nk taubat.sudah sudah berundur dan berambus. faham tak apa makna berambus..get lost..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!