Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 30, 2012

GEMPARRR..!!! MAHFUZ MENGAKU AKALNYA LEBIH HEBAT DARI TUN DR. MAHATHIR..!!!???

BARU-BARU ini, Ahli Parlimen PAS paling berIQ rendah dalam sejarah, Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan ‘tahniah’ kepada negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kononnya pandai membuat rakyat tertawa.

Dalam fikiran Mahfuz, dia cuba mempermain-mainkan kenyataan Tun M yang mengatakan bahawa Pakatan Haram sedang bersiap sedia untuk memporak-perandakan negara sekiranya tewas pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Menurut Tun M, Pakatan Haram sedar bahawa mereka takkan dapat memenangi PRU ke-13 melalui saluran demokrasi dan beliau menjangkakan para pembangkang akan mencetus huru-hara serta demonstrasi jalanan dengan menggunakan alasan kononnya “pilihanraya yang tidak adil”.

Mengikut otak dungu Mahfuz, kenyataan Tun M itu memberikan isyarat bahawa rakyat Malaysia kononnya perlu memberikan undi kepada Pakatan Haram sekiranya mereka mahu negara ini aman.
Begitulah tahap otak dan akal seorang Naib Presiden PAS yang bernama Mahfuz Omar.

Dia suka bercakap, tapi dia tidak sedar bahawa rakyat akan ketawa pada setiap perkataan bodoh yang terbit dari mulutnya.

Lagi dia bercakap, lagi banyak perkara bodoh terbit dan lebih ramai rakyat yang mentertawakannya. Nama timangan pun “Mr. Bean PAS”, kan?

Sebenarnya, apa yang Tun M maksudkan ialah pihak pembangkang telah mempergunakan Ambiga, Bershit, beberapa NGO dan para penyokongnya melalui himpunan-himpunan Bershit untuk “mempotray”kan di minda rakyat kononnya “plihanraya di negara ini kotor dan tidak adil”.

Jadi, jika rakyat terpengaruh dengan propaganda jahat dan permainan Pakatan Haram itu, maka Pakatan Haram ada alasan untuk mencetus huru-hara, demonstrasi ganas, memporak-perandakan negara dan mungkin akan melarat kepada “perang saudara”!

Maksud Tun M, Pakatan Haram sememangnya sedar bahawa mereka tidak akan menang walaupun SPR yang berlaku adil selama ini, sekali lagi berlaku adil pada PRU ke-13 ini, dan satu-satu caranya mereka mampu berkuasa ialah dengan mencetus kekacauan serta keganasan melampau di Malaysia.

Sekiranya huru-hara dan kekecohan itu berlarutan, berkemungkinan besar Anwar melalui sahabat-sahabat karib Yahudinya akan melobi pihak Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar dunia lain untuk campur tangan dan mencemar kedaulatan negara.

Pada saya, pandangan Tun M itu ada kebenarannya.

Beliau hanya meluahkan rasa bimbangnya mengenai keputusan PRU ke-13 kerana beliau tahu bahawa Datuk Seri Najib kini mendapat sokongan besar dari majoriti rakyat Malaysia!

Tun M berkata begitu kerana beliau yakin dengan kekuatan Najib dan negarawan yang menjadi arkitek kemodenan negara itu sedar bahawa Najib mampu menang 2/3 pada PRU ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, yang tidak fahamnya ialah Mahfuz Omar! Seorang manusia malang yang kini dibenci oleh majoriti rakyat Pokok Sena yang menyesal mengundinya pada PRU ke-12 dahulu.

Rakyat Pokok Sena marah sebab Mahfuz sebok “menyalak” di ibunegara dan jarang-jarang sekali pulang ke kawasan untuk mengambil tahu tentang keadaan rakyat yang diwakilinya.

Sedarkah Mahfuz bahawa dia semakin ditolak dan dibenci di Kedah? Saya dimaklumkan bahawa PAS “pening kepala” memikirkan dimanakah Parlimen paling sesuai untuk Mahfuz tandingi pada PRU ke-13 ini.

Khabarnya, ada yang mencadangkan dia dihantar bertanding di Sarawak atau Sabah.

Ada pula yang mencadangkan agar dia bertanding di Pekan atau Pagoh. Tapi yang paling banyak ialah cadangan supaya dia tidak bertanding langsung pada PRU ke-13 ini.

Sekiranya Mahfuz tidak dipertandingkan pada PRU ke-13, punahlah harapannya untuk menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Menteri Besar Kedah.

Mahfuz dikatakan sudah lama “aim” jawatan-jawatan tersebut!

Saya yakin, sekiranya Mahfuz tidak dipertandingkan, berkemungkinan besar dia akan meletak semua jawatannya di dalam PAS, keluar dari parti itu dan dia diyakini akan melompat masuk DAP menggantikan Tunku Aziz yang sudah insaf!

Maka bolehlah dia jadi calon PRU..!!! Itu angan-angannya, kan?

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Bukan si mapuh mr bean ni sorang saja yg baghal, ramai lagi org mcm dia dialam pakatan. Pakatan di penuhi olih org yg setaraf ngan keldai.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!