Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 13, 2012

GEMPARRR...!!! HAKIKAT PEDIH YANG MAMPU BUAT PAKATAN HARAM TERKANGKANG..!!!

68V8594-300x189
SECARA tiba-tiba, segalanya berubah.  Secara tiba-tiba UMNO kembali gagah.  Penulis tahu, selama hari ini UMNO kuat, tapi tidaklah sekuat dan segagah yang penulis lihat semalam.

Ratusan ribu penyokong yang memenuhi Stadium Bukit Jalil, puluhan ribu lagi yang berada di luar,semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 semalam, benar-benar mengujakan bagi sesiapa yang fikir UMNO sudah semakin tidak relevan.

Dan semuanya berjalan dengan aman.  Tidak ada gas pemedih mata yang dilepaskan dan sebagainya.

Berhimpun di Stadium ini ada risikonya tersendiri.  Antara sebab kenapa Ambiga dan Anwar takut nak mengadakan perhimpunan di stadium kerana tidak mahu imej-imej yang menunjukkan stadium tidak sepenuh yang diharapkan, menjadi hiasan dan kenangan sepanjang zaman.

Berlainan kalau diadakan di jalanan.  Penulis dah menulis mengenainya seminggu sudah dan mengulanginya semula hanya membazirkan waktu.

Sebab itu penulis sambut dan sanjung tinggi keputusan Perdana Menteri mengadakan himpunan raksasa itu di Stadium.  Walaupun tahu risiko besar yang bakal dihadapi.  Tapi keyakinan yang tinggi itu yang menjadikan perhimpunan semalan satu kejayaan.

Kebetulan atau apa, beberapa hari sebelum perhimpunan besar-besaran ini, ada kajian oleh Universiti Malaya yang menunjukkan BN yang diterajui UMNO sedang mendahului, jauh meninggal Pakatan haram 28% di belakang.

Dan perhimpunan semalam, hanya mengukuhkan lagi tanggapan itu.

Apa yang penulis nak katakan ialah, segala dan semuanya sedang baik untuk UMNO sekarang.  Rakyat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan haram semakin tidak sabar untuk beralih semula kepada BN, yang duduk di negeri BN pula semakin tak sabar untuk meneruskan pemerintahan tersebut.

Kita mungkin ada masalah di satu atau dua negeri yang jenteranya tidak berjalan lancar, tapi itu bukan masalah yang tidak boleh diatasi.  Yang nyata kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin cemerlang dan harum baunya di kalangan masyarakat.


Kalau ikut dari cerita Pakatan haram mengenai ‘kejayaan’ Bersih 3.0, tidak sepatutnya perhimpunan UMNO semalam dihadiri beratus ribu orang.  Tapi sebaliknya yang berlaku dan ini adalah bukti kukuh bagi mengatakan Bersih 3.0 gagal sama sekali.

Buat pertama kalinya, semua usaha penggiat media siber Pakatan haram untuk meletakkan semua kesalahan kepada pihak polis tidak berjaya, malah sebaliknya memakan diri sendiri.  Gambar-gambar keganasan perusuh Bersih 3.0 terutama kereta polis yang dimusnahkan menjadi hiasan wajib setiap kali bercakap mengenainya.

Kini, perhimpunan UMNO pula yang penuh mendapat sambutan.

Momentum ini perlu berterusan dan digiatkan sehingga pilihanraya akan datang supaya kejayaan gemilang UMNO yang sekejap gelap pada 2008 akan kembali menyinari bumi bertuah Malaysia ini.

p/s menanti setiap Jumaat dari sekarang

Sumber: Klik sini

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

Bro, Perhimpunan raksasa Gelombang Biru akan menjelma pulak sedikit masa lagi. Birukan Bukit Jalil tak lama lagi...

Psst...pihak Penganjur kali ni jangan lupa sediakan gendang-gendang perang, kompang, trompet bola, bendera BN dan semua komponen BN banyak-banyak. Mohon perhatian.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!