Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 23, 2012

GEMPARRR..!!! HADI - POK NIK BERBALAH, AHLI PAS LARI, PAS KUCAR KACIR..APA PUNCANYA..?

pas retak

Nampaknya PAS sekali lagi membuktikan bahawa parti itu tidak mencerminkan akhlak dan keperibadian Islam sebenar apabila menipu serta tidak mempunyai pendirian yang konsisten di kalangan para pemimpinnya.

Pada 16 Mei lalu, pemimpin tertinggi PAS berjawatan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dengan bongkak menyatakan bahawa bahawa parti pimpinannya itu bersedia untuk bermuzakarah dengan mana-mana pihak, termasuk UMNO.

“Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno,” katanya yang dipetik dari lidah rasmi PAS yang selalu “kantoi” berbohong, Harakahdaily.

 
(Bagaimanapun, laporan berita yang melaporkan Nik Aziz berkata sedemikian dipercayai telah “dighaibkan” dari arkib berita Harakahdaily bagi menyembunyikan penipuan pemimpin PAS. Jika diklik pada link berkenaan, akan keluar mesej “An Error Was Encountered”).

Namun semalam, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan selamba “menasakh mansukh”kan fatwa Mursyidul Am itu dengan menyatakan bahawa PAS tidak akan bermuzakarah dengan UMNO dan hanya bersedia menghadapi NGO sahaja.

“Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno…” kataya yang dipetik dari sebuah lagi media pro-pembangkang, Malaysiakini.

Mursyidul Am kata “ya”, Presiden pula berkata “tidak”. Mana satukah yang betul dan boleh digunapakai?

Apakah kuasa dan fatwa seorang Presiden parti adalah lebih tinggi darjatnya dan boleh membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang yang dianggap “nabi” oleh para penyokong PAS?

Sebenarnya, isu “muzakarah” ini bukanlah perkara baru. Dah lama dahhh…! Tapi menjelang pilihanraya kali ini, PAS sengaja membangkitkan isu tersebut. Itu pun PAS terpaksa putar belit dari kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Tan Sri Harussani menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan wajar bermuzakarah untuk membincancakn kewajaran PAS meletakkan perkataan “Islam” pada nama partinya dan mencadangkan agar ia dibuang dari terus memanipulasi minda ummah.

Menurut Mufti Perak itu, PAS sudah menyeleweng jauh dari matlamat dan dasar undang-undang tubuh parti itu setelah bersekutu dengan DAP dan PKR demi mengejar kuasa politik. Tak disebut langsung nama UMNO.

Tapi tiba-tiba pula Nik Aziz menjawab dan mengaitkannya dengan muzakarah dengan UMNO! Nampak sangat Menteri Besar Kelantan ini celaru, keliru dan haru biru mahu sangat bermuzakarah dengan UMNO. Maklumlah…para penyokongnya ramai yang sudah lari tinggalkan PAS!

Presiden PAS yang melihat kenyataan Nik Aziz yang difahamkan sudah “nyanyuk” itu, terpaksa “cover line” dan berpura-pura jual mahal! Kononnya, muzakarah dengan UMNO sudah mati! Betul ke sudah mati atau dalam hati sudah menyesal bersekutu dengan DAP dan PKR?

Sebetulnya PAS kini berada di dalam keadaan huru-hara yang amat dahsyat! Kepimpinan utamanya di peringkat pusat dikatakan pergolak teruk akibat percaturan luar dari golongan “Anwarinas”.

Manakala di peringkat negeri pula, para pemimpin PAS mula bercakaran dan tikam menikam ekoran berebut mahu menjadi calon PRU ke-13 nanti.

Di Kedah, hubungan Azizan – Phahrolazi dan konco-konconya tidak dapat diselamatkan lagi, manakala di Kelantan, para pemimpin di negeri itu sedang beriya-iya mengharapkan agar Nik Aziz dibersarakan dari persada politik – mereka berebut mahu jadi Menteri Besar rupanya!

Itupun, PAS masih mengharapkan untuk mengumpul seramai 100,000 orang peserta pada majlis ijtimak dan munajat mereka di Kedah pada 1 Jun ini. Saya khuatir, apakah PAS mampu mencapai sasaran tersebut atau mereka akan menangis tidak berlagu lagi selepas ini…

Apa puncanya? Apa puncanya PAS jadi kucar kacir begini? Sebelum bersekutu dengan DAP dan PKR, PAS tak pernah jadi begini. Namun selepas 4 tahun tidur sekatil dengan PKR dan DAP, PAS yang dulunya kuat, semakin rebah ke bumi. Apa “punca” sebenarnya, yer..?

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!