| Patutnya aku letak gambar kipas angin atau cerek elektrik untuk artikel ni..? |
Saya memandang sinis kenyataan Ketua
Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, yang mempersoalkan reaksi
“ulama UMNO” yang dikatakan membisu mengenai laporan beberapa keping
gambar “panas” yang didakwa melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Dalam kenyataannya di lidah rasmi PAS,
Harakahdaily, Riduan marah kepada “ulama UMNO” kerana membiarkan
gambar-gambar berunsur lucah lelaki mirip Azmin dipaparkan di beberapa
laman blog pro-kerajaan sejak kebelakangan ini.
Persoalannya, wujudkah “ulama UMNO” di
negara ini? Dan mengapakah mereka perlu bersuara mengenai
pertanyaan-pertanyaan para bloggers pro-kerajaan tersebut kepada suami
Shamsidar Taharin itu? Dan salahkah pertanyaan-pertanyaan itu
dikemukakan dengan bukti bergambar?
Pertamanya, untuk kesekian kalinya saya
ingatkan kepada Dewan Pemuda PAS bahawa tidak wujud sama sekali istilah
“ulama UMNO” di negara ini. Yang ada hanyalah “ulama Islam”. Saya
ulangi, “ulama Islam” dan kepada ulama Islam itulah UMNO rujuk mengenai
sebarang permasalahan agama.
UMNO adalah sebuah parti dan bukannya
sebuah agama. Dan kami menganggap Islam adalad sebuah agama. Dan sebab
itulah UMNO tidak menggunakan istilah “ulama UMNO” sebagaimana PAS yang
menggunakan istilah “ulama PAS”. Contohnya, Pas menggunakan istilah
Dewan Ulama PAS dan bukannya Dewan Ulama Islam! Mengerti?
Keduanya, sekiranya Dewan Pemuda PAS
membaca dengan teliti setiap dakwaan yang dibuat oleh laman-laman blog
dan portal pro-kerajaan tersebut, ia tidak langsung menuduh lelaki yang
terpamer di dalam gambar itu disahkan sebagai Azmin.
Mereka hanya menyatakan bahawa lelaki
‘misteri’ itu kelihatan mirip kepada Azmin Ali, itu saja. Selebihnya,
laman-laman web itu bertanyakan mengenai kesahihan identiti lelaki
tersebut kepada Azmin.
Memandangkan Azmin sudah menyatakan
bahawa lelaki itu bukan dirinya, maka timbul pula desakan yang bertanya
tentang dua helai baju yang dipakai oleh lelaki di dalam gambar tersebut
sangat menyerupai kemeja yang dipakai Azmin di beberapa lokasi dan
majlis yang pernah dirakamkan.
Salahkah kami bertanyakan soalan-soalan seperti itu setelah mendapat jawapan yang meragukan dari “anak murid Anwar Ibrahim” itu?
Dewan Pemuda PAS tidak wajar menyalahkan
kami sekiranya kami memaparkan gambar-gambar “panas” tersebut kerana
lelaki di dalam gambar itu belum disahkan sebagai Azmin. Jadi, kenapa
takut sangat sekiranya gambar itu didedahkan begitu?
Jadi? Gambar bagaimana yang sepatutnya
kami pamerkan untuk bertanyakan kepada Azmin mengenai skandal tersebut?
Takkanlah kami perlu mempamerkan gambar kucing, ikan laga, kuda terbang
atau lalat mengawan untuk bertanyakan tentang aksi lelaki mirip Azmin
bersama seorang wanita di dalam tandas tersebut?
Apa kaitan gambar kuda terbang dengan Azmin? Dewan Pemuda PAS ada akal atau tidak?
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
pernah berkata kepada media di dalam satu sesi wawancara dan
menjelaskan bahawa mendedahkan aib seseorang pemimpin itu harus
dilakukan kerana ia melibatkan individu yang akan memimpin rakyat,
khususnya umat Islam.
Katanya, keperibadian pemimpin itu perlu
diperhalusi secara teliti, termasuk keaibannya, memandangkan ia akan
menentukan masa depan rakyat. Justeru katanya, mendedahkan keaiban
pemimpin dibolehkan di dalam PAS!
Malangnya pemimpin pembangkang, khususnya
PKR memang terkenal dengan keaiban yang berunsur lucah. Dalam ertikata
lain, mereka dikatakan sering terjebak dengan masalah moral yang
melibatkan aktiviti seksual terlarang.
Contohnya, Ketua Umum mereka sendiri,
Anwar Ibrahim, disahkan sebagai peliwat pada kes liwat I dahulu, DNA
spermanya pula ditemui di dalam saluran dubur Saiful Bukhari Azlan,
dikait pula dengan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar
Taharin, dan terbit pula rakaman cctv 4 dimensi beraksi bersama “China
Doll”!
Apakah kerana keaiban itu berunsur lucah
tahap melampau begitu maka artikel-artikel yang ditulis mengenainya
perlu disertakan dengan gambar-gambar yang tidak releven dengan topik?
Tajuk dan isinya mengenai skandal seks Anwar dengan “China Doll”, tapi
gambarnya pula gambar Nik Aziz tengah tembak tupai, sesuaikah begitu?
Justeru, saya berharap agar Dewan Pemuda
PAS menggunakan akal yang waras sebelum berhujah atau menyelar mana-mana
pihak, khususnya para ulama di Malaysia. Jangan ingat Dewan Pemuda PAS
memakai serban sebakul maka akan dibenarkan masuk syurga dengan mudah.
Ingatlah, Abu Lahab pun dikatakan memakai serban sebakul juga!
Sumber: Klik sini
7 comments:
Ni satu bangang Dewan pemuda paspis. Apasal nak sibuk sibuk marahkan orang lain, sedangkan tuan empunya tubuh dan bini empunya tubuh tak bising. Manyak mengong la ini pemuda paspis.

Post a Comment