Selepas skandal penyelewengan dan salahguna kuasa KUIN, nampaknya
sikap melampau pihak pengurusan KUIN terus bertambah dan mengarut.
Padang bola milik KUIN yang sebelum ini digunakan secara percuma oleh
penduduk, kini telah dikenakan caj RM500 untuk padang dan RM500 untuk
penggunaan astaka. Bayaran perlu dibuat kepada KUIN untuk satu-satu
acara.
Golongan muda setempat terutama di Taman Wira, merungut kerana tidak
mempunyai tempat untuk beriadah dan bersukan. Masing-masing mula
membandingkan pentadbiran Barisan Nasional yang jelas lebih prihatin dan
berhati perut terhadap keperluan masyarakat setempat.
Di sebalik pelbagai janji yang dibuat, PAS Kedah ternyata tidak mempedulikan tentang kebajikan rakyat Kedah pun.
Kalaupun ianya memang untuk diniagakan,
apa salahnya jikalau sedikit ruang dibuka untuk penduduk dan warga
tempatan merasai nikmat kewujudan KUIN di tengah-tengah kawasan
penempatan mereka.
Apa bezanya PAS Kedah dengan sebuah syarikat kapitalis yang akan
sentiasa memikirkan tentang keuntungan wang ringgit? Bukankah Islam
menganjurkan toleransi apatah lagi jikalau ianya membabitkan kebajikan?
Masakan para pemimpin PAS Kedah yang rata-rata bijak berpolitik,
gagal melihat kebaikan yang boleh mereka perolehi sekiranya padang bola
KUIN 'diwakafkan'?
Jumlah RM500 mungkin bukan besar bagi sesetengah orang PAS di Kedah,
terutama sekali para pemimpinnya yang khayal dan asyik dengan pelbagai
projek kerajaan negeri yang mereka rembat sekarang ini.
Namun bagi
penduduk setempat RM500 untuk menyewa sebuah padang sahaja, ia merupakan
satu bebanan yang terlalu besar dan terlalu berat.
Bukankah sekarang ini penduduk mula membuat perbandingan… kalau zaman
Barisan Nasional, mereka lebih mudah diperkirakan dan tidak perlu
membayar sesen pun, sedangkan pada zaman PAS memerintah yang sepatutnya
jauh lebih baik berbanding Barisan Nasional, PAS pula lebih kapitalis
daripada kapitalis.
Sudah tidak ada mahabbah, sudah tidak ada toleransi dan sudah tidak
ada sedekah. Padahal masyarakat yang sama jugalah yang akan ditagih
simpati dan belas kasihan untuk undi mereka pada pilihanraya akan
datang.
Atau sebenarnya KUIN yang sangat terdesak untuk mengumpulkan wang
memandangkan terlalu banyak penyelewengan yang berlaku di institusi
milik kerajaan negeri itu?
Atau boleh jadi juga, inilah kerja PARASIT-PARASIT PAS yang sentiasa
bekerja keras bukan untuk memenangkan PAS tetapi lebih sibuk hendak
menjatuhkan Azizan Abdul Razak!!! - Kedahan69ers.com
2 comments:
Sedih sedehnya sampai mengemis dengan rakyat nak isi tabung negeri..wa la weh tak kan tak da yang pandai ekonomi ... kelantan mintak duit rakyat nak buat lebuhraya..kedah minta sedekah guna padang /astaka ...malu lah weh...
UMNO KALAU MENANG KAT SANA, KITA KASI GUNA PADANG DENGAN ASTAKA TUE PERCUMA JER...MACAM ZAMAN PEMERINTAHAN UMNO DAHULU..
Post a Comment