Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 17, 2012

GEMPARRR..!!! CHEGU BARD KANTOI MENYEMBAH MINTAK AMPUN KAT POLIS..!!!

Bukti CheguBard menyembah mintak ampun kat polis..!!!
 BERSIH 3.0 yang terbukti berlandaskan ekstrimisma, keganasan dan pembohongan menyaksikan ramai orang awam mula faham dan mengerti, mengapa demo jalanan tidak dibenarkan di negara ini.  Sebenarnya, tragedi 13 Mei adalah saksi, betapa perarakan, demonstrasi atau apapun yang anda namakannya, tidak akan ada kemampuan untuk mengawal hadirin dari melakukan sebarang bentuk provokasi.

Apatah lagi masyarakat majmuk di negara ini, yang sentimennya berbeza-beza dan cukup sensitif.

CheguBard merupakan pemimpin AMK (walaupun kalah kepada Samsul Iskandar) yang sangat gemar bermain dengan sentimen turun berdemo, cara politik jalanan.  Entah berapa kali hasutan yang dilontarkan pada setiap kali ceramahnya.  Malah, sebelum BERSIH 3.0, beliau sempat membakar sentimen “berdarah” agar rakyat turun ke jalanan, melaksanakan “apa yang tersirat”.

BERSIH 3.0 juga berjaya mendedahkan sifat penakut CheguBard, yang ditahan oleh anggota Polis, telah mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat “ampun”.  

Rupa-rupanya, ucapan berapi dan berdegar darinya sehari sebelum itu ditujukan untuk pengikutnya yang suka membabi buta dalam tindakan, waima menghadapi kemungkinan kecederaan atas salah sendiri.

Bijaknya CheguBard, beliau tidak sanggup menerima kesakitan, cukuplah untuk pengikutnya sahaja, agar mudah dipolitikkan kemudian hari.

Anehnya, CheguBard mendakwa dirinya telah mengalami retak di tulang rahang gara-gara dipukul oleh pihak Polis sewaktu BERSIH 3.0.  Walhal, kita tahu bagaimana dia “sembah ampun” agar tidak diapa-apakan. 
 
”Gentleman” nya anggota Polis, yang sekadar menahannya untuk memberi keterangan lanjut, kerana isyarat “minta nyawa” dari CheguBard.  Kita tahu, bahawa pendekatan anggota Polis pada BERSIH 3.0 yang lalu sangat “sopan santun” dan “budiman”.

Apa yang lebih menghairankan, para hadirin yang mendengar “sembang gebang” dari CheguBard terlopong, mengangguk-angguk menandakan bersetuju dengan kata-kata CheguBard.  Begitulah hebatnya CheguBard, dan barisan kepimpinan AMK serta PKR, yang tanpa segan menipu seluruh angkatan penyokong mereka.

Penulis sebenarnya simpati kepada penyokong-penyokong mereka, yang hidup-hidup dihina keupayaan mereka berfikir, dengan pembohongan demi pembohongan yang disebarkan oleh PKR.

Logiknya, andai benar-benar CheguBard retak tulang rahang, mana mungkin beliau boleh menyampaikan ucapan dengan kuat dan lantang pada ceramahnya itu.

Lihat kembali keadaan pelajar Malaysia, Asyraf Haziq yang disamun dan dicederakan di bahagian rahangnya.  Keadaan terbaring serta tidak mampu berkata-kata sehingga beberapa ketika.  Waima selepas sihat sekalipun, Asyraf Haziq masih berhati-hati ketika berbicara, dengan perlahan, kerana masih merasa sakit di rahangnya yang patah.

Secara klinikalnya, otot dan tulang rahang menyokong pergerakan di bahagian muka apabila kita berbicara, dan kecederaan di bahagian rahang menyebabkan kita tidak boleh terlalu kuat menggunakan kawasan otot dan tulang yang terlibat.

Kasihan orang Kapar, terus-terusan dibohongi oleh CheguBard hidup-hidup!

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!