Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 6, 2012

GEMPARRR..!!! AZMIN ISYTIHAR LEBIH SAYANGKAN ANWAR DARI IBU KANDUNGNYA..?!!!

chetom-565x375

Apabila saya menulis mengenai luahan hati ibu kepada Azmin Ali, Hajah Che Tom, tentang sikap derhaka dan kurang ajarnya Timbalan Presiden PKR itu terhadapnya, ramai yang memperkecilkan tulisan itu serta menganggapnya sebagai satu hikayat rekaan semata-mata.
Namun hari ini, Che Tom yang lebih mesra untuk saya panggil sebagai Mak Tom mendedahkan sendiri dari bibirnya bahawa anaknya Azmin sememangnya seorang anak derhaka dan telah menghancurkan hatinya.

Sila rujuk di sini untuk luahan hati ibu malang itu.

Sayu benar apabila mendengar keluhan dan luahan hati seorang ibu mengenai anaknya yang telah mengguris, melukakan dan menghancurkan hati. Jika Azmin berada di depan mata saya ketika itu, tidak mustahil saya akan pijak kepalanya di depan Mak Tom.

Sebagaimana kita tahu, Islam meletakkan kedudukan seorang ibu adalah merupakan individu pertama, kedua dan ketiga paling penting di dalam hidup setiap umat Islam di dalam dunia ini. Kemudian barulah hadir, bapa, suami, isteri dan sebagainya.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW dilaporkan sangat terseksa di saat menghadapi sakaratulmaut, hanya kerana melebihkan sedikit kepentingan isteri melebihi ibunya dan menyebabkan ibunya itu sedikit berkecil hati.

Setelah ibunya memaafkan sahabat tersebut, barulah roh beliau pergi dengan aman bertemu dengan Allah Azza Wajalla. Dan begitulah besar dan tingginya kedudukan seorang ibu kepada setiap muslim di dunia ini.

Namun saya terfikir, apakah dengan luahan, rintihan dan rayuan hati itu akan menyebabkan Azmin insaf dan menuruti nasihat ibu tua berusia 78 tahun tersebut? Adalah dia akan menurut kata Mak Tom? Apakah dia akan taat pada ibunya?

Saya tidak fikir Azmin akan berbuat begitu. Hatinya pada Anwar sahaja…

Mak Tom memberitahu bahawa kali terakhir Azmin bertemu dengannya ialah pada beberapa hari selepas hari raya pertama tahun lalu, sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini.

Dan beliau mengesahkan kisah derhaka Azmin yang menganggap segala peralatan rumah dan makanan di dalam rumah Mak Tom sebagai najis dan haram, serta perlu disamak. Ceritanya sama saja dengan apa yang saya tuliskan beberapa bulan yang lalu.

Dan setelah berbulan menghancurkan hati dan menyebabkan ibunya mengalirkan air mata, apakah Azmin akan pulang esok untuk memohon ampun dan bertaubat dari segala kesalahannya itu?

Saya tidak fikir begitu. Maaf dan taubatnya untuk Anwar sahaja…

Memang benar Mak Tom sering berdoa agar Azmin berubah kembali ke pangkal jalan dan memohon agar Allah membebaskan Azmin dari Anwar. Memang benar doa ibu itu sangat mustajab untuk dimakbulkan Allah SWT.

Namun, Allah juga pernah berfirman yang mafhumnya bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum atau seseorang itu selagi mereka atau dia tidak mengubah dirinya sendiri. Jadi, apakah kita fikir Azmin mahu berubah dan kembali ke pangkal jalan?

Saya berpendapat, selagi Azmin dilimpahi dengan kemewahan, kuasa dan pengaruh yang diberikan Anwar kepadanya, dia tidak akan berubah dan takkan kembali ke pangkuan Mak Tom.

Dan apakah kita fikir bahawa Anwar akan menasihati Azmin untuk meninggalkan dirinya dan kembali ke jalan yang benar bersama keluarga serta darah dagingnya? Anwar nak buat begitu? Jangan haraplah. Silap-silap Anwar akan kata “pergi mampos la dengan Mak Tom!”.

Mungkin Anwar akan memberitahu pada Azmin bahawa semua luahan hati Mak Tom itu ialah “skrip ciptaan UMNO” yang digunakan untuk melemahkan dan memisahkan Azmin dari Anwar. Anwar mungkin menabur fitnah bahawa Mak Tom telah “dibayar UMNO”.

Mungkin Anwar akan menuduh luahan hati Mak Tom itu sebagai palsu dan dipaksa oleh Umi Hafilda untuk memburuk-burukkan Azmin dan Anwar. Dan mungkin juga Anwar akan bertanya pada Azmin, “Mak you tu boleh berikan apa yang I dah beri pada you selama ini?”.

Justeru itu, apakah kita fikir bahawa anak derhaka itu akan kembali ke pangkuan ibu dan keluarganya? Apakah kita fikir Azmin akan bertaubat dan tinggalkan Anwar? Apakah Azmin sanggup tinggalkan segala pemberian Anwar kepadanya demi Mak Tom dan darah dagingnya?

Rasanya, Azmin tidak akan berbuat demikian…

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!