Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 11, 2012

GEMPARRR..!!! AZIZAN RAZAK BIARKAN ISTANA DYMM YG DIPERTUAN AGONG DI KEDAH DILITUPI SEMAK SAMUN..!!! #saveKedah



Walaupun sekali imbas, Kedah kelihatan aman damai dan tidak mempunyai sebarang masalah, hakikatnya aman damai dan ketiadaan masalah tersebut bagaikan api dalam sekam. 

Pemerintah Kedah agak beruntung kerana kebanyakan rakyatnya boleh menerima apa-apa sahaja dan melihat apa-apa sahaja dengan hukum 'NAFI DAN ISBATH'. 

Masalah PBT tidak menjalankan tugas yang diberikan semakin menjadi-jadi di Kedah terutama selepas pentadbiran PAS.

 Semacam ada satu penyakit yang sudah melekat kepada Kerajaan PAS Kedah yang selama ini sibuk ingin memperkenalkan pentadbiran dan pemerintahan Islam atau paling tidak pun berciri-ciri keIslaman. 

Antara perkara terpenting dan paling asas dalam ajaran Islam adalah KEBERSIHAN. Disebabkan itulah, untuk bersolat, maka umat Islam diwajibkan bertaharah dan berwuduk. Malah kebersihan juga menjadi sebahagian daripada iman sepertimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.


Bagaimanapun, Kedah dan Kelantan yang berada di bawah pentadbiran PAS secara langsung, tidak mempamerkan ciri-ciri iman, amal dan ihsan sebagaimana yang mereka laung-laungkan.

Kegagalan PAS Kedah melaksanakan perkara paling asas ini boleh dilihat menerusi sampah-sarap di seluruh Kedah yang gagal diuruskan sehingga kini walaupun tidak seteruk di Kelantan dan Selangor serta Pulau Pinang. 

 Apabila diajukan masalah tersebut kepada pentadbiran, maka jawapan yang diterima adalah "INI MASALAH DARI ZAMAN UMNO".

Kalau itulah jawapan yang mampu diberikan, mengapa pula PAS sibuk menyuakan diri untuk dipilih sebagai pemerintah? 

Kalau semuanya diarahkan kepada UMNO dengan PAS Kedah sendiri tidak mampu menyelesaikannya, bukankah lebih baik kalau pentadbiran segera diserahkan kepada UMNO tanpa perlu  melalui pilihanraya kerana pilihanraya akan akan membuatkan PAS sekali lagi menabur janji yang tidak mungkin dapat mereka tunaikan. 

Perhatikan sahaja bagaimana layanan PAS kepada DYMM Sultan Kedah walaupun ramai yang mendakwa Menteri Besar Kedah merupakan sahabat rapat Tuanku. 


Berbanding istana rasmi di negeri-negeri lain, Istana Anak Bukit merupakan antara istana yang paling dijaga. Tengok sahajalah semak dan belukar yang terdapat di luar kawasan berpagar istana. 

Apakah kontraktor yang sepatutnya menjalankan tugas-tugas pembersihan itu, sudah tidak ada modal untuk meneruskan kerja, atau beranggapan, Sultan Kedah adalah sama seperti lalang dan rumput yang kalau dibiarkan tumbuh pun, tidak mencacatkan mata?

Apakah maksudnya Kerajaan Negeri Kedah tidak mempedulikan tentang Istana Anak Bukit sekaligus tidak mementingkan kewujudan DYMM Sultan Kedah sebagai Kepala Negeri?

Kalau di sekeliling istana pun tidak mampu dijaga dengan rumput dan lalang sudah jadi belukar, apa jaminan yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk rakyat Kedah yang bertaraf  marhein?

Sumber: Kedahan69ers.com

1 comment:

Anonymous said...

kerajaan negeri tak bayar kat kontraktor kot. patut la kontraktor tak pi motong rumput.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!