Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 17, 2012

GEMPAR TERKINI..!!! TUAN IBRAHIM TUAN MAN NAK TAMBAH BINI DI SABAH...???

tuan ibrahim
Mendengar cadangan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mahu membina sebuah masjid di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau, Sabah, membuatkan hati saya sejuk dan menyambut baik cadangan itu.

Berbesar hatilah juga saya apabila PAS cuba membantu masyarakat Islam di kampung tersebut untuk membina rumah Allah di kampung yang agak terpencil tersebut.

Namun entah kenapa, tiba-tiba hati saya tercuit dan gelihati dengan cadangan Tuan Ibrahim itu. Seolah-olah saya mendengar satu lagi perkara yang agak mustahil untuk dilakukan oleh PAS di Sabah.

Maafkan saya. Saya menghormati cadangan PAS itu. Tapi berdasarkan rekod dan pencapaian PAS di Semenanjung Malaysia berkenaan pembinaan masjid menunjukkan bahawa parti itu bukanlah berminat sangat untuk membina rumah Allah.

Pada awal Disember tahun lalu,  Exco Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun mengesahkan bahawa Kerajaan PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sahaja bagi tempoh pentadbiran mereka sejak 1990 sehingga kini.

Bayangkan, selama 22 tahun memerintah Kelantan, PAS hanya mampu membina sebuah masjid sahaja iaitu Masjid China. Selain masjid itu, Abdul Fatah mengaku bahawa semua masjid lain dibina oleh Barisan Nasional.

Selama 22 tahun memerintah Kelantan, PAS hanyalah membaik pulih beberapa buah masjid di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Itu pun hanya sedikit sahaja dan banyak masjid di Kelantan dikatakan berada di dalam keadaan “dhaif” dan menyedihkan…

Persoalannya, sedangkan di Kelantan pun PAS gagal membuktikan bahawa mereka berminat untuk membina masjid, apakah penduduk kampung Batu Luguyan itu boleh mengharapkan sebuah masjid bakal di bina oleh PAS di kawasan mereka?

Sedangkan di Kelantan pun mereka terkapai-kapai tidak mampu membina masjid, apakah mereka fikir penduduk kampung yang agak terpencil di Sabah itu akan percaya kepada janji manis PAS?

Nampaknya PAS sedang cuba “membeli jiwa” dengan menawarkan janji manis mereka kepada para penduduk di negeri di bawah bayu itu.

Lainlah kalau Tuan Ibrahim maksudkan “bercadang membina masjid” itu bermakna dia “bercadang mahu bernikah lagi satu dengan orang kampung Batu Luguyan” itu..!

Sepatutnya PAS tidak perlu menyebok di Sabah untuk membina sebuah masjid. Sewajarnya, PAS perlu berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah untuk berbincang dengannya bagi membina sebuah masjid bagi masyarakat Islam di kampung tersebut. Itu lebih realistik!

Untuk cadangan membina masjid, Tuan Ibrahim yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang perlu bertemu dengan Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat bagi mencadangkan padanya untuk membina lebih banyak masjid di negeri Serambi Mekah itu.

Malulah pada rakyat Kelantan. Negeri yang diperintah oleh Mursyidul Am PAS hanya membina sebuah masjid saja, kan?

Sebab itulah saya katakan tadi, sedangkan negeri yang diperintah PAS sendiri hanya mampu membina sebuah masjid, tapi PAS bercadang pula untuk membina sebuah masjid yang di negeri di bawah pentadbiran BN yang terbukti lebih berkemampuan dan banyak membina rumah Allah?

Seperkara lagi yang saya mahu ingatkan Tuan Ibrahim ialah supaya PAS tidak mempergunakan masjid sebagai tempat mereka berpolitik. Jangan tukar khutbah Jumaat kepada ceramah kempen politik PAS kerana ia adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak wajar dilakukan.

Di Kedah misalnya, seorang ustaz di Baling sedang disiasat ekoran dakwaan berkhutbah Jumaat dan secara terang-terangan menyelitkan agenda politik PAS di dalam khutbah tersebut. Ustaz yang merupakan seorang guru sekolah itu mungkin berhadapan dengan tindakan disiplin dari Kementerian Pelajaran.

Justeru itu, saya menggesa Tuan Ibrahim supaya berdiri di hadapan cermin dan ukur baju di badan sendiri dahulu sebelum menjanjikan “bulan dan bintang” kepada rakyat, khususnya di Sabah yang jelas menolak PAS.

Rakya Sabah sudah lama memerhatikan kedurjanaan PAS yang memecah belahkan umat Islam di Semenanjung dengan bemodalkan politik agama mereka dan mereka sekali-kali tidak akan membiarkan perkara itu berlaku di negeri mereka. Harap PAS jelas dengan fakta itu.

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!