Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 13, 2012

GEMPAR BERAPIII..!!! HARAKAH BANTU HANCURKAN REPUTASI AZIZAN RAZAKKK..!!!

azizan gagal

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menerima tamparan hebat dari editor lidah rasmi PAS, Harakahdaily, apabila portal itu menyiarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan KUIN menggantung 5 orang pelajarnya tahun lalu.

Selalunya, kisah-kisah yang memaparkan kesalahan, kesilapan dan keburukan PAS tidak akan sesekali disiarkan oleh sidang editor portal milik parti itu.

Sangat berlainan kali ini, berita tersebut disiarkan oleh editornya dan dipercayai bahawa penyiaran berita tersebut mempunyai agenda tersirat, “ada udang di sebalik batu”.

Azizan yang merupakan Pengerusi Kolej Universiti Insaniah (KUIN), sebuah IPTS milik penuh Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah menggantung 5 orang mahasiswanya kerana berdemo menentang pengurusan IPT tersebut.

Selain itu, dikhabarkan juga bahawa KUIN kini di dalam keadaan “tenat” ekoran dilanda krisis kewangan yang parah!

Sumber mendedahkan bahawa maklumat dalaman KUIN tersebut dibocorkan oleh orang PAS sendiri kepada media dan beberapa pemimpin UMNO bertujuan untuk memberi tekanan kepada MB yang mempunyai masalah jantung itu.

Khabarnya, yuran pengajian dinaikkan dari RM60 kepada RM200 sejam kredit bermula Julai ini.

KUIN juga memotong gaji kakitangannya untuk KWSP dan SOCSO, tapi bila diperiksa, tiada satu sen pun caruman dibuat oleh KUIN ke dalam akaun mereka.

Begitu juga dengan pemotongan terus dari bank bagi pinjaman sewa beli rumah, kenderaan dan sebagainya oleh kakitangan KUIN di mana pihak bank tidak menerima bayaran mengikut masa dan ada dikalangan mereka yang menerima surat amaran dari pihak bank.

Menurut risikan maklumat yang dibuat di dalam PAS Kedah, kedudukan Azizan Razak kini bagaikan “telur dihujung tanduk”.

Maklumat memberitahu bahawa gerakan-gerakan untuk menjatuhkan Azizan Razak yang dulunya dibuat secara diam-diam, semakin berani dibuat secara terbuka seolah-olah mencabar kewibawaan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Menurut sumber lagi, segala maklumat dalaman termasuk fail-fail sulit MB turut “dilarikan” oleh “orang dalam” bagi didedahkan kepada musuh-musuh politik Azizan Razak.

Nampaknya, jika Azizan tidak bertindak tegas dari sekarang, bukan saja jawatan Menteri Besar yang disandangnya itu akan “hilang”, malah berkemungkinan besar jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah juga akan “terbang”!

Persoalannya, siapakah pemimpin PAS Kedah yang layak menggantikan Azizan Razak sebagai MB?
Mahfuz Omar? Phahrolrazi Zawawi? Taulan Rasul? Amiruddin? Nasir Mustafa? Dr. Ismail Salleh? Sanusi Mohd Nor? Atau Datuk Ahmad Bashah?

Layakkah Mahfuz Omar yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang hanya akan ditertawakan oleh rakyat? Layakkah Phahrolrazi sedangkan dia terbukti “gunting dalam lipatan” di dalam PAS Kedah?

Taulan Rasul yang semakin dibenci ahli PAS di Pendang boleh ganti Azizan? Dan Nasir Mustafa yang “bertapa” dirumahnya “menggoyang telur” sambil makan gaji buta sebagai ADUN?

Dr. Ismail pula “sekutu” Phahrolrazi yang tidak lagi diyakini orang PAS sendiri. Sanusi Mohd Nor pula terlalu “mentah” untuk menggantikan “mentor”nya.

Saya fikir, jika keadaan PAS Kedah yang huru-hara begini, penuh dengan pepecahan, “cas keting”, gila kuasa, gila glamour dan “syok sendiri”, rasanya UMNO/BN akan mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah selepas PRU13 ini.

Dikala UMNO sedang merayakan ulangtahunnya yang ke-66 di Stadium Bukit Jalil menandakan kekuatan UMNO yang semakin disokong rakyat negara ini, PAS Kedah pula sedang kritikal bergaduh dilanda ribut!

Jika perkara ini berterusan lagi (meskipun dalam diam dan dirahsiakan), tidak hairanlah UMNO Kedah yang diketuai oleh Datuk Bashah akan mengambil alih jawatan MB dari PAS dan Azizan Razak.

Sumber: Klik sini

1 comment:

QalamQabut said...

UMNO/BN ada ubat untuk sakit jantung Ustaz Azizan dan juga migrain Mahfuz Omar, Phahrolrazi Zawawi, Taulan Rasul, Amiruddin, Nasir Mustafa, Dr. Ismail Salleh, Sanusi Mohd Nor, Datuk Ahmad Bashah atau siapa saja yang teringin nak ganti tempat Ustaz Azizan sebagai MB Kedah. Tunggu saja PRU13 nanti.

Perintah negeri pun dah harubiru, macamana nak perintah negara? Kedah, Penang, Selangor maupun Kelantan sama saja.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!