Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 8, 2012

EKSKLUSIF..!!! SEJARAH PENEMPATAN AWAL ISLAM KEDAH TIDAK DIPEDULI PAS KEDAH..!!!

Makam Tok Pasai ketika dijaga dengan baik di zaman BN...
KUALA KEDAH – Makam Tok Pasai yang menjadi khazanah peninggalan sejarah berharga di Kedah, seolah-olah terbiar reput tanpa sebarang penjagaan sewajarnya sebagai salah satu artifak penting bukti kewujudan pengaruh awal Islam di negeri Jelapang Padi ini.

Makam yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib itu turut diakui oleh portal rasmi Kerajaan PAS Negeri Kedah, Warta Darulaman, yang menulis bahawa makam tersebut seolah-olah tidak disedari dan tidak diendahkan kewujudannya.

Persoalannya, meskipun Kerajaan PAS  Kedah menyedari keadaan tersebut, mengapa khazanah tidak ternilai itu tidak dipelihara sebaik-baiknya sebagaimana yang dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya?

Makam tersebut yang dahulunya terjaga rapi dan menjadi tumpuan para pelancong sementara meninggu feri untuk ke Pulau Langkawi, kini semakin buruk dan reput binaannya, serta tidak lagi dipedulikan sesiapa pun.

Terletak di dalam kawasan tempat letak kereta di jeti berkenaan, makam tokoh ulama ulung di Kedah itu bagaikan tidak diketahui apabila tiada sebarang papan tanda yang jelas bagi menunjukkan ia berada di situ.

Saya yang berada di jeti tersebut baru-baru ini bagaimanapun sempat menghadiahkan “Al-Fatihah” buat Tok Pasai, seorang pejuang agama Islam yang berhijrah dari kepulauan Indonesia setelah diburu penjajah Belanda pada tahun 1844 itu.

Amat sedih apabila melihat makam seorang tokoh yang berjasa besar dan sangat dihormati oleh rakyat negeri Kedah itu dibiarkan tidak terjaga oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya juga ‘pejuang” Islam.

Jika dahulu ia terjaga rapi dengan dua batu nesan diletakkan di pusaranya, kini hanya tinggal satu batu nesan dan kain penutupnya juga sudah hilang entah kemana…

Sepatutnya, lokasi tarikan pelancong beginilah yang perlu dijaga dengan baik oleh Exco Pelancongan Negeri Kedah yang bertanggungjawab, S Manikumar.

Apakah disebabkan S Manikumar merupakan bukan penganut agama Islam maka dia sewenang-wenangnya mengenepikan pemuliharaan peninggalan sejarah awal Islam di Kedah itu?

Di Kedah, terdapat begitu banyak lokasi pelancongan menarik dan sangat kaya dengan khazanah sejarah yang tidak ternilai untuk dilawati oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Namun dengan tiada fokus yang diberikan oleh Exco bertanggungjawab dan dia lebih gemar naik turun pentas untuk berceramah politik, tugas yang diamanahkan oleh rakyat melalui undi pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu telah dikhianati.

Tidak hairanlah jika industri pelancongan kini merosot di Kedah dan para pelancong lebih tertarik untuk “melencong” dari Kedah ke negeri lain sebagai destinasi utama mereka. - Kedahan69ers.com

1 comment:

Anonymous said...

Jalan2 di Kedah banyak yg berlubang2. Itu pun depa tak pedulikan. Huh, nak suruh depa peduli pasal makam, jgn mimpi le.
Begitulah jadinya bila "beruk dapat bunga".

Bila Kak Su Bersuara... Heh!