Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 9, 2012

EKSKLUSIF..!!! MAS - AIR ASIA: ANWAR DALANG DI SEBALIK KEMELUT BANTAHAN KERJASAMA..???

Semalam, aku berkesempatan untuk bertemu seorang rakan lama yang dah lama aku tak jumpa. Dia dah kerja besar dah sekarang. Dia kerja dengan MAS, syarikat penerbangan Malaysia yang begitu simbolik kewujudannya.

Tapi menurutnya, ada yang tak kena dengan MAS sekarang. Yang peliknya tu, dia ada cakap pasal union-union pekerja MAS yang tak puas hati kat pengurusan. Aku mintak dia cerita detail kat aku...

Katanya, MAS memang tengah tenat sangat sekarang ni. Teruk dan nazak. Dah bertahun dah MAS "sakit". Jadi, pihak pengurusan bincang-bincang dan membuat keputusan untuk buat kerjasama dengan Air-Asia. Oooooo...baru aku ingat...isu "swap share" tuuuu...

Member aku kata, ketua-ketua union ni ramai yang tak puas hati kat kerjasama tu, especially pasal "swap share". Ketua-ketua union tu takut operasi MAS dikecilkan dan takut hilang kerja. Maklumlahhh...diorang ni sebok berpersatuan sampai kengkadang lupa kerja...heh!

Member aku cerita, ketua-ketua union MAS ni gabra semacam dan takut kerja diorang pun di"swap"kan sekali. Maka diorang pun buat meeting sesama diorang dan berbincang cari jalan untuk tolak kerjasama Air Asia tu...

Dalam kerjasama tu, Tony Fernandes dan Kamaruddin telah di"pinjam"kan kepada MAS dan seorang pengarah MAS diletakkan di Air-Asia. MAS dapat 10% saham Air-Asia, dan Air Asia dapat 20 saham MAS. Tujuan "swap share" tu adalah untuk memastikan Tony Fernandes ada komitmen untuk majukan MAS macam Air Asia...kira nak ikat CEO paling perform dalam industri aviation negara la...

Ramai orang silap faham tentang "swap share" tu. Actually, nilai saham MAS sangat rendah berbanding Air-Asia dan sebab tu diorang cakap pertukaran saham tu nampak tak adil. Padahal, memang adil dan berbaloi pun...

Tapi ketua-ketua union ni bantah jugak. Diorang nak kerajaan batalkan "swap share" tu dan kerjasama tu. Diorang nak jumpa PM untuk buat bantahan.


Namun, sebelum diorang jumpa PM, diorang dikatakan telah pergi berjumpa dengan Anwar Ibrahim! Persoalannya, apa sebabnya diorang jumpa Anwar? Anwar tu CEO MAS ke? Anwar tu CEO Air Asia ke? Apa kena mengena Anwar dengan isu ni..???

Lepas diorang jumpa Anwar, makin kuat ketua-ketua Union ni buat bantahan. Bukan setakat memorandum, diorang buat blog pulak untuk balun beberapa individu yang diorang target untuk dihalau keluar...

Antaranya ialah Tony Fernandes dan Kamaruddin, Tan Sri Azman Mokhtar dan Rashdan atau lebih dikenali sebagai Danny. Beberapa individu pihak pengurusan MAS turut menjadi sasaran, termasuk CEO MAS, Jauhari.

Setelah memorandum diserahkan pada PM dan kajian pun dibuat mengenai tuntutan mereka. Dan dikatakan bahawa tanpa "swap share" pun, kerjasama antara MAS boleh dilakukan. Tapi tu semua bergantung kepada persetujuan Tony Fernandes la jugak kan...

Ye laaa...syarikat yang untung beratus juta macam Air Asia tu mana la nak buat kerjasama dengan syarikat "nazak" macam MAS tu. Kena la bincang persetujuan dengan Tony dulu kan...

Mungkin pasal semangat hormatkan MAS sebagai syarikat penerbangan utama negara dan mahu melihat ia "sihat" kembali dari mati terus dan lebih 20,000 orang termasuk ketua-ketua union tu hilang kerja, maka Tony pun setuju untuk teruskan kerjasama tanpa "swap share"...

Dari cerita member aku tu, baru aku ingat baru-baru ni kerajaan umum "swap share" antara MAS dan Air Asia tu dibatalkan dan kerjasamanya masih diteruskan...

Tapi yang peliknya, ketua-ketua union ni tetap tak puas hati. Diorang tuduh macam-macam kat Tony Fernandes dan beberapa individu yang diorang target tu. Diorang hentam teruk-teruk dan ugut kerajaan bahawa kalau tak buang individu tu, diorang akan hasut 20,000 pekerja MAS untuk undi pembangkang!

Dah jadi bab politik la pulakkk!!! Dari cerita nak selamatkan MAS, terus bertukar jadi kes politik???

Member aku kata, dia syak semua ni kerja Anwar Ibrahim! Dia percaya, Anwar dah racun puak-puak ketua Union ni untuk desak dan mintak macam-macam dari PM sampai dapat apa yang mereka mahu..!!! Nampaknya niat ketua-ketua Union ni dah terpesong...

Menurut member aku lagi, ahli-ahli union dan majoriti pekerja MAS okay je. Takde masalah dengan kerjasama dengan Air-Asia tu. Tapi ketua-ketua union tu pulak yang lebih-lebih dan gunakan bilangan ahli union yang ramai untuk ugut PM...

Aku dah mula terbayang muka Anwar tersengih-sengih sebab "racun" dia dah mula menunjukkan kesan...rasa macam nak tinju je sebijik kat muka kerang busuk dia tu...

Memang tak guna betul la Anwar ni. Habis semua golongan dia nak hasut. Semua dia nak kacau dan buat huru-hara. Dari kakitangan kerajaan, GLC, agensi kerajaan, syarikat-syarikat besar kecil, golongan pekerja, mahasiswa..sampai la budak tadika, semuanya dia nak hasut suruh benci kerajaan...

Kalau apa yang dia cerita semua tu betul takpe la jugak. Masalahnya, dari apa yang dia cerita tu, hanya 0.000000001% je yang betul! Yang betul tu pun cuma perkataan "Assalamualaikum". Itu pun kengkadang pun salah sebut. Yang lain tu semuanya bohong belakaaa..!!!

Nampaknya, kali ni ketua-ketua union tu pulak yang kena "racun" dan diorang tak sedar diorang dah kena "racun". Pada aku, lebih baik buang je ketua-ketua Union ni dari terus jadi "virus racun" dalam MAS.

Diorang nak Tony dikeluarkan dari MAS? Bro...Tony tu nak tolong MAS je, dia the most realistic performer dalam aviation indsutry. Rugi besar kalau MAS hilang sentuhan ajaib dia tu. 

Rasanya, dari hilang Tony, lebih baik ketua-ketua union dan Anwar Ibrahim tu "dihilangkan"...heh! Satu pihak rosakkan MAS...satu pihak lagi rosakkan negara...heh! Bellaraweiiiii....!!!


3 comments:

Anonymous said...

senang je gomen pulak buat ugutan, kalau korang semua gagal untuk meningkatkan prestasi untuk menguntungkan syarikat, baik gomen jual je MAS kat sesiapa yg nak, secara open tander, lepas tu korang pikir le sendiri macam mana nak hidup, kalau syarikat lingkup korang pandai2 le cari kerja lain.

Anonymous said...

Ada undang2 tapi tak digunakan utk ambik tindakan. Klu aku jadi dia pun, aku akan terus buat kacau. Dah tak de siapa nak halang!

mydesign said...

MAS EMPLOYEE should be more SMART and ACT not just SLEEPING. ALL of you should support TONY, he have something you all don't have. grow up!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!