Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 29, 2012

BUKTI BENAR..!!! SUMBANGAN DAP KEPADA ORANG MELAYU..!!! PAK SAMAD JANGGUT SOKONG..???

jawi




Tidak keterlaluan jika dikatakan tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bangsa Melayu. Walaupun diceduk dari huruf-huruf Arab, identiti bangsa Melayu itu tetap terserlah didalam tulisan Jawi. Tidak ramai yang tahu akan sejarah tulisan ini. 

Mungkin hanya ada satu atau dua orang Melayu yang berusaha untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang tulisan yang memberikan kesan yang tersangat besar kepada bangsa Melayu Nusantara.

Zaman sekarang ini tulisan Jawi jelas dipinggirkan. Dahulu ada Utusan Melayu yang menjadi kebangaan orang-orang Melayu. Utusan Melayu yang berlidah tajam mencucuk sanubari orang-orang Melayu. Menjadi pembakar semangat menentang kebangsatan penjajah. 

Dengan majalah-majalah bertulisan Jawi seperti Al-Imam, Neracha, Edaran, Pengasuh dan Saudara menjadi hati dan lidah gerakan Nasionalisme Melayu. Sekarang lain pula ceritanya. Utusan Melayu hanya menjadi sisipan hujung minggu. 

Tidak lagi menjadi akhbar utama seperti dulu. Dan majalah-majalah yang disebutkan diatas telah hilang ditelan zaman. 

Cuma sesekali akan disebut-sebut tentang kewujudannya oleh guru-guru matapelajaran sejarah tingkatan empat. Itu pun akan cepat-cepat dilupakan setelah habis peperiksaan SPM.

Zaman dulu, orang-orang Cina pun ada yang tahu membaca tulisan Jawi. Tidak hairan pada zaman dahulu jika kita terlihat orang-orang Cina duduk di kedai-kedai kopi sambil membaca akhbar atau risalah bertulisan Jawi. 

 Zaman sekarang anak-anak Melayu pula yang tergagap-gagap apabila disuruh membaca karangan dalam kelas Jawi. 

Ada pula yang mempersoalkan kepentingan belajar tulisan jawi. Ibu bapa pun ada yang mempersoal tentang bilakah masanya anak-anak Melayu akan menggunakan kelebihan tersebut? 


Ada pula cerdik pandai yang mengatakan kalau sudah pandai mengaji, maka pandai lah membaca Jawi. Cerdik pandai seperti ini lah yang perlu di”tarbiyyah” segera. Tidakkah mereka tahu ada 6 huruf Jawi yang tiada didalam tulisan Arab?

Mungkin kerana kealpaan orang Melayu yang menyebabkan tulisan jawi itu diabaikan. Tetapi itu bukan alasan untuk melenyapkan terus tulisan ini daripada menjadi sebahagian warisan Malaysia. 

Democratic Action Party (DAP) merupakan pelopor utama penghapusan tulisan jawi. Pada tahun 2008 mereka dengan angkuhnya mempertikaikan tulisan jawi yang diletakkan diatas papan-papan tanda jalan di Malaysia. Adakah ini yang dimahukan oleh orang-orang Melayu?

Sedikit demi sedikit mereka ingin menghapuskan identiti orang-orang Melayu di Malaysia. Mereka lebih senang sekiranya orang-orang Melayu hilang akan identiti sendiri. 

Ini kerana hanya dengan cara itu mereka dapat menawan minda kosong umat Melayu moden pada zaman ini. UMNO pula dianggap parti perkauman kerana memperjuangkan tulisan jawi dan identiti Melayu. 

DAP yang kononya memperjuangkan parti nasionalis tanpa mengira kaum dengan gah meletakkan Bahasa Mandarin dan tulisan Pin Yin sebagai medium utama komunikasi mereka. Adakah ini adil bagi orang Melayu?

Selama 66 tahun UMNO ditubuhkan, tidak pernah sekali pun ia mempertikaikan budaya dan amalan kaum-kaum lain di Malaysia. 

Malah di bawah payung pemerintahan UMNO, orang-orang yang berbangsa bukan Melayu dapat memperkembangkan budaya dan adat mereka tanpa sebarang masalah. 

Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional dan UMNO dengan tanpa prejudis memperjuangkan adat dan budaya kaum lain sebagai satu misi nasional.

Parti komponen Pakatan Rakyat yang dipelopori oleh orang-orang Melayu yang gila kuasa hanya berdiam diri dan menyaksikan telatah ahli DAP dengan taat. 

Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan kuncu-kuncunya hanya berpeluk tubuh sambil memikirkan beribu alasan untuk melindungi pemimpin DAP yang semakin lama semakin rakus melapah maruah dan jiwa orang-orang Melayu. 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula sedang sibuk menunding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional atas segala masalah yang mereka hadapi semasa mentadbir kerajaan di negeri-negeri yang mereka jajahi. 

Kebaculan mereka dalam mempertahankan orang Melayu dan agama Islam sudah tidak dapat disangkal lagi.

Diam tak diam sudah empat tahun Pakatan Rakyat memerintah empat buah negeri di Malaysia. Dalam empat tahun itu rakyat Malaysia disogok dengan cerita-cerita manis dan romantis akan perjuangan sesat Pakatan Rakyat.

Bagi yang bijak memilih dan memahami apa yang telah dan sedang berlaku, pilihan mereka pada pilihanraya ke 13 kali ini akan menjanjikan berjuta sinar baru untuk bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. 

Tetapi bagi mereka yang masih terus diperdaya dan diperkuda, ketaksuban sesat mereka akan menjadi batu nisan yang teramat besar untuk melambangkan kelunturan semangat umat Melayu yang terkubur di negara yang kita cintai ini.

Sungguhpun isu ini terjadi pada tahun 2008, ia perlu sentiasa diingati agar kita dapat berwaspada dengan Pakatan Al-Ahzab Malaysia yang sentiasa ingin menghancurkan kesyumulan Islam dan kebudayaan Melayu agar ia lenyap dari pandangan mata dunia.

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!