Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 22, 2012

BONGKARRR..!!! 14 TAHUN TIDAK BERKERJA..BEKAS MENTERI BERSTATUS BILIONARE..???!!!

Meskipun tidak mempunyai sebarang pekerjaan selama 14 tahun dan hanya diberi upah sebagai pensyarah jemputan di sebuah universiti, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang disahkan terlibat dengan aktiviti meliwat masih kaya raya dan mampu hidup mewah.

Begitu juga sengan isterinya dan orang paling kanannya yang juga tidak mempunya sebarang pekerjaan tetap, tetapi mampu untuk menyara keluarga, membeli kereta mewah, rumah banglo jutaan ringgit dan hidup lebih hebat dari seorang raja.

Begitulah hakikatnya tiga individu yang bernama Anwar Ibrahim, isterinya Wan Azizah dan Azmin Ali, tiga pemimpin utama PKR.

Biarpun di desak pelbagai pihak untuk mengisytiharkan segala harta yang mereka miliki, mereka hanya bersahaja, tidak memberi reaksi dan memekakkan diri tanpa mengendahkan desakan yang ditujukan kepada mereka.

Namun begitu, mereka tidak malu pula mendesak para pemimpin kerajaan untuk mengisytiharkan harta mereka pada rakyat!

Setahu saya, ketika Anwar ditahan pada tahun 1998 dahulu, dia mengaku hanya meninggal sebuah rumah teres dua tingkat, dua buah kenderaan lama dan tidak mempunyai wang tunai lebih dari RM10,000.

Namun, bila dia pulang kembali ke Malaysia setelah pergi “berguru” dan melobi rakan-rakan Yahudinya di luar negara, Anwar dilihat sangat mewah!

Dia tiada masalah wang ringgit. Dan dikhabarkan bahawa kekayaan yang dimilikinya adalah “unlimited” dan tidak terhitung banyaknya. Dikatakan juga dia telah menyembunyikan berbilion dolar wangnya di luar negara, hasil “ehsan” dari sekutu-sekutu Yahudinya…

Ketika Anwar merengkok di penjara dahulu, Azizah tiada sebarang pekerjaan. Namun dia mampu terbang kerap ke luar negara bertemu dengan ramai pemimpin dan tokoh Yahudi untuk menagih simpati, kononnya suaminya dianiaya.

Mana dia dapat duit sebanyak itu untuk membeli tiket kapal terbang? Kos penginapannya pula dibayar pakai “daun”, kah? Apakah dia tidak perlu membayar harga makan dan minumnya?

Rasanya, jika dibandingkan dengan harta-harta peninggalan suaminya, Wan Azizah takkan mampu ke luar negara lebih dari 3 kali sahaja. Itu pun kalau dia naik penerbangan tambang murah. Kalau naik MAS, mungkin dia terpaksa pakai kad kredit!

Bagaimanapula dengan Azmin Ali? Apa pula kerjanya bila “boss”nya dipenjara? Dengan gaji sekitar RM2,500 sebagai pegawai khas Anwar, berapa banyak sangat yang boleh dikumpul Azmin selain terpaksa menyara Shamsidar dan anak-anak mereka?

Tapi, dalam jangka masa kurang dari 10 tahun, Azmin yang terpaksa berhenti kerja kerana Anwar dipenjara, telah mampu membeli kereta mewah, Ferarri, yang berharga jutaan ringgit?

Azmin juga mampu memiliki rumah besar berharga jutaan ringgit, Audi Q7, saham-saham bernilai tinggi, memakai songket berharga puluhan ribu ringgit, kerap bercuti di luar negara dan menginap di Presidential Suite!

Mungkinkah Azmin lebih kaya dari Anwar Ibrahim..?

Sesungguhnya persoalan ini perlu dipersoalkan oleh setiap ahli-ahli PKR di seluruh negara. “Mak Lampir”, Sam Ketot, Rafizi Ramli, Nik Nazmi, DAP dan PAS khususnya, perlu jelas mengenai sumber dan kekayaan yang dimiliki oleh tiga individu ini.

Bukan apa, risau juga jika segala kekayaan dan timbunan harta-harta tiga “tokoh besar” ini bersumber dari sumber yang haram. Bukankah setiap sen itu akan dipersoal oleh Allah di padang Mahsyar kelak? Apa kata kalau mereka jelaskan di dunia saja… - Kedahan69ers.com

1 comment:

Anonymous said...

erm,,, lets hear from those PR guys what they have to say about this... maybe.." dia kumpul duit tabung dari kecik lagi tu yg kaya tuh"... heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!