Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 22, 2012

BONGKAR KEDAH...!!! MUSNAHHHH..!!! PUNAHHHH KEDAH BAWAH AZIZAN RAZAK...!!!

YAN – Batu Hampar merupakan sebuah kawasan pilihan yang begitu popular di negeri Kedah pada suatu ketika dahulu di mana ia menjadi tarikan utama bagi rakyat sebagai lokasi perkelahan antara yang terbaik di negeri ini.

Bagaimanapun, agak menyedihkan apabila kawasan perkelahan itu begitu kotor, “muram” dan dilihat terbiar seolah-olah telah bertahun tidak diselenggara oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

Sangat menyedihkan apabila melihat keadaan kawasan air terjun Batu Hampar dalam keadaan begitu sedangkan ia sangat bersih, terjaga, lengkap dengan pelbagai prasarana untuk tujuan perkelahan dan rekreasi hampir musnah!

Meninjau ke kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri itu semalam, kami hanya mampu terkedu melihat kemudahan-kemudahan awam yang tersedia sebelum tahun 2008 itu rosak teruk bagai “dilanggar garuda”.

Daripada pemerhatian kami, kelihatan jelas dua buah tandas awam yang menjadi kemudahan asas yang penting di situ dibiarkan rosak, tidak terjaga dan tidak boleh digunakan sama sekali.

Beberapa buah pondok rehat di situ roboh dan terbiar reput begitu sahaja meskipun sewajarnya ia dibaiki semula oleh pihak berwajib.

Selain itu, laluan pejalan kaki dan tangga utama yang digunakan para pengunjung untuk turun ke air terjun di kawasan itu diselimuti lumut dan kulat, serta mampu menyebabkan kemalangan berlaku jika tidak berhati-hati.

Bagai disambut dengan sampah sarap yang tidak dikutip atau dibakar, para pengunjung pusat perkelahan itu akan terkejut dengan beberapa batang pokok besar yang tumbang merentangi susur pejalan kaki dan jeram sungai yang mengalir.


Lebih mengejutkan beberapa bangunan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah sejak lebih 4 tahun lalu rosak teruk di mana bumbungnya terkopak, rabak, lompong, kotor dan dipenuhi dedaun kering yang sangat menyakitkan mata yang memandang.


Menurut papan tanda yang kami temui, kawasan perkelahan Batu Hampar itu berada di bawah kuasa pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah, melalui anak syarikatnya,Bina Darul Aman Behad (BDB), Majlis Daerah Yan dan Jawatankuasa Exco Pelancongan Negeri.

Adalah menjadi satu pembaziran yang sangat besar bagi rakyat apabila kawasan itu mengalami kemusnahan teruk dan tidak diselenggara dengan baik di mana ia turut akan menjejaskan punca pendapatan sektor pelancongan di Kedah.


Kawasan perkelahan ini yang suatu ketika dulu menjadi kunjungan ramai dan dibanjiri oleh peniaga-peniaga kecil kini terbiar sepi. Peniaga-peniaga kecil ini hilang sumber pendapatan akibat kawasan perkelahan yang todak diselenggara dengan baik. 

Apa yang dibimbangkan juga adalah keadaan ini turut mampu mengundang bahaya kepada para pengunjung seperti menjadi sarang seranggan berbisa seperti ular,lipan dan sebagainya. 

Di samping itu, keadaan kawasan yang terbiar dipenuhi semak samun itu mungkin juga menjadi sasaran tempat untuk para remaja melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti perlakuan sumbang, penagihan dadah dan sebagainya. 

Seharusnya perkara ini perlu dipandang serius oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah memandangkan kawasan perkelahan tersebut begitu cantik dengan deruan airnya yang bersih yang mengalir dari kaki Gunung Jerai, salah satu gunung yang menjadi mercu kebanggaan negeri Jelapang Padi ini.

Apa yang lebih membimbangkan ini akan memberikan imej yang buruk kepada pengunjung yang datang dari luar negeri Kedah khususnya dari Pulau Pinang yang gemar menghabiskan cuti hujung minggu mengunjungi kawasan-kawasan rekreasi di negeri ini. 

Sesungguhnya sumber alam semulajadi yang dianugerahkan Tuhan itu seharusnya dipelihara dengan baik demi kesejahteraan kita bersama. 

Nampaknya jika tidak bertukar kerajaan negeri pada Pilihanraya Umum ke-13 kali ini, Batu Hampar mungkin tidak akan kembali ke wajah asalnya sebelum ini yang terpelihara, bersih dan menjadi tarikan utama industri pelancongan di Kedah. - Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!