Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 11, 2012

WALAU RBF BONGKARKAN BOHONG ANWAR, APA KATA RAKYAT..?

Bila terbongkarnya rahsia Anwar yang merupakan pengasas dan individu yang bertanggungjawab menubuh serta melaksanakan PTPTN di sini, rasanya dia patut rasa malu dengan kenyataan yang mahu memansuhkan PTPTN.

Tak tahulah sama ada Anwar rasa malu atau tidak. Namun pada saya, sekiranya dia benar-benar seorang manusia dan seorang muslim, sudah tentu dia rasa malu pada rakyat. Tapi, kalau dia tak malu, maka saya pun tak tahulah apa jenis manusiakah ini...

Namun, walau bagaimana sekali pun didedahkan tentang pembohongan dan kebobrokan Anwar ini, saya pasti bahawa para penyokongnya tetap tidak akan percaya dengan fakta tersebut. 

Bak kata penyokong tegarnya, "kalau Anwar betul-betul "main" dengan perempuan depan mata aku sendiri pun, aku takka percaya". Begitulah tegarnya penyokong Anwar...ketaksuban melebihi pemikiran yang waras...

Saya percaya, para pemimpin pembangkang sendiri jelas dan tahu banyak mengenai rahsia peribadi Anwar yang sememangnya sangat busuk itu. Namun demi kuasa politik, segala yang mereka tahu itu disimpan saja sebagai modal "mengawal" Anwar nanti...

Maknanya, kalau pembangkang menang PRU13 nanti, Anwar akan jadi PM dan para pemimpin DAP dan PAS ini akan "mengawal" Anwar dengan "rahsia-rahsia jijik" Anwar tersebut....

Tapi yang paling malang ialah para penyokong tegarnya. Mereka akan kecewa dengan Anwar sekiranya mereka sedar bahawa mereka hanya diperalatkan olehnya untuk mendapat kuasa.Dan jika mereka tersedar ketika itu pun, sudah terlambat...

Sewajarnya, para penyokong Pakatan Pembangkang harus membuka mata dan melihat tentang keperibadian, dasar dan ketajaman pemikiran Anwar membuat keputusan mengenai soal negara.

Anwar pernah jadi pemangku PM. Tapi dia tak perform. Dia gagal! Dia nak jual pula negara ini kepada IMF. Dia nak jual pula negara ini kepada rakan-rakan Yahudi Zionis Israelnya. Rakyat Malaysia dikelentongnya begitu saja...kering saja diauta Anwar...

Tak sedar lagi? Dah macam-macam dah yang kami para blogger dedahkan. Kalau tak guna akal yang waras, sudah tentu kalian akan terus menyokong Anwar. Saya tidak memaksa, terserahlah kepada tuan puan sekalian, layakkah Anwar jadi PM?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!