PENULIS betul-betul tak
sangka yang Nik Aziz ini sebenarnya seorang yang cepat kecil hati.
Pengalaman lalu menunjukkan Nik Aziz tak pernah peduli perasaan orang
lain bila keluar apa-apa kenyataan membabitkan pemimpin dan ahli UMNO.
Tapi kecil hati bila pemimpin UMNO tak jenguk dia.
Penulis merujuk perkara ini kepada siaran portal berita Sinar Harian disini yang
menyiarkan rungutan Nik Aziz mengenai sikap pemimpin kerajaan pusat
yang tidak pernah menjengoknya di pejabat setiap kali berkunjung ke
Kelantan.
Nik Aziz seolah-olahnya merasakan
Kelantan itu dia yang punya dan dengan itu siapa pun pemimpin pusat
perlu ‘menghadap’ dia dulu bila berkunjung ke negeri tersebut. Kuat
hati penulis mengatakan yang Nik Aziz merujuk kenyataannya itu kepada
Timbalan Perdana Menteri yang mengadakan lawatan ke Kelantan semalam.
Dalam masa yang sama, macamlah Nik Aziz
ada jengok-jengok pemimpin kerajaan pusat terutama Perdana Menteri dan
Timbalannya setiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur atau Putrajaya!!
Walhal kalau nak diikutkan dari segi
protokolnya, memang perlu Nik Aziz ‘menghadap’ kedua pemimpin tersebut
pun sebab mereka berdua tu pemimpin kerajaan pusat, Nik Aziz Menteri
Besar cabuk je.
Atau setiap kali berkunjung ke negeri-negeri BN ni Nik Aziz ada menjengok Menteri Besar negeri tersebut?
Yang sebetulnya penulis lebih berminat
untuk mengupas persoalan kenapa Nik Aziz mudah ‘terasa’ kebelakangan
ini. Setahu penulislah, orang yang mudah terasa ni ialah orang yang nak
mati saja.
Takkkanlah Nik Aziz dahagakan lawatan dan
kunjungan dari ‘musuh-musuh’ politiknya kot?
Bukankah Nik Aziz
mengajar penganut ‘agama bulan’ bahawa pemimpin UMNO itu semuanya jahat,
korup dan rasuah, wajib dilawan apa segala, tapi dalam masa yang sama,
Nik Aziz terasa pulak bila Menteri Kabinet yang melawat Kelantan tidak
menjengoknya.
Mungkinkah Nik Aziz tak cukup kasih
sayang. Gamaknya pemimpin Pakatan haram yang lain sibuk nak mengejar
impian ke Putrajaya sehingga kurang memberi kasih sayang kepadanya. Itu
yang dia dambakan sangat lawatan pemimpin UMNO tu ya.
Sumber: Klik sini
P/s: Hari tu Najib melawat dia masa dia masuk Hospital, dia doakan Najib pecah perut. Sekarang sapa pun tak mau pi tengok dia kat hospital. Bukan apa...takut dia doa pecah perut pulakkk..!!! Heh!

2 comments:
hahaha..lawak lawak. adakah nik aziz itu benar benar nyanyuk!!! sikap merajuk itu salah satu simptom irritating...(jadi budak semula???)
yang penting pemimpin umno dah belajar, takkan nak kena doa pecah perut kali kedua!!! haha
hahaha...kesian dia...
Post a Comment