Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 11, 2012

TAHNIAH KEPADA AISHAH KERANA SERTAI PAS...

Album Aishah yang ditaja oleh PAS..???
Tahniah saya ucapkan pada penyanyi Aishah kerana mengisytiharkan diri masuk PAS. Dalam kenyataannya di pentas politik PAS di Taman Melewar baru-baru ini, dia masuk PAS sebab marahkan seorang Datuk Seri..

Katanya, dia pergi jumpa Datuk Seri tu minta bantuan selamatkan aqidah anaknya dari bekas suaminya yang merupakan seorang warga asing, orang putih la kot. Kononnya, dia tidak dilayan dengan baik oleh Datuk Seri tersebut berbanding pihak PAS yang berselindung di sebalik NGO, Nisa'.

Sebab tu dia masuk PAS? Baguslah. Setidak-tidaknya, alasan dia masuk PAS taklah seteruk Bob Lokman. Bob Lokman masuk PAS pasal dia fikir PAS tu Islam...kah!kah!kah!

Pada saya, Aishah berhak untuk pilih partinya. Sama ada UMNO, PAS, PKR atau DAP, itu hak dia. Lagipun, selama ini, PAS itu lah yang banyak tolong Aishah selama dia hidup...

Mungkin tidak ramai tahu bahawa Aishah merupakan bekas pelajar di New Zealand. Ikut sumber, khabarnya pengajiannya di New Zealand itu dibiaya sepenuhnya oleh "PAS". "PAS" tajaan semua kos pengajiannya di luar negara sampai dia sendiri tak mahu balik dan tubuh band muzik di sana...

Mengembangkan bakat seninya, Aishah yang balik ke Malaysia kemudiannya sering membuat konsert-konsert anjuran "PAS". Aishah dikatakan mencari rezeki di pentas-pentas "PAS" sehingga namanya jadi ternama dan diminati ramai...

Bila dia sudah berkahwin, ada anak dan memakai tudung, dia makin benci kerajaan. Katanya, kerajaan tak tolong dia selama ni. Yang tolong dia selama ini ialah PAS. So, tak mengapalah. Ikut suka dialah nak sokong PAS...memang PAS selama ni yang tolong Aishah...

Apapun, saya doakan Aishah supaya bahagia dengan pilihannya. Tak kisahlah. Sekarang mungkin dia tengah panas sebab dia tengah marah kat Datuk Seri...

Tapi, kalau dia fikir dia silap buat pilihan untuk menentukan dasar kerajaan dan politik negara, rasanya UMNO tak pernah halang seseorang untuk kembali menyokong aspirasi rakyat. 

UMNO memang begitu, sentiasa tolong rakyat. Tapi pasal satu kes saja, habis kebaikannya dilupakan. Satu kes kurang baik itu dijaja dan jutaan kes yang baik dilupakan begitu saja. Lumrah manusia yang kurang adil dan tidak mahu berfikir memang begitu... sabar je laaaahhh...heh!


1 comment:

praha2 said...

eden polik dan celaru pasal dio ni. ini kes anak dio apo ado kono dongan parti? siapo nak tolong, tolong lah mengapo nak kaitkan dongan parti? ini tak matang.
hal peribadi, jangan dikaitkan dongan umno atau korajaan.
soal akidah ajukan kepado jamil khir dan pejabat agama bukan umno.
fikir fikirlah dan eden syorkan dio digam korano tak pandai nak balas budi oran yang selamo ini menolong dio.
jangan bori dio saluran baik dalam tv korajaan amupun swata yang menyokong korajaan. kito tengok cam mano dio nak cari makan. mungkin pas bolih tolong kot

Bila Kak Su Bersuara... Heh!