Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 5, 2012

SAYA SETUJU, UNDANG-UNDANG LIWAT SUDAH LAPOK DAN PERLU DIKAJI SEMULA...!!!

LGBT
Baru-baru ini di dalam satu temubual yang diadakan di antara anak perempuan sulung Anwar iaitu Nurul Izzah dengan media UK, The Telegraph, dia menegaskan bahawa “undang-undang liwat di negara ini sudah lapuk dan perlu dipinda”. 
“Undang-undang liwat adalah kuno dan perlu dipinda,” – Nurul Izzah, The Telegraph, 19 Feb 2012.

Kenyataan tersebut dijangka bagi menguatkan lagi idealogi bapanya dalam satu temubual Anwar – BBC yang menyatakan perkara yang sama – undang-undang liwat di Malaysia lapuk dan perlu dipinda.

“Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu… kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…

“Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan,” – Anwar Ibrahim, BBC, 12 Januari 2012.

Ya, saya setuju dengan kenyataan Nurul Izzah dan Anwar untuk mengubah undang-undang berkenaan liwat. Tapi bezanya, jika Anwar dan Izzah mahu undang-undang liwat dilonggarkan, saya pula mencadangkan agar UNDANG-UNDANG LIWAT DIKAJI SEMULA DAN DIPERKETATKAN!

Dahulu, di zaman sebelum Anwar Ibrahim, kita sangat jarang mendengar perkataan liwat. Apatah lagi mendengar kes liwat dilaporkan. Golongan gay bagai tak wujud langsung. Apatah lagi persatuan gay. Dan mungkin kerana itu undang-undang liwat hanya sekadar ada dan kurang dipandang serius.

Namun kini berbeza. Di zaman Anwar, perkataan liwat memang terkenal dan bukan lagi asing untuk kita dengar. Liwat sana, liwat sini. Liwat I, liwat II. Liwat Sukma, liwat Azizan, liwat Dr. Munaweer, liwat Saiful Bukhari. 

Dan sekarang sudah ada Persatuan Gay yang ditubuhkan secara terang-terangan di negara ini. Malah mereka begitu vokal mahu diberikan hak untuk bertapak di negara ini walau secara tidak menonjol. Ingat lagi Seksualiti Merdeka? Itulah perjuangan mereka yang mahukan hak tersebut.

Itulah yang Anwar dan Nurul Izzah mahukan. Mereka anak beranak yang berfahaman liberalisme dan pluraslisme ini mahu golongan yang mengamalkan aktiviti liwat meliwat ini diberikan hak untuk bertapak di negara ini. Dalam ertikata lain, kewujudan mereka perlu diiktiraf kerajaan.

Itu yang Anwar dan Izzah mahu. Dan saya sangat membantah idea sesat ini.

Pada saya memang undang-undang liwat perlu diubah dalam konteks perlu lebih diperketat supaya dapat membendung gejala tidak bermoral permainan kuffar ini. Ia sangat-sangat perlu bagi membendung gejala tidak bermaruah ini dari terus menjadi barah di kalangan rakyat negara ini.

Saya berpendapat bahawa memberikan hak kepada golongan yang mengamalkan aktiviti liwat seperti yang Anwar dan Izzah mahukan itu adalah sesuatu yang sangat bertentangan dengan asas tabii ciptaan manusia. Sekaligus, ia tidak sama sekali melambangkan hak asasi manusia.

Apa yang dimahukan Anwar dan Izzah itu boleh dikategorikan sebagai “hak asasi syaitan”. Hanya syaitan saja yang memperjuangkan hak sesuatu yang bertentangan dengan fitrah Allah SWT.

Kalau dulu undang-undang liwat dipandang remeh sehingga mengakibatkan gejala tidak sihat itu begitu berleluasa, maka wajarlah undang-undang itu dikaji semula dan diperketatkan. Golongan seperti ini sepatutnya tidak diberi tempat di negara kita.

Sekiranya undang-undang liwat ini dipinda mengikut acuan Anwar dan Izzah, maka ia merupakan satu kemenangan kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Dan kemenangan itu pasti tidak akan terhenti di situ sahaja.

Setelah menang dalam satu agenda, pastinya mereka akan terus memperjuangkan agenda kedua iaitu membenarkan perkahwinan sejenis atau penukaran jantina yang diiktiraf undang-undang negara sebagaimana yang kini diamalkan di beberapa negara Eropah. Itu “permainan” mereka.

Sebab itulah saya membantah sama sekali undang-undang liwat dipinda mengikut acuan Anwar dan Izzah. Undang-undang liwat perlu dikaji dan diperketatkan mengikut undang-undang Islam sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ia cuma perlu ijtihad sahaja dan disesuaikan dari sudut perundangan.

Saya percaya, rakyat di negara ini tidak akan rela sekiranya undang-undang liwat ini dilonggarkan prinsipnya sebagaimana yang Anwar dan Izzah mahu. Mahukah kita melihat aktiviti liwat menjadi amalan anak-anak kita di masa akan datang?

Sekiranya tidak mahu, jangan jadikan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Jangan juga jadikan PAS atau DAP sebagai PM kerana mereka akan menari mengikut telunjuk Anwar nanti. Caranya, jangan langsung berikan undi kepada parti pembangkang pada PRU ke-13 nanti.

Ingatlah, satu undi anda untuk pembangkang bererti anda mengkhianati Islam, fitrah Allah, merosakkan masa depan generasi akan datang dan menghancurkan bangsa serta tanahair. Ini bukan fitnah, tapi fakta dan hakikat sebenar…

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!