Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 10, 2012

RAKYAT DI PUTRAJAYA DAH BAKAR HARAKAH, RAKYAT KEDAH BILA LAGI..?

Baru-baru ini lebih dari 70 orang belia, aktivis masyarakat dan profesional di Putrajaya telah bertindak mengoyak akhbar lidah rasmi PAS, Harakah, ekoran rasa tidak puas hati terhadap penyebaran laporan berita tidak tepat dan bohong di kawasan mereka.

Mereka tidak puas hati terhadap Harakah kerana menyebarkan dakyah dan fitnah yang mereka tahu sebagai tidak benar, menipu, menghasut dan mengelirukan rakyat. Mereka tidak rela masyarakat setempat di kawasan mereka terpedaya dengan tohmahan busuk pembangkang.

Syabas saya ucapkan kepada para penduduk Putrajaya yang pantas bertindak sebelum PAS menyebarkan hasutan jahatnya dan memesongkan persepsi masyarakat di kawasan itu. Nampaknya rakan-rakan kita itu tidak rela minda masyarakat mereka dijajah oleh puak-puak pemisah bangsa itu.

Dalam ertikata lain, penduduk Putrajaya menolak dakyah PAS melalui Harakah sepenuhnya

Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati. Bila ‘virus’ sudah menular dan berakar di dalam masyarakat seperti di Kelantan, Nik Aziz pun mereka sanggup iktiraf sebagai Nabi, kafir harbi pula diibarat Khalifah Umar Abdul Aziz!
Tindakan penduduk Putrajaya itu sememangnya mendapat kritikan hebat dari PAS. PAS Wilayah Persekutuan contohnya menyifatkan tindakan mengoyak ahkbar Harakah itu telah menimbulkan kemarahan rakyat! Betulkah begitu?

Mereka begitu marah insiden tersebut dan menganggap ia adalah satu usaha menyekat maklumat yang “benar”dan “adil”. Benakah laporan Harakah itu “benar” dan “adil”?

Tahukah PAS bahawa rakyat yang bijak berfikir, waras, rasional, terpelajar dan berilmu sememangnya menolak Harakah? Tahukah PAS bahawa lidah rasmi mereka itu sudah berkali-kali ‘kantoi’menipu rakyat? Tahukah PAS bahawa Harakah itu layaknya hanya “dibakul sampahkan”sahaja?

Pembohongan terbaru dari Harakah ialah berkenaan ‘Imam baling kasut’ yang kononnya telah bertanggungjawab mengIslamkan dua orang banduan ketika di dalam penjara. Kononnya, Imam PAS itu bagus dan baik akhlaknya kerana berdakwah walau dalam penjara…

Padahal, Jabatan Penjara mengesahkan bahawa laporan Harakah itu tidak tepat sama sekali. Dalam maksud lain, HARAKAH MENIPU! 

Jabatan Penjara telah mengeluarkan kenyataan media menafikan laporan surat khabar cabuk PAS itu dan memberitahu bahawa seorang dari banduan itu telah pun Islam sebelum Imam itu masuk penjara dan seorang lagi dalam proses diIslamkan oleh Jabatan Agama Islam.

Jadi, jelaslah Harakah menipu! Mungkin malu kerana ‘kantoi’ menipu, Harakah keluarkan laporan itu dari laman web onlinenya, Harakahdaily. Tapi, editornya langsung tidak memohon maaf secara terbuka kepada pembaca atas pembohongan tersebut. Nampak sangat Harakah tidak beretika!

Begitukah sifat “benar”dan “adil” Harakah yang didakwa PAS Wilayah Persekutuan? Di mana “benar”nya? Dan di mana pula “adil”nya?
Itu penipuan terbaru PAS melalui lidah rasminya itu. Belum lagi digali dan dikorek lebih banyak pembohongan yang telah mereka lakukan sebelum ini. Peliknya, parti yang kononnya warak dan lebih Islam dari umat Islam lain itu langsung tidak menyesal dan enggan meminta maaf. Surat khabar jenis apa macam ini?

Saya melihat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan lain yang disebarkan Harakah secara meluas semakin hari semakin keliru, tertipu dan terpedaya dengan akhbar pembohong itu, termasuk di Kedah. 

Saya ingin bertanya kepada rakyat Kedah, sampai bilakah kita semua mahu membiarkan PAS dan harakah menipu masyarakat di sekeliling kita?

Rakyat di Putrajaya sudah mengoyak Harakah, rakyat Kedah bila lagi? 

Sumber: Klik Sini

2 comments:

praha2 said...

tak cukup tu. bakar dan koyak tak cukup. harakah hendak lah dijadikan untuk mencuci b..... selopes kejamban. ini termasuk keadilan dan rocket. hanyo untuk cuci pongong jo.

johan said...

Tentang Harakah ni tak tahu nak cakaplah....mula-mula dahulu surat khabar ni begitu dipercayai....tetapi sejak akhir-akhir ini banyak sangat berita penipuan, pembohongan, pembencian tidak habis-habis mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan. Cerita keburukan ahli dan pemimpin mereka langsung tidak ada semuanya baik belaka.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!