Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 18, 2012

PAS TAK MALU PUNYA NAIB PRESIDEN SEPERTI MAHFOOOZZZ..???

AHLI Parlimen paling bodoh dalam sejarah negara, Mahfuz Omar dilaporkan sangat marah apabila tohmahan jahatnya bahawa kononnya wujud “task force” yang mendaftar warga asing sebagai warganegara tidak dilayan oleh pihak kerajaan.

Khabarnya, dia mengadu kepada Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, untuk bersuara menyokongnya dalam meraih publisiti berkenaan itu tersebut.
Tuan Ibrahim dan Abdul Hadi, mahu atau tidak, terpaksalah buat sedikit kenyataan di Harakah untuk memujuk hati Mahfuz yang lara tidak dilayan itu.

Macam budak-budak pula bila melihat perangai Mahfuz. Dia mendakwa wujud satu kumpulan yang didakwa sebagai “task force” memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi pada PRU-13. Kononnya ia didalangi oleh beberapa individu.

Dia menyebut beberapa pegawai kerajaan, termasuk nama Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad, sebagai sebahagian dari “task force” tersebut. Peliknya, dia mendakwa sebegitu tanpa sebarang bukti kukuh atau munasabah!

Sepatutnya, dia laporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa, sama ada kepada pihak polis atau pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dia wajib kemukakan bukti kukuh dan dokumen-dokumen yang membuktikan kesahihan dakwaannya.

Kalau dia mengemukakan dakwaan tanpa bukti begitu, siapa yang nak layan?

Lagipun, Datuk Wan Ahmad sendiri sudah menafikan dakwaan Mahfuz itu dan menyifatkannya sebagai satu fitnah karut yang direka-reka untuk memburuk-burukkan pegawai-pegawai dan agensi kerajaan.

Sepatutnya, Mahfuz perlu tahu bahawa tuduhan sebegitu boleh dianggap fitnah dan ia tergolong dari dosa-dosa besar di dalam Islam.

Tuduhan yang goyah dan tidak berasas hanya akan memburuk-burukkan lagi nama PAS yang kononnya memperjuangkan Islam.

Apakah Mahfuz tidak rasa bersalah ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap para pegawai kerajaan? 

Hanya kerana mahu dilihat sebagai “hero” atau ahli politik yang hebat, tidak semestinya Mahfuz harus membuat fitnah kepada mereka yang tidak berdosa.

Kini, Mahfuz berjaya mengheret Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim untuk bersubahat di dalam fitnahnya itu. Berbaloikah?

Pada saya, sekiranya benar wujud “task force” sebagaimana yang didakwanya itu, pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), imigresen dan sebagainya sudah tentu akan dapat menghidu isu tersebut. Tak payah diberitahu oleh Mahfuz, Kerajaan sendiri akan ambil tindakan!

Jangan Mahfuz fikir bahawa dia saja yang marah jika status kewarganegaraan diberikan begitu mudah kepada warga asing. Sebagaimana kerajaan mahukan proses pilihanraya yang lebih telus, kerajaan juga tidak sanggup menggadaikan kewarganegaraan dengan sebegitu mudah!

Pada saya, dakwaan Mahfuz ini sewajarnya tak perlu langsung diendahkan oleh mana-mana pihak. Biarkan dia “menyalak” sendiri. Nanti penat dia “menyalak”, tahulah dia berhenti.

Lagipun, membazir masa saja melayan kerenah “orang bodoh”. Biarkan dia bodoh seorang diri dan kita tidak perlu jadi sepertinya. Mungkin hanya PAS saja yang tidak malu memiliki seorang Naib Presiden sebodoh itu kan? 

Sumber: Klik Sini

1 comment:

Anonymous said...

mahpuuih@mampus: hang pi duduk SPM laa.kot kot cerdik sikit.pas dah laa parti munafik, hang pula dok tumpang nak jadi kafir

Bila Kak Su Bersuara... Heh!