Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, April 22, 2012

PANASSS..!!! SIAPA KETUA PEMBANGKANG PALING KOTOR DALAM SEJARAH..?!!!

HARI ini Ketua Pembangkang paling tidak bermoral dalam sejarah negara, Anwar Ibrahim, “menyalak-nyalak” di bangunan Parlimen menyatakan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 kali ini adalah yang paling kotor berbanding semua pilihanraya yang pernah diadakan.

Bagaikan tidak puas di dalam Dewan Rakyat, Anwar terus “menyalak” di lobi Parlimen sambil disahut oleh beberapa orang lagi pemimpin pembangkang seperti Anthony Loke, Wan Rahim, Khalid Samad dan “kekasih songsang”nya, Azmin Ali.

Kononnya, penambahbaikan sistem pilihanraya yang diluluskan kerajaan itu tidak berguna memandangkan sistem dan data daftar pemilih yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak bersih.

Sebenarnya, saya sudah agak bosan untuk menulis mengenai pelbagai dakwaan tidak masuk akal para pemimpin pembangkang tersebut. Bukan apa, mereka sememangnya mereka-reka isu yang tidak ada. Pilihanraya di negara ini memang bersih dan adil!

Saya mencabar semua pemimpin pembangkang, sekiranya mereka bermaruah dan yakin bahawa PRU13 tidak bersih dan kecoh, usah sertai pilihanraya umum kali ini! Berani? Sila boikot PRU13 sekiranya mereka benar-benar berprinsip dan yakin dengan tuduhan mereka itu.

Kerajaan sebelum ini telah beri muka kepada mereka. Mereka kata sistem pilihanraya kotor, banyak penipuan dan tidak cekap. Meskipun kerajaan menafikan dakwaan itu, kerajaan masih lagi melayan kehendak mereka dengan menubuhkan PSC.

Kerajaan pun mahu sistem pilihanraya yang lebih baik. BN pun tak mahu menang dengan cara yang kotor! Dan setelah PSC selesai berbincang, resolusi dikeluarkan dan Kerajaan sedang menjalankan penambahbaikannya sekarang.

Mereka mahu dakwat kekal, kerajaan luluskan. Mereka mahu itu dan ini, kerajaan kaji dan lakukan mengikut kesesuaian di atas batas rasional. Diakui, memang ada yang tidak boleh ditunaikan seperti memansuhkan undi pos.

Mengenai sistem daftar pilihanraya, ingat senang nak selesaikan? Sudah tentu ia mengambil masa! Semua maklumat setiap pengundi berdaftar perlu diteliti identiti, alamat, status terkini dan sebagainya. Ingat pengundi di negara ini 100 orang saja, kah?

Saya ingin bertanya kepada Anwar dan para pemimpin pembangkang, berapa ramai di antara mereka yang melaporkan kematian ibubapa masing-masing ke Jabatan Pendaftaran Negara? Jangan terkejut sekiranya nama Ibrahim, Ali, Samad dan nama nenek moyang mereka masih ada di dalam senarai daftar pemilih!

SPR sebenarnya sudah menjelaskan bahawa mereka tiada kuasa untuk memadam nama nenek moyang para pemimpin pembangkang itu jika kematian mereka tidak dilaporkan kepada pihak JPN. 

Tak cukup sekadar lapor kematian itu di balai polis sebab polis pun tidak ada kuasa untuk memadam nama mereka dari sistem data di JPN!

Saya fikir, puak-puak seperti Anwar ini hanya akan berhenti “menyalak” apabila mereka menang pilihanraya dan membentuk kerajaan pusat. Jika mereka menang, barulah mereka akan berpuas hati!

Ketika itu, mereka sendiri akan menobatkan bahawa SPR merupakan sebuah agensi paling telus, berintergriti, adil, cekap, hebat, terbaik, mulia, bersih, suci dan segala puji-pujian akan diberikan. 

Malah, mereka akan mengisytiharkan bahawa PRU13 yang paling bersih dalam sejarah dunia!

Justeru itu saya fikir, kita tak payahlah layan momokan pembangkang yang sengaja mencipta isu yang palsu. Mereka sengaja buat begitu untuk mencetus kemarahan kita kepada kerajaan dan SPR. 

Mereka sengaja bakar kita dengan api kemarahan. Maklumlah, “syaitan” memang suka pada api…

Sewajarnya kita sebagai rakyat yang berakal fikiran yang waras perlu sedar dan tidak terpengaruh dengan dakyah yang cuba diapi-apikan pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Nak politik pun, politiklah. Tapi janganlah sampai cuba menghasut rakyat tentang sesuatu yang tidak wajar…kan?

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!