Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, April 22, 2012

PANASSS..!!! PERLUKAH USTAZ FATHUL BARI BALAS MAKI "P***MAK" PADA KHALID ISMATH..?

khalid ismath
Saya rasa terpanggil untuk mengulas mengenai salah seorang mahasiswa yang menjadi alat permainan politik pembangkang yang bernama Khalid Mohd Ismath. Bukan apa, caranya berkomunikasi begitu hebat sekali sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata lucah!
Terbaru di laman Facebooknya, dia yang kononnya “mewakili seluruh mahasiswa di Malaysia” telah mencarut dengan mengeluarkan ungkapan “p***mak!”. Lebih “hebat” lagi, dia menujukan ungkapan carut itu terhadap anak bekas mufti Perlis, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.
Saya sebenarnya tertanya-tanya mengenai siapakah yang mengasuh akhlah adik Khalid Mohd Ismath ini. Sekiranya ibubapanya yang bertanggungjawab mengajar Khalid untuk menjaga akhlaknya, adakah mereka tidak ajar anaknya itu untuk tidak mencarut begitu?
Mengapa Khalid perlu mengeluarkan kata-kata kesat sebegitu rupa? Saya fikir, mungkin ibubapa Khalid ada mengajar anaknya untuk menjaga tutur kata. Tapi, mungkin kini Khalid rasa dia sudah besar panjang dan bergelar mahasiswa maka dia dihalalkan untuk mencarut.

Lagipun menurut “fatwa”ulama ikutan Khalid, mencarut dibolehkan. Ulama itu berkata, Allah SWT pun mencarut juga di dalam Al-Quran. Mungkin Khalid terpengaruh dengan “fatwa” itu menggunakannya di dalam amalan seharian…
Saya tertanya-tanya lagi, berapa kali Khalid mencarut setiap hari? Dan berapa banyak pahala yang dia dapat dari setiap carutannya itu?
Persoalannya, inikah contoh akhlak dan komunikasi “wakil mahasiswa seluruh negara”?Mungkinkah carutan itu melambangkan cara perbualan seorang yang berpendidikan tinggi? Jadi, semua mahasiswa di negara ini perlu mencarut untuk menunjukkan taraf mahasiswa masing-masing?
Saya sebenarnya tak tahu dan malas untuk mengambil tahu mengenai jurusan atau kursus yang diambil oleh Khalid di universiti. Tapi, melalui perbualan yang tercetus di Facebook itu, dia dan kawan-kawannya memaki hamun mengenai isu yang berkaitan aqidah dan hukum.
Kalau tidak silap saya, Ustaz Fathul Bari merupakan lulusan sebuah universiti di Madinah di dalam jurusan berkaitan agama. Bapanya pula saya kenal kerana saya merupakan salah seorang muridnya di Arau dahulu.
Setahu saya lagi, mantan Sahibus Samahah itu begitu lembut dan tegas akhlaknya. Sangat baik budi pekertinya. Dan ustaz saya yang pernah mengunjungi rumah beliau menyatakan bahawa keluarganya, termasuk Fathul Bari, sangat baik budi bahasa dan akhlaknya.
Memandangkan pengetahuan Ustaz Fathul Bari yang berlatar belakangkan keluarga yang tinggi ilmu agama dan dia sendiri mendapat pendidikan formal mengenai agama Islam, saya lebih yakin bahawa dia lebih arif dan terpuji akhlaknya berbanding Khalid.
Sekurang-kurangnya, pernahkah sesiapa mendengar ungkapan “p***mak” keluar dari mulut Fathul Bari? Saya berpendapat, beliau sendiri mengharamkan perkataan itu terbit dari lidah dan mulutnya. Tapi, bagaimana pula dengan Khalid?
Saya ingin bertanya kepada para mahasiswa di seluruh negara, apakah adik-adik semua mengiktiraf Khalid sebagai wakil kalian semua? Jika benar, tidakkah kalian malu bila pemimpin kalian mencarut sebegitu terhadap seorang ustaz?
Jika dia bukan wakil adik-adik semua, saya fikir kalian perlu bingkas bangun membersihkan nama kalian di mata masyarakat Malaysia. Bukan apa, mereka mengaku mewakili suara mahasiswa dan golongan muda. Tapi akhlaknya mengalahkan budak tidak lulus tadika. Kalian tak malu?
Sumber:Klik sini

2 comments:

Anonymous said...

Salam,kepada semua pemuda dan pemudi anda lebih bijak untuk memilih jadi bangunlahhh kearah petunjuk yang benar bukan yang terpesong.

Anonymous said...

Bapak dia Si ismath mamak tu yang ajar anak dia jadi kurang ajar.So anak beranak memang kurang ajor. Mama 2 ekor yang tak sedor diri

Bila Kak Su Bersuara... Heh!