Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 2, 2012

PANASSS..!!! PBT MENANGIS...AHLI MAJLIS MELOMPAT GEMBIRA...KENAPA?

 
Minggu lepas beberapa tempat di Klang telah dilanda banjir. Dalam sejarah Klang banjir yang melanda Bandar Di Raja itu seperti minggu lepas tidak pernah berlaku.

Kawasan-kawasan yang dilanda banjir di bandar itu bukannya kawasan yang terletak berhampiran sungai sepertimana kejadian banjir yang berlaku di TTDI Jaya satu sama dulu, atau yang baru berlaku di Ampang dan Hulu Langat.

Punca kepada kejadian banjir itu adalah kerana hujan yang turun dengan lebat dan longkang-longkang di sekitar daerah itu tidak lagi menampung pengaliran air kerana ianya tersumbat.

Seperti yang kita tahu tanggungjawab mengurus dan menyelenggara longkang-longkang di kawasan bandar terletak di tangan pihak PBT. Jika di Klang ianya menjadi tanggungjawab Majlis Perbandaran Klang.
Jika sungai,anak sungai atau alor ianya terletak dibawah pengawasan atau penjagaan JPS.

Apa yang terjadi di Klang jelas menunjukan kepada rakyat Selangor tentang kegagalan pihak yang mentadbir Selangor, untuk menguruskan longkang pun mereka tak mampu. Kami di selangordaily.com tidak menyalahkan pihak PBT 100 % kerana kami tahu banyak PBT-PBT di Selangor sekarang menghadapi masalah kewangan, malah ada yang sampai ke tahap kronik. 

Selain itu PBT juga berdepan dengan masalah sikap dan perangai ahli-ahli majlis yang rata-ratanya orang-orang PAS, PKR serta DAP yang rakus serta bodoh sombong.

Bagaimana PBT tidak mengalami masalah kewangan jika semua elaun-elaun ahli majlis dinaikan. Kenaikan pula berlaku setiap tahun. Bukan setakat elaun dinaikan setiap tahun , malah ahli-ahli majlis diberi elaun khas RM 2500 untuk melantik pembantu peribadi dan menyewa pejabat. 

Di Malaysia Selangor mencatat sejarah  kerana elaun-elaun ahli majlis PBT adalah yang tertinggi dalam negara ini.

Di zaman BN pemerintahan BN  elaun ahli majlis hanya RM 500 sebulan, elaun mesyuarat hanya RM 50 untuk setiap kali kehadiran.

Di zamanPKR memerintah Selangor pada 2010 elaun ahli majlis dinaikan kepada RM 750.
Tahun 2011 dinaikan lagi kepada RM 1,000.

Pada tahun 2012 sekali lagi elaun ahli majlis dinaikan kepada RM 1500.

Manakala elaun kehadiran mesyuarat dinaikan kepada kadar RM 150.

Baik elaun ahli majlis atau elaun kehadiran mesyuarat ianya mengalami kenaikan 200 % dari apa yang dibayar kepada ahli-ahli majlis di zaman pemerintahan BN. Itu belum dikira dengan elaun khas RM 2500 dan tuntutan-tuntutan bayaran yang lain.

Itu semulah yang menjadi penyumbang kepada PBT tidak cukup wang untuk melaksanakan projek-projek untuk kepentingan orang ramai.

Untuk menutup kesalahan sendiri, apabila berlaku banjir kesalahan dilemparkan kepada UMNO dan kerajaan pusat. Jelas rakyat Selangor perlu menolak PAS,PKR dan DAP habis-habisan dalam pilihanraya umum akan datang kerana mereka gagal melaksanakan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka. 

Sampah mereka tak boleh urus, longkang pun mereka tak boleh urus. Mereka hanya cemerlang menguruskan projek-projek untuk mengembungkan kocek suku-sakat mereka sahaja.

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!