Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 18, 2012

PANASSS..!!! "PAKAR DEMO" MINTAK TOLONG POLIS KAWAL DEMO..???!!!

SAYA benar-benar terkejut dengan kenyataan berani Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang menyatakan bahasa PAS merupakan “pakar demonstrasi”.

Hebat bukan? Bukan calang-calang bagi satu pihak untuk mengakui kepakarannya dalam sesuatu bidang, apatah lagi bidang demonstrasi!

Menurutnya, PAS sangat berpengalaman dalam menganjur dan mengawal demonstrasi tanpa menyebabkan berlaku sebarang kacau bilau. Satu lagi kenyataan hebat dari “pakar demonstrasi” negara ini.

Bila Nasruddin sudah mengaku sebagai “pakar” berdemo, maka jelaslah bahawa mereka memang sering menganjurkan siri demonstrasi-demonstrasi. Sehebat-hebat Anwar yang berdemo sejak bergelar mahasiswa, hebat lagi PAS dan Nasruddin.

Saya ingin membawa para pembaca mengingati peristiwa Memali. Ia merupakan salah satu demonstrasi PAS di Baling, Kedah. Apabila diminta menyerah kepada pihak berkuasa, para penyokong PAS itu menyerang pihak berkuasa sehingga ada yang terbunuh.

Dek kerana hilang kawalan, mereka nekad menyerang terus pihak berkuasa secara bersemuka dan mengakibatkan nyawa mereka melayang. Hebat benar PAS berdemonstrasi. “Aman” dan “terkawal” sungguh!

Pada siri demonstrasi Bersih 2.0 pada Julai yang lalu, beberapa pemimpin pembangkang termasuk 
PAS telah dilarang untuk memasuki kawasan ibu kota Kuala Lumpur.

Antara yang digazetkan tidak boleh memasuki kawasan bandaraya itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada Himpunan Bersih 2.0 itu juga beribu penyokong PAS membanjiri kawasan bandaraya itu. Meskipun jalanraya di sekitar ibukota ditutup dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa ketika itu, para penyokong PAS yang dikerah hadir tetap menyusup masuk ke kawasan yang ditetapkan Ambiga.

Saya ingin bertanya kepada Nasruddin yang “pakar” mengawal demonstrasi itu, siapakah yang mengawal tingkahlaku Mat Sabu yang membonceng motosikal dan cuba menyusup masuk ke ibukota? Hadi Awang? Nik Aziz? Salahuddin Ayub? Atau Mahfuz Omar?

Sekiranya dia dikawal tingkah lakunya, mengapa sampai dia sendiri terbabas jatuh motosikal ketika cuba lari dari sekatan polis? Sudahlah cuba lari, jatuh pulak tu! Kemudian dia tuduh pula polis langgar dia dengan kenderaan pacuan empat roda.

Padahal, kenderaan pacuan empat roda itu sudah melepasi Mat Sabu dan hanya ada sebuah kereta peronda Waja milik polis di tepinya! Macamana Mat Sabu boleh dakwa dia dilanggar kenderaan pacuan empat roda itu sedangkan rakaman CCTV jelas menunjukkan dia jatuh sendiri!
Kekalutan itu mencerminkan sebuah himpunan “aman” dan “terkawal” di mata Nasruddin?

Bagaimana pula dengan para penyokong PAS yang melakukan provokasi terhadap pihak polis? Polis meminta mereka bersurai dengan baik, tapi puak-puak PAS “pakar demonstrasi” itu memaki hamun dan bersikap melampaui batas pula? Itu namanya “demonstrasi terkawal”?

Nasruddin dalam kenyataan terakhirnya berkata di Harakahdaily, “Beberapa hari sebelum perhimpunan pada 28 April, Pemuda akan bertemu dengan pihak polis meminta mereka menjaga keamanan,”.

Siapa yang “pakar” sebenarnya? Mengapa Nasruddin meminta untuk bertemu pihak polis dan meminta pihak berkuasa itu menjaga keamanan? Tadi dia bersungguh-sungguh menyatakan bahawa PAS pakar demo dan mampu mengawal para peserta demonstrasi.

Jadi, mengapa perlu bantuan polis pula?

Selama ini pihak PDRM terpaksa dikerah dari beberapa negeri bagi menampung kekurangan anggota pasukan keselamatan itu mengawal huru-hara demonstrasi yang dianjurkan PAS dan sekutunya. Tapi anggota polis itu dihina, dimaki, dihamun dan diprovokasi bagai binatang!

Dan sekarang dia minta bantuan polis untuk menjaga keamanan demonstrasi? “Pakar demonstrasi” minta bantuan anggota PDRM?

Mengapa tak kawal sendiri? Bukankah PAS “pakar” mengawal demonstrasi “aman”? Kawallah sendiri..!!!

Sumber: Perak Today

3 comments:

Anak Lenggong said...

Pernah ke didalam demo yang mereka lakukan berlaku dalam keadaan aman..TARAKKK...dalam demo mereka penuh dengan provokasi dari segi perlakuan dan perkataan yang keji terhadap anggota keselamatan supaya mengambil tindakan terhadap mereka..supaya mereka dapat jadikan perkara ini sabagai satu isu untuk dijaja dipentas ceramah ditepi longkang..tetapi kebelakangan ini mereka melayu PAS cuma menjadi kuli batak..balaci dan pacacai upahan nuar brahi dan cina DAP sahaja..

Anonymous said...

heheh sokong-sokong....

riggers said...

Nasaruddin ni memang pakar bro..pakar putar belit, pakar menipu dan pakar "kencing" pengikut PR khususnya juak PAS..baru je beberapa baris dia ckp dia pakar demo aman dan terkawal..pastu minta pulak pihak PDRM tolong kawal keamanan demo biol diorang tu..takyah minta kat PDRM la Nasaruddin biol ooii..itu mmg kerja PDRM pun dlam memastikan keamanan dan ketenteraman awam..korang tu jer yang otak bengap sgt nak buat huru hara dalam negara..BODOH BETUL KETUA PEMUDA PAS (Parti Anjing Sial) ni..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!