Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 30, 2012

PANASSS..!!! OTAI-OTAI BERSHIT SALAHKAN GOLONGAN MUDA BERSHIT, TAK SALAHKAN POLIS..!!!?

bershit
Saya dan beberapa orang rakan telah turut sama berada di himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka baru-baru ini. Dari malam, sehinggalah himpunan itu berakhir, kami masih berada di kawasan Dataran Merdeka, Jalan TAR, Jalan Pudu, Masjid India, Masjid Jamek, stesen LRT dan Sogo.

Saya mulanya bergerak bersama dua lagi rakan. Namun kami terpisah apabila keadaan makin sesak dan banyak yang perlu di pantau. Bergerak secara solo, saya lebih gemar duduk bersama puak-puak Bershit untuk mencungkil cerita dari mereka…

Saya bertemu dengan beberapa kumpulan. Kumpulan pertama datangnya dari Kelantan. Rasanya, dari Kelantanlah yang paling ramai. Maklumlah, selain dijamin “syurga” oleh Nik Aziz, mereka juga diberi hotel, makan minum, tambang pergi balik dan sebagainya.

Khabarnya, segala kos tersebut disediakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Ia diakui oleh kumpulan yang ketiga, keempat dan yang keenam yang saya temui. Mereka mengaku dibayar untuk datang berhimpun di Bershit 3.0. Selain berdemo, sempatlah juga mereka pergi ‘urut-urut’ dan ‘cuci mata’ di sekitar Lorong Hj Taib di belakang ibupejabat PAS. Itu pengakuan mereka, bukan saya…

Kumpulan kedua yang sempat saya bersembang ialah di depan Masjid Negara. Kumpulan itu dari Selangor. Pun sama, mereka dibayar sejumlah wang untuk hadir ke Bershit 3.0. Namun saya kurang pasti sama ada dibayar dari dana Kerajaan Negeri Selangor atau wang YB-YB Pakatan Haram di negeri itu. Maklumlah, YB-YB Pakatan Haram Selangor memang banyak wang…

Kumpulan kelima yang saya temui adalah dari Kedah. Peliknya, meskipun Kedah memang miskin dan mundur ke belakang, puak-puak PAS Kedah tetap hantar orang. Khabarnya sampai 20 bas dan pesertanya turut dibekalkan sejumlah wang saku! Banyak betul duit Azizan Razak. Hasil dari “balak haram” di Baling, kah?

Sebelah malam pula, saya sempat ‘ngeteh’ bersama sekumpulan pakcik makcik dari Permatang Pauh. Satu bas saja yang datang dari Permatang Pauh? Tapi, mereka kata elaun yang mereka dapat adalah yang paling mahal dari Anwar. Saya bertanyakan jumlahnya, mereka jawab lebih dari RM300 seorang! Kaya, memang kaya…!

Tahniah saya ucapkan pada PAS kerana berjaya “diracun” oleh budaya yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Kalau PAS dulu tak perlu dibiaya untuk berkumpul dan melakukan aktiviti parti sebegini, kini tidak lagi…

Menurut semua penyokong PAS yang saya temui pada Bershit 3.0 tempohari, semuanya mengaku bahawa jika PAS tidak membiayai kos mereka, mereka takkan datang. Apatah lagi perjuangan kali ini diketuai oleh “Mursyidul Ammah”, Ambiga “tak pakai sari”. Mereka memang benci Ambiga…

Cuma, mereka kesal dan marah dengan perbuatan segelintir anak muda yang bertindak liar dan bodoh dengan melanggar sekatan polis. Menurut mereka, itulah sebab dan punca mereka yang sedang duduk-duduk merehatkan kaki di tepi jalan terpaksa pulang dengan kaki ayam!

Sedang mereka duduk-duduk, tiba-tiba polis mengejar dengan belantan kayu. Sudahlah mata mereka pedih dan berair terkena gas pemedih mata, terpaksa pula lari berkaki ayam akibat tidak sempat menyarung kasut yang dibuka ketika ‘bersantai’ di Jalan TAR.

Memang benar, mengikut tinjauan saya, rasanya kasut-kasut yang tertinggal di sekitar Jalan TAR dan Jalan Pudu mampu membuat seorang ‘mat ganja’ di Masjid India membuka satu kedai kasut ‘bundle’ dua tingkat. Banyak..!

Kata mereka, budak-budak muda itulah yang memulakan segala kekecohan padahal mereka hanya fikir untuk datang ‘melepak’ di situ saja. Cukup 3 jam mereka melepak di situ, mereka merancang untuk ke Sogo membeli belah dengan duit elaun tersebut.

Tapi bila sudah jadi begitu, mereka berlari ke Sogo pun sudah tidak berguna. Sogo tutup kerana keganasan ‘anak-anak buah’ mereka itu. “Melepas” nak tayang beg plastik Sogo pada jiran sebelah rumah. Berderai ketawa saya mendengar cerita mereka…

Itu adalah pengalaman saya bersama beberapa golongan ‘otai’ Bershit 3.0. Semuanya penyokong PAS ‘totok’, tapi mereka memang anti pada Anwar, DAP dan Ambiga. Bila saya tanya sebabnya, selamba mereka menghukum, “Depa semua kapiaq (kafir)!,” kata mereka. Betul-betul PAS tulen. Selepas UMNO, orang Islam PKR dan DAP pun mereka kafirkan…

Sumber: Klik sini

4 comments:

Anonymous said...

ada otak tak nak fikir!! senang diperbodohkan oleh ketua masing2 yang tengah meroyan nak ke puterajaya. Sampai bila nak jadi keldi upahan???

Unknown said...

cerita yg sempoi...santai je aku baca

Anonymous said...

PUAK-PUAK NI SEMUA MUNAFIK. TAK BOLEH PAKAI PUNYA. ORANG TUA TUA DULU KALA KATA, DEPA NI UMPAMA: LANTAI BAWAH LANTAI, LANTAI BAWAH P**T*T.

Anonymous said...

pelapis baru takkan ada kalau tak da otai lakhanat ni semua...

yg otai dan muda semua sama saja...
agen yahudi...

pejuang hamas...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!