Iklan Berbayar

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Monday, April 23, 2012

PANASSS..!!! KISAH JEMBALANG FELDA CUBA MENIPU PENEROKA...!!!

felda
Berjumpa rakan-rakan dari Felda baru-baru ini ramai juga yang yang bertanya mengenai durian runtuh yang dijanjikan oleh Perdana Menteri kepada Peneroka sempena penyenaraian Felda Global Venture Holding nanti. Di sesetangah kawasan felda sudah ada “jembalang politik” dan “hantu raya” yang sibuk mencanangkan kononnya peneroka akan mendapat durian runtuh sebanyak RM 50 ribu seorang.

Jembalang Tanah dan Hantu Raya politik ini bukanlah berniat baik atau mahu melihat peneroka menjadi kaya raya. Mereka menceritakan jumlah yang tidak masuk akal nanti agar apabila Felda memnbayar jumlah yang jauh lebih rendah maka mudahlah menghasut dan membuat kempen politik membelasah Barisan Nasional.

Berapakah agaknya jumlah “durian runtuh” yang akan diberikan kepada 112, 625 orang peneroka Felda ini? 

Jawapan paling mudah ialah ia bukanlah RM 50 ribu seperti yang disebarkan oleh jembalang-jembalang politik dari Pakatan. Jika cakap jembalang ini diambil kira ini bermakna Felda perlu memperuntukan  RM 5.6 bilion hanya untuk memberi durian runtuh sahaja. IPO FGVH pun hanya berlegar sekitar RM 6 bilion sahaja. Siapakah akan melanggan saham FGVH jika kesemua wang daripada IPO digunakan untuk memberi kepada peneroka?

Penulis menganggarkan peneroka akan menerima “durian runtuh” sekitar RM 3, 000 – RM 5, 000 seorang. Ini sahaja akan memakan kos sekitar RM 500 juta. Mungkinkah sesiapa boleh memberi contoh kepada penulis bahawa ada syarikat lain di Malaysia juga memperuntukan hingga RM 500 juta untuk membayar dividen atau bonus kepada pemegang sahamnya?

Bank Rakyat yang telah lama bertapak dan berjaya pun hanya memperuntukan RM 435 juta sahaja untuk membayar dividen pada tahun lalu. Itu sebuah bank yang membayar dividen kepada mereka yang membeli sahamnya. Bank yang menggunakan wang pemegang sahamnya untuk memajukan urusan perniagaan hanya memperuntukan RM 435 juta untuk dividen dan bonusnya.

Sebaliknya, peneroka Felda tidak perlu menyimpan berpuluh ribu kepada Felda untuk mendapat dividen beribu-ribu ringgit ini. Bayangkan pemegang saham Bank Rakyat perlu menyimpan RM 25, 000.00 untuk mendapat RM 5, 000 setahun. Tapi peneroka Felda tidak perlu memperuntukan sedemikian rupa untuk mendapatkan dividen sebanyak itu.

Peneroka juga tidak perlu menggadai atau memajak sebarang tanah milik mereka untuk penyenaraian ini. Dengan kata lain tiada seinci pun tanah dan harta milik peneroka yang digadai atau dipajakkan. Justeru pemberian ini benar-benar bonus dan durian runtuh yang mahu diberi oleh Felda dan juga kerajaan hari ini.

Malahan jika dicampur bersama jumlah saham yang akan diterima oleh peneroka secara percuma hasil daripada pembabitan KPF dalam penyenaraian tersebut tidak mustahil peneroka akan menerima ganjaran sehingga RM 10 ribu setiap orang. Namun penulis percaya agak sukar untuk kerajaan memberi tunai yang begitu banyak kepada peneroka kerana jumlah mereka yang lebih 100 ribu orang.

Justeru anggaran RM 3, 000 – RM 5, 000 setiap peneroka akan terima secara tunai melalui penyenaraian ini adalah satu jumlah yang boleh dipercayai.

Janganlah percaya dengan cakap-cakap jembalang politik yang kerja mereka hanya menghasut sahaja. Mereka tidak pernah memikirkan kesusahan dan kepayahan peneroka suatu ketika dahulu. 

Sejak dulu, kini dan mungkin selamanya jembalang-jembalang politik ini akan mencari apa sahaja alasan, dakyah dan kata-kata nista untuk memburukkan Barisan Nasional di mata peneroka.
Siapakah yang membantu peneroka memugar hutan, menyediakan benih tanaman, racun, baja dan bantuan ketika di awal penerokaan dahulu? Barisan Nasional atau DAP? Pas? PKR?

Apakah setelah Felda mencapai begitu banyak kejayaan dan kegemilangan maka para peneroka akan mempercayai kata-kata jembalang politik yang tidak pernah membantu mereka langsung suatu ketika dahulu? Siapakah yang membantu menyediakan infrastruktur kampung, prasarana pendidikan dan keperluan asas suatu ketika dahulu?

Justeru apakah Barisan Nasional yang merancang permulaan Felda, membantu menjayakannya dan meletakkan kejayaan sehingga ke tahap sekarang tidak layak mendapat sebarang kepercayaan peneroka dalam usaha meningkatkan lagi kemajuan warga Felda keseluruhannya?

Berilah kepercayaan kepada kerajaan melaksanakan penyenaraian ini. Jika penyenaraian ini menyebabkan peneroka Felda kerugian maka tentu sahaja mereka boleh menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya kemudiannya.

Cuma janganlah dengar cakap-cakap jembalang politik yang langsung tidak pernah membuat sebarang kejayaan dalam perniagaan atau menguruskan organisasi besar dalam era moden ini. Kepentingan mereka hanya satu iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional bukannya mementingkan nasib sesiapa pun apatah lagi nasib peneroka.

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

rasa2 macam tu juga tapi ada tambahan setiap peneroka mempunyai saham dalam KPF contoh ada 5,000 seorang bila di apungkan harga saham mungkin 4.00 x 5,000 = 20,000, dari 5,000 jadi 20,000 dengan keuntungan 15,000.