Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 23, 2012

PANASSS..!!! BILA LIM KOK WING SINDIR POK NIK CARA HALUSSS....

PM melawat Pok Nik ketika uzur...tak rasa tersindir?
TAHNIAH saya ucapkan kepada Universiti Lim Kok Wing kerana berjaya menyindir Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, dengan menghadiahkan padanya 1,000 keping sejadah untuk dihadiahkan di surau-surau atau masjid di Kelantan.

Menurut laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily, sejadah tersebut adalah ilham dari Nik Aziz yang melawat universiti itu dan meminta universiti itu mereka reka bentuk sejadah yang ‘simple’ dan tidak berkecamuk seperti yang wujud di pasaran.

Hadiah ‘sindiran’ tersebut dihadiahkan oleh Naib Presiden universiti berkenaan, Raja Aznil Raja Syam, di program ‘Kelantan Design And Branding Exhibition’, dan diterima oleh Nik Aziz dengan bangga, tanpa sebarang rasa malu.

Nampaknya Universiti Limkokwing berjaya membuktikan bahawa meskipun ia merupakan sebuah pusat pengajian tinggi antarabangsa yang dimiliki oleh seorang yang bukan beragama Islam, Tan Sri Lim Kok Wing, ia mampu mengimarahkan rumah Allah dengan 1,000 sejadah.

Bagaimanapula dengan Nik Aziz? Berapa buah masjid yang telah dibina olehnya sepanjang lebih 20 tahun dia memerintah negeri Kelantan? Setahu saya, Kerajaan Negeri Kelantan hanya membina dua buah masjid sepanjang pemerintahan Nik Aziz di negeri itu…

Tidak malukah dia melihat dan menerima jasa baik dari seorang bukan Islam untuk tujuan ibadah kepada Allah?

Malah pada asasnya, mengapa Nik Aziz perlu meminta universiti itu mencipta sejadah yang ringkas dan ‘simple’ untuk umat Islam beribadah? Padahal, dia sebagai pemimpin mampu untuk menyuarakan hasrat ‘sejadah’nya itu pada pengikut PAS untuk mereka cipta sejadah mengikut kehendaknya.

Nik Aziz mahu sejadah yang bagaimana? Yang berwarna hijau semuanya? Berwarna biru? Kuning? Merah? Kombinasi berwarna? Sebutkan saja pada Husam Musa dan saya yakin sebagai muslim serta orang kanan Nik Aziz, dia mampu menyediakan sejadah tersebut.

Mengapa Nik Aziz perlu meminta-minta dari seorang yang bukan Islam sedangkan ada umat Islam di sisinya yang lebih afdhal dan memahami kehendaknya yang mahukan sejadah yang mengkhusyukkan solat?

Mungkin sebenarnya, Nik Aziz memang kurang rasa malu. Di melawat universiti itu, tapi dia datang dengan sikap meminta-minta pula. Mujurlah pihak pengurusan universiti itu cepat menangkap maksud Nik Aziz dan menghadiahkan 1,000 keping sejadah tersebut.

Saya akui, Universiti Limkokwing memang ikhlas dalam pemberiannya. Tapi, Nik Aziz perlu rasa malu untuk menerima hadiah sehebat itu. Kalau dia terima, sepatutnya dia rasa malu dengan penerimaan tersebut.

Untuk pengetahuan Nik Aziz, itulah harga dan nilai sebuah persahabatan di antara UMNO dan golongan bukan Islam zimmi di dalam parti komponen Barisan Nasional. Sebab itulah mantan Perdana Menteri, Tun M bersahabat baik dengan Tan Sri Lim Kok Wing!

Tun M bijak memilih. Beliau enggan bersekongkol dengan golongan kafir harbi DAP yang menolak Islam secara total di negara ini. Beliau bijak memilih golongan seperti Tan Sri Lim Kok Wing sebagai rakannya dan berkongsi kemajuan negara.

Berbanding dengan PAS dan Nik Aziz, mereka lebih rela berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam! Nik Aziz sanggup bersekongkol dengan kafir harbi berbanding menyatukan ummah dengan perpaduan sesama umat Islam dengan UMNO.

Hasil sikapnya, terimalah sindiran secara tidak langsung dari sahabat Tun M itu. Tapi saya percaya, Nik Aziz tak sedar pun dia disindir secara halus oleh dirinya sendiri dengan menerima pemberian sejadah tersebut. Entah bila dia akan sedar, saya pun kurang pasti…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!