Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 5, 2012

PANASSS..!!! AZIZAN MENGAMUKKK..!!! MAHU "DIBUNUHNYA" PHAHROLRAZI DAN DR. ISMAIL..!!!

Sekali lagi berita tentang Azizan Abdul Razak yang cuba ditutup dan disembunyikan oleh gerombolan PARASIT dan ANWARINAS dalam PAS Kedah. 

Kejayaan mereka memaksa Azizan melantik semula Phahrolrazi dan Dr. Ismail sebagai Exco dengan bantuan PAS Pusat dianggap mampu mengundurkan Azizan Abdul Razak.

Ternyata kematangan Azizan Abdul Razak yang mendapat sokongan 100 ribu sokongan untuknya terus kekal sebagai Menteri Besar dalam masa yang sangat singkat menerusi Facebook, memberikannya kekuatan untuk bertindak mengikut keadaan yang betul.

Ugutan terhadap Azizan Abdul Razak menerusi penubuhan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang diniasiasikan oleh Anwar Ibrahim menerusi jalan belakang, juga dilihat telah menemui kegagalan sepenuhnya.

Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang diharapkan dapat bertindak sebagai ejen penjajahan, ternyata tidak dipedulikan oleh Azizan Abdul Razak memandangkan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat itu sendiri fungsinya bersalahan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah.

Apakan tidak, esok 5 April 2012 akan menyaksikan Phahrolrazi dan Dr. Ismail dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri secara rasmi. Namun adamsesuatu yang menunggu mereka berdua!

Kedua-duanya akan dilantik semula sebagai Exco tetapi pada masa yang sama, mereka kehilangan jawatan selaku Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1 dan 2.

Selain itu, kedua-duanya juga akan dilantik sebagai Exco tanpa portfolio atau dengan bahasa yang lebih mudah, jawatan yang makan gaji buta tanpa tugas spesifik.

Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat dikatakan sudah mengetahui nasib yang bakal menimpa Phahrolrazi dan Dr. Ismail. 

Azizan cuba dipujuk dengan ugutan tetapi Azizan tahu tentang kuasa yang dimilikinya menjadikan dia lebih kebal dari yang disangkakan oleh kumpulan ANWARINAS serta PARASIT.

Berapa lama lagi Azizan boleh bertahan atau apa lagi rancangan besar ANWARINAS dan PARASIT PAS Kedah untuk mengenakan Azizan Abdul Razak?

Keinginan mereka untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak daripada jawatan Menteri Besar dan digantikan dengan individu yang lebih mudah tunduk kepada DAP dan Anwar Ibrhaim, pastinya akan membenihkan pelbagai rancangan jahat biarpun pada masa yang sama, masing-masing menyedari Pilihanraya Umum begitu hampir dan akan diadakana pada bila-bila masa.

Sumber: Klik sini

1 comment:

Bersih 3 Suku said...

Salam perjuangan.

Mohon blog saya dipautkan di blog ini.

www.bersih3suku.blogspot.com

Terima kasih.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!