Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 19, 2012

PANASSS..!!! AZIZAN ANGGAP RUMAH ALLAH CACATKAN PROJEK "AZIZAN'S ORCHARD ROAD"..??!!!

Semalam adalah hari yang sangat mendukacitakan bagi seluruh ummah yang cintakan Islam di negara ini, khususnya umat Islam di Kedah. Apa tidaknya apabila Kerajaan PAS Kedah meletakkan harga sebuah ‘rumah Allah’ pada harga RM1.4 juta.

Mungkin itu saja harganya sebuah musolla berbanding harga sebuah komplek komersial pusat membeli belah yang direncanakan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Semalam, MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak memaksa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk mencari tapak baru bagi mengganti Madrasah Salihiyyah yang sudah bertapak di tengah bandaraya Alor Setar sejak lebih 100 tahun lalu.

Menurut Azizan, Kerajaan ‘miliknya’ sudah memberikan imbuhan sebanyak RM1.4 juta itu sebagai pampasan ganti rugi tanah wakaf dan robohnya musolla tersebut. Malah tapak madrasah tersebut akan dijadikan kawasan komersial seperti Orchard Road di Singapura!

Nampaknya MB Kedah itu benar-benar mencari kemarahan umat Islam di sekitar kawasan tersebut. Setahu saya, kawasan itu merupakan kawasan DUN Bakar Bata yang diwakili oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Bashah Mohd Hanipah.

Mungkin tindakan Azizan itu sengaja dilakukan untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada Datuk Bashah. Dan mungkin Azizan mahu rakyat marah pada Datuk Bashah seolah-olah kononnya beliau mempertahankan madrasah tersebut yang terletak di dalam kawasannya.

Wajarkah Datuk Bashah dipersalahkan sedangkan beliau sudah mempertahan, membantah dan membawa permasalahan madarasah tersebut hingga ke sidang DUN Kedah dan peringkat Istana?

Khabarnya, UMNO Kedah telah menyediakan laporan penuh dan membawa masalah berkenaan ke pihak Istana kerana kita sedar bahawa segala soal mengenai hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa DYMM Sultan Kedah. Jadi, UMNO atau Datuk Bashah tidak wajar dipersalahkan.

Persoalannya, mengapa Azizan memilih untuk jadikan kawasan itu seperti ‘Ochard Road’ di Singapura? Tidak ada kawasan lainkah yang lebih sesuai dijadikan ‘Ochard Road’? Apakah ‘Orchard Road Azizan’ itu akan kotor dan cacat sekiranya Madrasah Salihiyyah di sebelahnya?

Pada saya, sekiranya ‘Orchard Road Azizan’ itu dihiasi dengan Madrasah Salihiyyah, ia akan lebih mengimarahkan musolla bersejarah tersebut. Sudah tentu selepas membeli belah di “Orchard Road Azizan’ maka umat Islam boleh bersolat di madrasah itu, bukan?

Jadi, apa perlunya madrasah itu dirobohkan?

Sudah tentu ada ‘udang di sebalik batu’. Khabar angin yang bertiup kencang di kalangan puak-puak Phahrolrazi di Kuala Kedah memberitahu bahawa ada pihak yang ‘masyukkkk’berhubung projek kompleks Aman Central itu.

Sejauh mana kebenaran juak-juak Phahrolrazi itu? Hanya Azizan dan kroni-kroninya saja yang tahu…

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!