Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 23, 2012

PANASSS..!!! AHLI-AHLI PKR MAHU BERTANYA, TAPI TAKUT DIPECAT..!!!

Baru-baru ini bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah tampil mendesak Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalannya, Shamsidar Taharin untuk menjelaskan mengenai status hubungan anak mereka berdua iaitu Nurul Izzah dan Farah Afifah.

Menurutnya, status sebenar Farah Afifah sudah lama bermain di fikiran ramai ahli-ahli PKR yang ingin mengetahui mengenai dakwaan bahawa anak perempuan Shamsidar itu adalah hasil hubungan sulitnya dengan suami Wan Azizah iaitu Anwar Ibrahim.

Katanya, ahli-ahli PKR terpaksa mendiamkan diri dari terus mempersoalkan hal tersebut kerana takut dipecat dari parti.

Antara yang mencetus kesangsian mengenai status Farah Afifah itu ialah adik ipar Shamsisar sendiri, Ummi Hafilda Ali yang mendakwa kakak iparnya itu curang terhadap abangnya yang ke luar negara suatu ketika dahulu.

Malah, kawan baik Anwar selama 30 tahun, Nallakaruppan juga mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit yang istimewa dengan isteri Azmin dan dialah yang menjadi ‘orang tengah’mempertemukan mereka berdua di kondo mewah miliknya.

Pada saya, desakan Aminah itu wajar. Kak Wan dan Shamsidar perlu tampil membuat sidang akhbar menjelaskan perkara tersebut kerana ia mampu menimbulkan bahaya fitnah sekiranya tidak dijelaskan dan dibiarkan begitu saja.

Ini adalah kerana dakwaan tersebut sudah begitu lama diperkatakan dan tiada sebarang penjelasan diberikan oleh kedua-dua suami mereka, sama ada Anwar mahupun Azmin.

Mungkin mereka berdua takut dan tidak cukup jantan untuk berdepan dengan dakwaan yang benar itu? Malah, meskipun suami-suami mereka itu dicabar untuk menyaman Ummi Hafilda dan Nallakaruppan, Anwar hanya mampu hantar notis sahaja dan tidak ke mahkamah untuk perbicaraan.

Justeru, pertikaian mengenai status Farah Afifah masih belum selesai dan semakin hangat diperkatakan rakyat. Kasihanilah Farah Afifah, dia berhak untuk mengetahui status sebenar dirinya…
Saya diberitahu oleh salah seorang mantan Ketua Polis Negara bahawa memang pernah ada usaha untuk mengambil sampel DNA Farah Afifah untuk dibandingkan dengan DNA milik Azmin atau Anwar pada suatu ketika dahulu.

Namun usaha itu berjaya dipatahkan Azmin dan Anwar apabila mereka mengarahkan salah seorang dari anak Azmin menemani Farah Afifah ketika darahnya mahu diambil bagi tujuan tersebut.

Darah berjaya diambil, tapi tiada saksi berkreadibiliti yang mampu mengesahkan darah yang diambil itu darah Farah Afifah. Ini adalah kerana ketiadaan saksi ketika darah itu diambil dan berkemungkinan itu bukan darah milik Farah Afifah dan mungkin darah milik kakak atau adiknya.

Jadi, darah bagi menentukan DNA Farah Afifah itu dikatakan tidak asli dan diragui ketulenannya.

Persoalannya, jika Anwar dan Azmin enggan menjelaskan perkara sebenar, mengapa Kak Wan dan Shamsidar tak mau ke depan menjernihkan keadaan? Mengapa perlu terus membisu? Biarlah Anwar dan Azmin sahaja yang dayus. Sebagai wanita dan ibu beragama Islam, Kak Wan dan Shamsidar perlu berkata benar.

Jika benar Farah Afifah adalah darah daging Azmin, apa yang perlu ditakutkan? Buktikan saja dan hal ini akan tutup serapat-rapatnya, tiada dakwa-dakwi lagi.

Namun, jika benar Farah Afifah darah daging Anwar, maka perlulah Kak Wan dan Shamsidar mengaku sejujur-jujurnya. Kalau tidak malu pada rakyat dan dunia, tolonglah malu pada Allah SWT. Dia lebih Maha Mengetahui tentang siapa Farah Afifah sebenarnya.

Cuma pesan saya, terlanjur Kak Wang dan Shamsidar mahu membuat sidang akhbar menjelaskan tentang perkara Farah Afifah, jangan lupa bawa sekali jam tangan Omega milik Anwar itu. Tunjukkan pada rakyat dan nescaya selesai segala dakwaan mengenai “China Doll”…

1 comment:

Anonymous said...

Allah suruh taat kepada suami atas kebenaran. Jika sehingga kepada perkara yang dimurkai Allah maka tidak wajib lagi mentaatinya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!