Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 24, 2012

LGBT PUN BAYAR CUKAI & SAYANGKAN NEGARA, TAPI KENAPA KITA BENCI DEPA..???

lgbt
Pada Sabtu lalu, tujuh badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah berhimpun beramai-ramai secara aman bagi membantah usaha pihak tertentu menghalalkan seks bebas dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Himpunan yang berjaya menarik seramai 7,000 orang peserta itu berlangsung di padang Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang dan dilihat berjaya menarik ramai pihak, khususnya golongan muda untuk menyertainya.

Bagaimanapun, himpunan tersebut telah mendapat kritikan dari pihak tertentu yang menganggap bahawa perjuangan menghapuskan golongan LGBT di negara ini adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan sama sekali.

Mereka akan mengadakan satu himpunan besar-besaran membalas bagi menyokong LGBT di depan pejabat Majlis Peguam pada 27 April ini, dengan tema “LGBT Bukan Penjenayah”. Persoalannya, siapa tuduh LGBT sebagai “penjenayah”?

Menurut pihak itu, golongan LGBT di negara ini juga membayar cukai dan menyayangi Malaysia sebagaimana pihak yang membantah kewujudan mereka di negara ini.

Malah penyokong LGBT itu mendakwa bahawa golongan songsang itu tidak sepatutnya dinafikan hak mereka untuk mengamalkan gaya hidup “eksklusif” mereka itu dan mereka juga tidak wajar dibenci oleh masyarakat Malaysia.

Saya ingin bertanya, apakah para pembaca semua setuju dengan hujah penyokong LGBT yang mahu budaya golongan LGBT itu dibiarkan dan ‘dihalalkan’ oleh kerajaan serta masyarakat negara ini?

Pada saya, pihak penyokong LGBT itu tersalah faham tentang apa yang dibantah oleh himpunan seramau 7,000 itu dan majoriti rakyat Malaysia yang bermoral di negara ini.

Sebenarnya, yang dibantah rakyat Malaysia ialah mengenai amalan songsang yang diamalkan itu dan bukannya 100% terhadap individu yang mengamalkannya. Dalam ertikata lain, sekiranya golongan yang mengamalkan LGBT itu meninggalkan tabiat buruk itu, maka tiada siapa yang akan bantah mereka!

Memang benar golongan LGBT itu membayar cukai dan sayangkan Malaysia sebagaimana saya dan para pembaca yang lain. Tapi amalan mereka itu adalah salah sama sekali dari prinsip agama, moral dan kehidupan asasi seorang manusia.

Cukupkah dengan hanya membayar cukai dan sayangkan negara maka golongan yang mengamalkan budaya yang bertentangan dengan norma kehidupan manusia ini wajar “dihalalkan” dan mendapat pengiktirafan di Malaysia?

Ada juga pelacur, penagih dadah, perogol, peliwat dan perompak yang membayar cukai. Dan ada juga penipu, pembelit dan pengamal undang-undang yang menyayangi negara ini. Namun, apakah tabiat buruk mereka itu layak diberi pengiktirafan oleh masyarakat dan negara?

Memang benar meskipun LGBT dibantah oleh 20 juta orang pun, golongan ini tidak akan dapat dihapuskan dari bumi Malaysia. Namun perlu difahami bahawa apa yang ditentang ialah USAHA PIHAK TERTENTU YANG MAHU MENGHALALKAN LGBT DI MALAYSIA. Itu perkara pokoknya.

Sekiranya LGBT dihalalkan, umat Islam di negara ini bimbang jika pengiktirafan tersebut akan mendatangkan bala dari Allah SWT sebagaimana yang menimpa terhadap kaum Nabi Luth AS dahulu.

Sekiranya LGBT dihalalkan, rakyat Malaysia risau jika pengiktirafan tersebut akan menyebabkan semakin ramai generasi di negara ini yang terpengaruh dengan anasir songsang, tidak bermaruah dan bertentangan dengan sifat semulajadi manusia itu.

Ada banyak lagi perkara negatif yang akan berlaku sekiranya LGBT dibenarkan di negara ini termasuklah dari sudut kesihatan, landskap budaya dan sebagainya. Sudah tentu perkara yang dilarang Allah SWT punya lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Justeru, sewajarnya pihak yang menyokong LGBT itu sedar tentang semua perkara tersebut dan tidak terpengaruh dengan sifat “terlalu terbuka” mereka yang diperoleh dari negara-negara barat itu. Kalau mahu terus mengamalkan LGBT, sila keluar dari Malaysia. Mudah bukan?

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Mantap komen u bro... keepitup.
kalau kita bayar cukai jalan, kemudian jalan kereta secara undur kat lebuh raya, alasan ialah kita pun bayar cukai jalan... adakah masuk akal? puak-2 ni memang mengundang bala. kalau bala itu kena atas mereka sahaja its fine, tapi yang kena semua orang termasuk kita yang benci LGBT, iyu yang masaalahnya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!