Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 5, 2012

LELAKI CABUL ANAK JIRAN DIPENJARA DISEBAT, ANWAR TERLEPAS PULAK..!!!

Walaupun tiada sebarang DNA atau spesimen air mani yang dijumpai dalam tubuh mangsa, seorang lelaki dijatuhkan hukuman bersalah kerana mencabul dan menerima hukuman 12 bulan penjara dan sebatan.

Peliknya, walaupun DNA dari air mani Anwar terbukti berada di dalam lubang dubur Saiful Bukhari, Anwar terlepas pulak! Hebat, kan? Sedangkan, air mani Anwar hanyalah "hak eksklusif" Anwar dan Kak Wan SAHAJA..!!!

Inilah untungnya jadi pemimpin pembangkang. Kantoi la berapa kali pun, gerenti terlepas punyaaa!!! Heh! Semoga Saiful dapat keadilan sewajarnya dari Allah. Doa orang yang dizalimi makbul...

Kelindan Lori Cabul Anak Jiran Dijel, Sebat

Seorang kelindan lori dihukum penjara 12 bulan dan sebatan sekali oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan anak jirannya yang berusia empat tahun pada awal bulan lalu.

Harun Latif, 36, yang berasal dari Pulau Langkawi, Kedah didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mangsa di Kampung Melayu Subang di sini pada pukul 3 petang, 4 Mac lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Pengadu dalam kes ini adalah seorang pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh, Norazura Mohamad Rashidi, 28, yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa.
Terdahulu, Harun yang tidak diwakili peguam bela memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan kerana dia begitu menyesal dengan perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ab. Rashid di hadapan Majistret Nor Afidah Idris. - Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!