Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 4, 2012

LAWAK GILA..!!! AHLI PARLIMEN GUNA "GOOGLE TRANSLATE" UNTUK BODEK BOSS AGEN ZIONIS...!!!

Baru-baru ini Ahli Parlimen Sg Petani, Joe Bedul "adik Joe Labu", dikesan cuba menipu dan mengelirukan Parlimen dan rakyat Malaysia mengenai kenyataan "dewa pujaan"nya, Anwar yang membodek Zionist Israel di WSJ baru-baru ini.

Saya tak pasti mengenai Joe Bedul sama ada dia memang bodoh atau dia memang tak faham bahasa Inggeris. Atau mungkin juga dia gunakan "google translate" untuk menterjemah kenyataan Anwar itu?

Cuba bezakan antara kenyataan Anwar di WSJ dan kenyataan Joe Bedul di Parlimen seperti yang berikut...

Kata Anwar di Wall Street Journals:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.
Terjemahan mengikut frasa kefahaman Bahasa Melayunya ialah:
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata En. Anwar, walaupun beliau tidak terus berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi  tersebut, satu langkah yang kata beliau bergantung kepada Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin"
Dan ini pula kata-kata Joe Bedul di Parlimen (sumber dari hansard) yang kononnya mengulangi petikan kata-kata Anwar di WSJ:
Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang dan dilaporkan oleh Asian Wall Street Journal, saya baca, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.  A step which he said, remain contingent on Israel respecting the aspiration of the Palestinians”.
Joe Bedul yang kononnya faham apa yang diperkatakan Anwar di WSJ menterjemahkan bahawa:
Saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu, Tuan Yang di-Pertua.  “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.  Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.”
Kalau saya kata Joe Bedul bodoh, nanti dia marah pulak. Dia faham ke tidak sampai nak putar belitkan ayat Anwar di WSJ. Kenapa dia nak ubah-ubah pula ayat Anwar?

Sebab dia fikir dia boleh bohong Pak Long Mak Long di kampung? Dia fikir Pak Long Mak Long tu tak faham dan bodoh macam dia ke? Maaflah Joe Bedul...Pak Long Mak Long di kampung sekarang sudah celik dan maju, siap ada akaun FB dan Twitter lagi!

Seharusnya Joe Bedul patut malu kerana cuba menipu dan mengeluarkan kenyataan begitu di Parlimen. Ia boleh dianggap menghina Dewan Rakyat. Justeru itu, wajarlah kiranya Yang DiPertua Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Joe Bedul ini.

Bukan apa. Tindakan Joe Bedul ini benar-benar memalukan rakyat Kedah, khususnya di Sungai Petani. Kami tak mahu mempunyai seorang wakil rakyat yang bodoh dan hanya tahu membodek "tuan"nya tak tentu hala begitu. Kami malu!

Lagi pun, kami difahamkan bahawa Joe Bedul ni kalau bertanding sebagai calon pada PRU13 ini, dah gerenti kalah. Bukan saja orang Melayu Muslim dah meluat padanya, kaum India dan Cina pun dah naik angin pada Joe Bedul. Elok tamatkan saja riwayat politiknya...

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Dasar parti putar belit

Bila Kak Su Bersuara... Heh!