Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 10, 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL KEDAH: HIMPUNAN KOMUNITI CYBER 1MALAYSIA TERBESAR DI KEDAH..!!!

Sebelum ini, mungkin ramai rakan-rakan cyber di sebelah utara semenanjung kempunan dan tidak dapat menghadiri beberapa event penting komuniti alam maya kerana program tersebut diadakan jauh di Kuala Lumpur...

Melihat keperluan itu, satu konvensyen media sosial akan diadakan di peringkat negeri Kedah bertempat di UiTM Merbok pada 14hb April, (Sabtu), bagi memberi peluang kepada para pelayar internet berjumpa, berkonvensyen, berkenalan, berbincang, beramah mesra dan sebagainya...

Kali ini, komuniti internet berpeluang untuk membawa pulang beberapa gajet terkini seperti Ipad dan Samsung Galaxy Tab, menerusi acara cabutan bertuah...! Sapa tak nak? Kalau sapa yang tak mai..melepas laaaaahhhh....

Selain itu, komuniti cyber Kedah juga berpeluang untuk berkenalan dengan beberapa "panglima-panglima blogger BN" yang dijadualkan hadir di konvensyen tersebut. Nak kenal depa? Pakat mai ramai-ramai...

Pendaftaran di buka bermula pada jam 8 pagi di UiTM Merbok di mana setiap peserta akan dihadiahkan cenderahati untuk dibawa pulang. Penyertaan percuma pulak tu..!!!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana ia julung-julung kali diadakan di Kedah. (Sebelum ni saya dok buat gethering kecik-kecik je..heh!..kali ni kengkawan dari KL turun kasi besaqqq!!!)

Antara VVIP yang dijangka hadir membentangkan isu ialah anak bekas Mufti Perlis, Ustaz Fathul Bari Mohd Jahaya dan penulis ulung kewartawanan negara, Datuk Zaini Hassan (orang Jitra!).

Dianggarkan lebih 1,500 golongan muda akan menyertai konvensyen pada Sabtu ini dan ia bakal mencerminkan suara generasi dunia cyber di utara, khususnya di Kedah. Mai bro..jangan tak mai! Heh!

1 comment:

Anonymous said...

Papagomo mai dak? Hihi

Bila Kak Su Bersuara... Heh!