Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, April 27, 2012

KEDAH TERKINI..!!! TANAH RUNTUH: RAKYAT KEDAH SENGSARA TIDAK SEJAHTERA..!!!

Setelah 4 tahun PAS memerintah Kedah, agak memalukan juga apabila parti itu menggunaka slogan "Kedah Sejahtera" memandangkan rakyat Kedah semakin SENGSARA, BUKAN SEJAHTERA.

Sengsara terbaru yang berlaku di Kedah ialah apabila Kerajaan PAS Kedah yang begitu rakus mencari dana PRU13 telah mezalimi beberapa orang kampung sehingga menyebabkan mereka rugi ribuan ringgit.

Perkara ini berlaku di Kuala Sungai Sedim, Baling di mana satu projek me'rompak pasir" di bumi Kedah berlangsung.

Menurut sumber, lesen diberikan kepada sebuah syarikat kontraktor pasir oleh Kerajaan PAS Kedah melalui Pejabat Tanah dan Galian Daerah Kulim. Malangnya, akibat nak cepat untung, kontraktor tersebut telah melanggar kawasan tanah orang kampung di situ!

Akibat korek punya korek, berlaku tanah runtuh di kawasan kampung Kuala Sedim yang mengakibatkan tanaman sawit dan dusun buah-buahan mereka rosak teruk...

"Kami kesal kerana kerakusan kerajaan negeri untuk mendapatkan sumber kewangan, tanah kami menjadi mangsa," kata seorang penduduk Kampung Kuala Sedim, Ishak Mat Saman.

Menurutnya lagi, para penduduk kampung itu menuntut agar para pegawai MB turun ke kampung mereka untuk melihat sendiri "hasil kerja" mereka itu. 

Penduduk kampung dah report pada Pejabat Tanah Daerah Kulim, tapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh ahli-ahli Majlisnya atau PBT kawasan itu...

Malangnya, sumber saya tu tak bawa kamera untuk mengambil gambar Pakcik Ishak. Tapi kalau nak tahu cerita, sila berkunjung ke kampung Kuala Sedim itu dan cari Pakcik Ishak. InsyaAllah akan dengar sendiri cerita darinya...

InsyaAllah, kalau saya sendiri turun ke sana, berkeping-keping gambar Pak Ishak akan saya rakamkan. Harap perkara ini diberi perhatian sebelum ADUN-ADUN BN mengamuk dalam sidang DUN Kedah.

Kalau ADUN-ADUN BN mengamuk pun PAS Kedah buat tak tahu, maka tunggulah pula AMUKAN DARI RAKYAT KEDAH pada PRU13 nanti...

P/s: Gambar di atas sekadar hiasan sementara gambar betul akan diusahakan...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!