Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 23, 2012

KARIER POLITIK KHALID IBRAHIM BAKAL BERAKHIR...

khalid gagap
Nampaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak habis-habis mahu mencari geruh dengan pihak Istana. Sejak dari mula menjawat jawatan dia sering mencari masalah, sampai tempoh penggal hampir tamat pun, dia masih tak serik-serik menghina institusi DiRaja Selangor.

Kali ini, Khalid Ibrahim dengan kurang ajarnya menganggap isu mempersendakan Raja-Raja Melayu merupakan sesuatu yang remeh temeh untuk dijadikan isu pada rakyat negara ini.

Pada saya, pandangan Khalid ini bukan saja kurang ajar, malah dia sendiri pun mempersendakan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Selain menghina Raja-Raja Melayu dengan memperkecilkan isu derhaka sebegini, Khalid begitu berani menyuarakannya secara terbuka.

Tapi, mungkin juga Khalid memang tidak mahu jadi MB atau ADUN lagi selepas ini. Dan mungkin sebab itu dia bersikap kurang ajar dan seolah-olah tidak lagi menghormati institusi DiRaja, khususnya pihak Istana Bukit Kayangan yang menaungi Selangor selama ini.

Tidakkah Khalid sedar bahawa DYMM Sultan Selangor, Tuanku Sharaffuddin Idris Shah, turut dipersendakan oleh Khalid Samad, Tian Chua dan Dr. Mariah?

Pada saya, Khalid sebenarnya tahu rakan-rakannya itu mempermainkan DYMM Sultan Selangor di majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong pada 11 April lalu. Dikhabarkan bahawa selama ini memang ramai pemimpin pembangkang Selangor yang mempersenda Tuanku Sultan di belakangnya.

Cuma, sebelum ini mereka belum “kantoi” dan belum ada saksi yang mahu mendedahkan derhaka mereka itu. Namun bila mereka sudah “kantoi” dan didedahkan tentang penderhakaan mereka itu, maka mahu atau tidak, mereka terpaksa menebalkan muka dan menafikannya.

Gilakah? Kalau benar pun mereka “buang air besar di tengah jalan”, takkanlah mereka nak mengaku? Kalau benar pun mereka mempersenda Raja-Raja Melayu, takkanlah mereka nak mengaku juga?

Jadi, Khalid sebagai bukan yang tertuduh mempersenda Raja-Raja Melayu itu, terpaksalah “cover line” rakan-rakan kongsinya, terutamanya Khalid Samad dan Tian Chua. Maklumlah, mereka berdua itulah yang sering “back up” dia selama ini di Selangor.

Tapi pada pandangan saya, tindakannya itu tidak bijak dari sudut politik dirinya. Dengan membelakangkan Tuanku Sultan Selangor, dia akan membuka ruang kepada Azmin Ali untuk merampas jawatan MB darinya. Setahu saya, Tuanku Sultan takkan “favor”individu yang bermasalah dengan pihak istana…

Lagipun, rakan-rakan PKR saya di Gombak pun sering menjaja cerita bahawa Azmin sedang mencari jalan untuk mengenepikan Khalid di Selangor. Katanya, Khalid MB paling bodoh dalam sejarah Selangor. Tak tahulah betul atau tidak, tapi itu yang disampaikan rakan-rakan PKR itu…

Persoalannya, sampai bila kita rakyat Malaysia mahu melihat orang-orang seperti Khalid Ibrahim, Tian Chua, Khalid Samad, Dr. Mariah, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan ramai lagi pemimpin Pakatan Haram menghina dan tidak menghormati institusi DiRaja Melayu?

Setahu saya jika di Thailand yang juga mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan seperti Malaysia, mereka sangat menghormati raja mereka. Ada baru-baru ini yang menunjukkan seorang warga Amerika Syarikat kelahiran Thailand telah dihukum penjara 2 tahun atas kesalahan menghina Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Kita di Malaysia? Sanggupkah kita terus menyaksikan Raja-Raja Melayu kita terus dihina berterusan oleh puak-puak yang tidak menghormati institusi DiRaja yang menjadi payung kedaulatan bumi bertuah ini? Rasanya mereka teringin merasa sumpahan “tulah”DiRaja…

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!