Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 17, 2012

JAWAPAN DUKE UNTUK PESERTA KONVENSYEN MEDIA SOSIAL KEDAH BERNAMA "MAYA"...

Saya dapat komen dari seorang pelajar yang saya kira seorang mahasiswi yang menyalahkan saya menggunakan ungkapan "Pakatan Haram" ketika merujuk kepada pakatan di antara PAS, PKR dan DAP...

Berikut adalah komen mahasiswi yang dikenali sebagai "Maya" yang hadir di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah...
disini sy ingin mempertekankan..dari ceramah td kita perlu sedar jgn mengata kat orang..tp dalam blog ni encik or cik have said that "nak rebut kembali drpd Pakatan Haram"so, that show ur bad personality..do u take the good thing from what ustaz said...u must realize that "mengumpat o menggelar org dgn bhsa yg kesat juga salah...(cntoh sperti ddlam ceramah ada memanggil anuar ibrahin dgn pngglan "si anu" memanggil seseorng dgn bhsa yg tidak baik adalah berdosa...adalah berdosa..tnjukan lah teladan yg baik...teguran yg baik harus diteladani dan di ambil iktibar...perhati kata-kata yg dilontar sebelum berkata-kata kerana ianya bekal menjadi salah satu punca tidak mendapat pahala...matlamat tidak menghalalkan cara..-MAYA
Baiklah. Saya setuju dengan kata-kata Maya untuk berhemah ketika menulis. InsyaAllah saya akan cuba bertransformasi...

Namun pada saya adalah tidak adil untuk menyalahkan saya menggunakan ungkapan PAKATAN HARAM. Pada saya, ungkapan tersebut memang benar-benar layak untuk pakatan antara PAS, PKR dan DAP...sebab?

Sebabnya, ungkapan "Pakatan Rakyat" tidak pernah didaftarkan secara sah di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Oleh kerana belum lagi didaftarkan secara sah, maka pakatan ketiga-tiga parti itu jelas tidak sah dan merupakan sebuah pakatan yang haram secara literally.

Jadi pada saya, tidak salah untuk saya menggunakan ungkapan tersebut selagi mereka belum didaftarkan secara sah di ROS! Apakah menulis tentang perkara yang benar begitu membolehkan Maya melabelkan saya sebagai "bad personality?

Bagaimana dengan blogger pro-pembangkang yang terang-terang menabur fitnah setiap hari? Mereka memiliki "bad personality" atau "good personality"? 

Melalui persepsi Maya, saya yang berkata benar dilabel "bad personality" dan blogger pihak pembangkang itu dikatakan "good personality" pulak? Saya tertanya-tanya cara Maya berfikir...

Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada Maya kerana menegur dan saya sedia beri penjelasan atas persoalan yang ditimbulkan. Kalau saya salah, saya sedia meminta maaf. Tapi, sediakah Maya untuk berfikir secara rasional, adil dan terbuka?

Justeru pada saya, saya meminta agar kita perlu berfikir secara lebih matang dalam menentukan masa depan pentadbiran negeri Kedah yang kini mundur ke belakang secara drastik selepas diambil alih oleh PAS dan Pakatan Haram.

Rakyat Kedah, khususnya golongan muda perlu lebih aktif berfikir demi masa depan negeri. Politik pun politiklah. Tapi janganlah perkara yang benar pun dinafikan...kan? Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!