KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Monday, April 30, 2012

GRRRRR...!!! DUKE KEMBALI KE BUMI JELAPANG PADI...AMARAN UNTUK PAS KEDAH..!!!

Posting ini dibuat untuk kesekian kalinya di Kedah. Aku telah kembali ke sini semalam dan aku akan terus berada di bumi Kedah ini untuk bermastautin di sini selamanya, insyaAllah.

Kembalinya aku di sini, aku mengharapkan agar rakan-rakan aku di sini sudi menerima aku kembali sebagaimana dulu. Duke tetap Duke. Walau di mana pun aku berada, aku tak pernah lupa asal usul aku.

Aku ke KL sebelum ini atas urusan kerja dan perjuangan. Dan aku kembali untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Aku harap rakan-rakan semua terus sudi untuk bersama aku di dalam perjuangan kita ini...

Dulu, aku bertanggungjawab mengumpul blogger pro-BN lebih 30 orang untuk bersatu dan kini aku harap mereka masih bersatu seperti dahulu. Aku bersama rakan-rakan lain akan terus berjuang mengembalikan kegemilangan UMNO/BN di Kedah. 

Kami dan UMNO berkhidmat untuk rakyat Kedah. Dan kami akan terus berjuang merampas Kedah kembali dari PAS.

Ya. Kembalinya aku mungkin adalah satu mimpi buruk buat PAS Kedah. Akan ku kupas satu persatu isu-isu rakyat di Kedah. Akan aku bongkarkan segala kekhilafan perjuangan PAS di Kedah. Akan aku dedahkan setiap inci kezaliman PAS dan Pakatan Haram di Kedah..insyaAllah..!

Ingatlah Allah sentiasa bersama mereka yang memiliki perjuangan yang benar dan kebenaranlah yang aku hadiahkan kepada seluruh rakyat Kedah.

Buat rakan-rakan di KL dan Selangor, insyaAllah, akan aku bantu setiap isu di peringkat nasional. Kalau ada apa-apa, harap hubungi aku dan insyaAllah aku akan sampai di sana bersama perjuangan yang panas membara. Tali persaudaraan antara kita takkan putus selamanya, insyaAllah. Aku sayang kawan-kawan aku semua...aku hargai semuanya, terima kasih...

Sekian dulu kali ini. Dan ini adalah amaran pertama aku untuk PAS dan Pakatan Haram di Kedah untuk hari pertama aku kembali ke sini. Harap maklum dan aku nasihatkan PAS supaya jangan tersilap langkah selepas ini. Buruk padahnya....Wallahua'lam.

7 comments:

Anonymous said...

terbaeekk bro...

Gerakan Timur said...

Salam,

Duke, hang tak habaq pun hang nak balik Kedah. Baru je minum ngan hang itu hari.

Apa pun, terus berjuang, dan lupa tibai Mat Sabun lebih sikit.. kehkehkeh..

Contact2 lah nooo...

safleyadmad said...

syabas bro.
bongkar sume yg ada.
Buktikan melayu mane yg x pandai, melayu mane yg jadi kuda tunggangan, melayu mane jadi pengkhianat n SIAPA YG DPT UNTUNG dr semua ini!

Anonymous said...

selamat berjuang demi agama,bangsa & negara...

Pakteh said...

welkam welkam...
Boleh la jumpa kawan2.....
Ada baiknya dekat2 nak PRu13 ni..kawan2 yg jauhhh...balik mai Kedah...kita pakat2 pelekuh kepala puak pas bagi gheti sikit...hehe

orangeman said...

HAI..BLOGGER YG DIBAYAQ BAIK PUNYA YANG SEPATUTNYA MEMNONGKOI DI KEDAH DOKA MELILAU DI KL...CUKUP BULAN MAI ALOR SETAG AMBIK DUIT.. YG SI DUKE SUSAH PAYAH BALIK ASETAR?

ONESiXdesign said...

amboimak..brader oren marah gila..tunggu aku balik keja kot sik aku pun nak berblog jugak..muahahaha