Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 17, 2012

GEMPARRR..!!! RAKYAT TAK MARAH PEMIMPIN PEMBANGKANG HINA SULTAN..?

pembangkang kurang ajar
Pada 11 April lalu, DYMM Al-Mu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum As-Sultan Badlishah telah ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Sebagaimana kebiasaan, upacara pertabalan tersebut diadakan dengan penuh adat istiadat DiRaja melambangkan kebesaran Raja-Raja Kesultanan Melayu dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Malangnya, dilaporkan oleh seorang doktor yang bertugas ketika upacara pertabalan tersebut, Dr. Abdul Rahman Kadir, bahawa beberapa pemimpin pembangkang memperlekeh, mempermain-mainkan dan mengejek DYMM Raja-Raja dan Sultan Melayu yang hadir di majlis tersebut.

Antara yang terlibat menderhaka dan mempersenda Raja-Raja dan Sultan Melayu tersebut ialah Azmin Ali, Tian Chua, Dr. Mariah, Nurul Izzah, Khalid Samad dan Loh Gwo Burne yang duduk berkelompok di dalam dewan…

Siapa pula yang dipermainkan?

Antaranya ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Perak, Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan beberapa DYMM-DYMM yang lain. Sila rujuk di sini untuk maklumat dan laporan tersebut.

Sebenarnya saya tertanya-tanya kalau secara berdepan di majlis Raja-Raja dan Sultan Melayu pun mereka mempersendakan DYMM-DYMM Raja dan Sultan yang menaungi negara dan negeri, bagaimana pula sikap mereka di belakang? Tentunya lebih teruk…

Saya tertanya-tanya, apakah mereka tidak sedar bahawa institusi Raja-Raja Melayu itulah yang melantik ahli-ahli politik pembangkang di negeri masing-masing sebagai ADUN dan Ahli Parlimen di Parlimen?

Apakah mereka hilang rasa hormat terhadap institusi DiRaja sehingga sanggup berkelakuan biadap dan derhaka terhadap para penaung tertinggi rakyat itu?

Dan apakah rakyat di negara ini tidak kisah dengan sikap kurang ajar dengan para pemimpin politik Pakatan Haram itu? Tidak marah?

Terus terang saya katakan, saya bukan berniat untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap para pemimpin Pakatan Haram bila menulis tentang isu ini.

Namun sebagai rakyat di bawah naungan DYMM-DYMM Raja dan Sultan-Sultan Melayu, saya memang sangat marah dengan sikap para pemimpin Pakatan Haram itu. Memang saya sangat marah!

Mungkin secara peribadi saya boleh menerima sindiran dan tindakan para pemimpin pembangkang yang mempermaikan para pemimpin Kerajaan BN di majlis itu. Maklumlah, mereka memang seteru politik utama BN.

Walaupun marah, saya masih boleh terima perangai kebudak-budakan mereka itu. Tapi bila mereka buat begitu kepada institusi DiRaja, saya langsung tak boleh terima! Pantang Melayu dan rakyat Malaysia derhaka serta biadap terhadap DYMM Raja dan Sultan Melayu!

Sikap para pemimpin Pakatan Haram itu jelas menunjukkan betapa mereka tidak menghormati institusi DiRaja yang menjadi benteng kedaulatan negara. Mereka benar-benar biadap dan harus diberikan hukuman sebagai pengajaran.

Saya percaya, sekiranya perlakuan ini dilakukan ketika di zaman Kesulatanan Melayu Melaka, nescaya mereka ini semua akan dihukum bunuh!

Tapi memandangkan kita tidak lagi mengamalkan sistem dahulu kala dan hidup mengikut perlembangaan sedia ada yang semakin terbuka, saya pasti ada hukuman yang sesuai untuk penderhaka-penderhaka tersebut…

Ini bukan soal politik. Ini soal rukunegara. Ini soal Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara! Ini soal Kesopanan dan Kesusilaan! Inikah sikap para pemimpin pembangkang kepada institusi DiRaja negara ini?

Saya percaya, sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, nescaya negara ini akan dijadikan sebuah negara republik seperti di Singapura.

Tidak mustahil institusi Raja-Raja dan Kesultanan Melayu di negara ini hanya akan tinggal sejarah di dalam buku teks di sekolah-sekolah. Itu pun jika Lim Kit Siang dan Karpal arahkan ia dimasukkan ke dalam silibus…

Persoalannya, sanggupkah kita membiarkan kebiadapan dan sikap kurang ajar para pemimpin pembangkang ini begitu saja? Jika benar sanggup menyokong penderhakaan pembangkang terhadap Raja dan Sultan-Sultan Melayu, sila undi pembangkang pada PRU ke-13 nanti…

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

aku memang tak boleh tengok muka2 gampang anak haram tu rasa nak b***h je...

Anonymous said...

pemimpin pembangkang melayu yang sanggup menghina raja2 dan sultan melayu adalah pemimpin yang terlalu banyak makan duit lendir...

Anonymous said...

lantak laa dengan pembangkang kpala2 pembangkang tp yang x faham puak2 penykong pembangkang dah tak ada maruahh sebagai anak melayu yang sejak nenek moyang mempunyai peradabahn tinggi tp skaranggg sunyi sepii bilaa maruah raja sindiri permainkan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!