Mungkin
terlalu berang terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak
mengizinkan Bershit 3.0 berlangsung di Dataran Merdeka, Pengerusinya,
Datuk A Samad Said mahu menukar nama dataran itu kepada “Dataran
Penjajah”.
Katanya,
sekiranya Bershit tidak dibenarkan menggunakan dataran itu pada 28
April ini, ia membawa maksud dataran itu “tidak merdeka” dan “dijajah”.
Justeru itu, dia menyimpulkan tindakan DBKL itu sebagai “tidak wajar”
dan “tidak adil” sama sekali.
Itulah
yang tanggapan minda terkini Sasterawan Negara, A Samad Said. Padanya,
hujahnya itu benar, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
Persoalannya, apakah Pak Samad Janggut itu benar-benar dipihak yang benar?
Saya
ingin bertanya kepada Pak Samad Janggut dan rakan-rakannya, sekiranya
ribuan rakyat mahu berhimpun di dalam markaz PAS di Taman Melewar,
“duduk bantah” tindakan PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR, apakah PAS
akan membenarkan perkara itu berlaku?
Sekiranya
ribuan rakyat berhimpun pula di perkarangan dan di dalam kawasan rumah
Anwar Ibrahim, “duduk bantah” tindakan Anwar meliwat Saiful Bukhari,
langgan China Doll dan Siam Dolls, meminta untuk diperlihatkan jam
tangan Omega milik Anwar dan mempersoalkan hubungan sulitnya dengan
Shamsidar, rasanya Anwar benarkan atau tidak?
Sekiranya
ribuan rakyat berhimpun di dalam kawasan rumah Karpal Singh, “duduk
bantah” atas tindakan DAP yang menjadi dalang di sebalik kematian
mendian Teoh Beng Hock yang berpunca dari “kontrak terancang” di
Selangor, Karpal benarkan atau tidak?
Dan
sekiranya ribuan rakyat berhimpun di dalam kawasan rumah Pak Samad
Janggut, “duduk bantah”perangai Pak Samad yang bagaikan orang sasau
tidak mampu berfikir secara waras, menuntut Pak Samad potong janggut,
misai dan jambang, serta meminta Pak Samad kembali menjadi Sasterawan,
Pak Samad benarkan atau tidak?
Pak Samad masih ingat atau tidak sejarah bagaimana Pak Samad terjebak di dalam lingkungan Pakatan Haram dahulu?
Ketika
itu, Pak Samad Janggut kononnya berjuang demi Bahasa Melayu mendesak
kerajaan untuk memansuhkan PPSMI. Katanya, Pak Samad hanya berjuang demi
Bahasa Melayu dan tiada kepentingan politik. Ianya adalah demi Bahasa
Rasmi Negara.
Tapi,
selepas kerajaan menerima cadangan Pak Samad itu, mengapa Pak Samad
yang merupakan seorang Sasterawan terus bersekongkol dengan
“makhluk-makhluk perosak” itu? Pak Samad kenal Ambiga atau tidak? Pak
Samad tahu siapa dalang di sebalik perjuangan LGBT?
Setelah
selesai bab Bahasa Melayu, sepatutnya Pak Samad tidak dilihat lagi
bersama pemimpin politik. Pak Samad wajarnya perlu terus berkarya. Bukan
berdemo Bershit! Bershit itu memperjuangkan bahasa juga, kah? Bahasa
apa, Pak Samad? Bahasa kurang ajar?
Sekiranya
Pak Samad fikir Dataran Merdeka itu milik rakyat kerana ia dibina
dengan wang rakyat dan Pak Samad serta kawan-kawan boleh berhimpun di
situ sesuka hati, bagaimana pula dengan Istana Negara?
Istana
Negara, Parlimen, Mahkamah dan semua kompleks kerajaan dibina dari wang
rakyat. Jadi mengapa Pak Samad tidak meminta untuk menggunakan Istana
Negara untuk himpunan Bershit 3.0? Istana Negara lebih molek, mewah,
besar dan tersergam indah…
Kalau
berani, cubalah pohon dari Yang DiPertuan Agong untuk menggunakan
Istana Negara untuk Bershit 3.0 kali ini. Kita tunggu sama ada Yang
DiPertuan Agong perkenan atau tidak.
Jika
Baginda Tuanku tidak perkenan, apakah Pak Samad akan menuduh Yang
DiPertuan Agong sebagai tidak wajar dan tidak adil? Apakah Pak Samad
akan meminta nama Istana Negara ditukar kepada Istana Rakyat? Pak Samad
nak kena “tempeleng DiRaja”?
Nampaknya,
akal Pak Samad sudah tidak mampu berfungsi dengan baik. Mungkin akalnya
sudah “korup”dengan dakyah dan dia terpengaruh dengan rakan-rakan
politiknya yang lain.
Pada
pandangan saya, sekiranya Allahyarham Usman Awang masih hidup,
silap-silap Pak Samad memang dah kena “tempeleng sastera” darinya. Apa
tidaknya jika Pak Samad berubah dan belot dari sebagai pejuang sastera,
Pak Samad dah jadi pejuang politik dan LGBT pula!
1 comment:
Dulu saya hargai kreativiti Pak Samad dalam berkaya... Tetapi sekarang kreativiti Pak samad sudah lain jadinya. Kasihan Pak Samad, penyudahnya jadi begini... Tampaknya kreativiti Pak Samad sudah tidak kelihatan bersih!...
Post a Comment