Saya gelihati semalam
apabila “Mak Lampir” a.k.a Zuraida Kamaruddin yang gelabah setelah
menerima notis tuntutan saman dari artis, Zahida Rafik, yang sebelum ini
difitnahnya menerima RM1.5 juta dari Menteri Pembangunan Luar Bandar
dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.
Punyalah teruk dia menggelabah sehingga status peguam yang diupah Zahida pun dipersoalkan “Mak Lampir gila glamor” itu!
Setelah menerima notis saman berkenaan,
saya difahamkan bahawa Zuraida dilihat berada di dalam keadaan tidak
tentu arah. Sudahlah dia sendiri pun sebelum ini serabut, lepas terima
surat saman maka bertambah serabutlah Ketua Wanita PKR itu…
Lantas cepat-cepat dia menghubungi pihak
media untuk memberikan kenyataan mengenai notis tersebut. Kononnya, dia
tak takut dengan surat saman Zahida dan dia menjangkakan surat saman itu
datangnya dari Shafie Afdal.
Katanya, dia mempunyai “bukti kukuh” atas
dakwaannya itu. Tapi, bila ditanya media mengenai “bukti kukuh”
tersebut, dia enggan pula menceritakan mengenainya.
Benarkah “Mak Lampir” itu memiliki “bukti
kukuh”? Kalau setakat bukti yang hanya merupakan laporan polis yang
dibuat oleg bekas pemandu Zahida, apakah dia fikir bukti tersebut “cukup
kukuh” untuk memfitnah?
Lagipun, sejak dia mengemukakan fitnah
tersebut di lobi Parlimen tempohari, dia hanya mencanangkan salinan
laporan polis Noor Azman Azemi saja tanpa sebarang bukti lain. Laporan
polis boleh jadi betul, boleh jadi palsu. Itu pun Zuraida anggap sebagai
“kukuh”?
Pada saya, dia hanya dengar “hear say”
sahaja. Lagipun, Noor Azman sebelum ini dikatakan telah “lesap buat
seketika” dengan wang berjumlah RM200,000 milik perniagaan keluarga
Zahida.
Menurut kenyataan Zahida kepada media
sebelum ini, dia berkunjung ke rumah bekas pemandunya itu dan bertanya
tentang Noor Azman. Tapi keluarganya memberitahu bahawa bekas pemandunya
itu tidak pulang ke rumah dan tidak tahu lokasinya berada.
Lagipun, Zahida memang percaya pada Noor
Azman memandangkan dia telah bekerja sebagai pemandunya lebih dari 4
tahun. Namun, memandangkan duit perniagaan keluarganya yang lesap begitu
saja dengan pemandunya, dia terpaksa membuat laporan polis dengan berat
hati.
Begitulah yang saya baca dari media
sebelum Noor Azman muncul dengan laporan polis menuduh Zahida menerima
wang yang banyak dari Shafie Afdal.
Persoalannya, siapa “Mak Lampir” untuk
turut campur kes di dalam siasatan polis tersebut? Dia “mak tiri” Noor
Azman, kah? Atau dia bermotif politik? Belum tentu kesahihan laporan
polis Noor Azman pun boleh jadi modal untuk burukkan pemimpin UMNO juga?
Terdesak sangat, kah?
Kalau benarpun terdesak nak memburukkan
UMNO, tak payahlah persoalkan peguam yang dilantik Zahida. Sama ada
Datuk Shafee itu peguam UMNO atau tidak, apa kena mengena dengan “Mak
Lampir?
Apakah Zuraida mahu Zahida melantik
Ambiga, Surendran, Latifah Koya atau Fadiah Hanim sebagai peguam yang
mewakilinya? Gila ke apa? Kalau Zahida lantik mereka, sudah tentu dia
akan kalah kes ini..!!!
Siapa kata Datuk Seri Shafee Abdullah peguam UMNO? Dari mana “Mak Lampir” dapat fakta itu? Dari “peliwat tegar”, kah?
Datuk Seri Shafee pemilik syarikat guaman
dan merupakan peguam yang hebat, lebih hebat dari Karpal Singh. Apakah
kerana beliau selalu menguruskan kes membabitkan pemimpin kerajaan maka
dia dicop sebagai “peguam UMNO”?
Jika beliau peguam UMNO pun, “Mak Lampir”
peduli apa? Apakah peguam UMNO tak boleh dan diharamkan untuk dilantik
mewakili artis atau orang awam yang lain? “Mak Lampir” pakai
undang-undang mana? Undang-Undang “keluarga Hantu Lampir”, kah?
Kalau takut sangat dengan peguam UMNO, pergilah cari peguam PKR, DAP atau PAS..!
Sudahlah Zuraida. Jangan cakap banyak.
UMNO tak ada kena mengena dalam “filem seram” ini. Pandai buat fitnah
sana sini, maka pandai-pandailah jawab dalam mahkamah nanti. Kalau “Mak
Lampir” menang, maka legalah. Tapi kalau kalah, maka bayarlah! Habis
cerita…
Sumber: Klik sini
1 comment:
kesian mak lampir dah gila babi ke ape...
Post a Comment